Oleh Nazli Ibrahim
Kredit Selangorku |
SHAH ALAM, 27 NOV: Gesaan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak agar ahli Umno dapat mengeluarkan hujah bernas sekaligus mendedahkan PAS merupakan parti berselindung di sebalik imej Islam membuktikan hujah mereka selama ini tidak lagi diterima rakyat.
Gesaan tersebut dibuat dalam temubual eksklusif bersama para pengarang Bernama dan Utusan Malaysia sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 di pejabatnya di Parlimen baru-baru ini.
Ini jelas dilihat apabila, bahawa hakikat tindakan membuat 'pendedahan sisi gelap PAS' yang dimaksudkan Najib yang juga Perdana Menteri itu sudah lama dilakukan oleh Umno-BN melalui media arus perdana.
Bagaimanapun, Najib terpaksa mengeluarkan gesaan itu semula, setelah beliau menyedari bahawa umat Islam negara ini sudah tidak terkesan lagi dengan kempen jahat Umno-BN itu.
Demikian beritahu Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Khalid Abdul Samad ketika ditemui TV Selangor di Majlis Rumah Terbuka Deepavali, Dun Batu Tiga Shah Alam baru-baru ini.

"Bukankah itu sudah lama dikempenkan Umno, bukankah memang itu yang dilakukan Umno selama ini," ujar Khalid yang juga merupakan Ahli Parlimen Shah Alam.
Khalid turut menegaskan PAS tetap kekal dengan pendirian menjadikan Agama Islam sebagai landasan perjuangan parti itu.
Khalid juga berkata usaha Umno-BN itu tetap menemui kegagalan seperti mana usaha mereka semenjak berpuluh tahun yang lalu.
"Maka bila dia arahkan ahli Umno untuk membuktikannya, silap hari bulan akhirnya orang Umno sendiri buat kesimpulan yang sebenarnya menggunakan isu agama untuk kepentingan politik adalah Umno," ujar Khalid lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan