Kempen Seringgit untuk An-Nur

Memang sudah menjadi lumrah, banyak pihak dalam masyarakat di mana-mana negara pun yang sering tidak sehaluan dalam isu-isu yang berlaku di sekeliling mereka.

Selari dengan peredaran zaman, perbezaan pendapat di kalangan masyaraka bukanlah lagi sesuatu yang pelik termasuklah dalam perkara-perkara berkaitan isu-isu politik di negara ini yang menyentuh masyarakat kita secara langsung atau tidak langsung.

Lazimnya juga, perbezaan pendapat dalam isu politik ini akan membawa kepada perdebatan yang tidak sudah di mana setiap hujah di satu pihak akan dipatahkan oleh satu pihak lagi dan begitulah seterusnya.

Hakikatnya, perbezaan-perbezaan pendapat ini wajar untuk diraikan apabila situasi ini akhirnya telah menawarkan lebih banyak pilihan kepada kita.
Bagaimanapun di sebalik perbezaan-perbezaan ini, saya percaya ada banyak perkara lain yang kita masih sehaluan khususnya dalam isu-isu yang menyentuh isu kemanusiaan.

Pernahkan anda mendengar program Hope 2 Walk yang dilancarkan untuk mengumpul dana bagi pembiayaan perubatan dua beradik An-Nur, 8 tahun dan Annisa 10 tahun yang mengalami Cerebral Palsy (lumpuh otak), Mitchondrial Disease dan Global Developmental Delay.

Bagaimanapun malangnya Annisa telah pergi meninggalkan kita semua pada 22 Disember lalu sebelum sempat jumlah tabung itu mencukupi.

Buat pengetahuan pembaca, walaupun tabung ini dirintis untuk membiayai kos rawatan untuk Annisa dan An-nur, tetapi ia akan tetap dibuka untuk diteruskan bagi mencari dana pembiayaan kanak-kanak lain yang senasib dengan mereka.

Saya tahu ramai di luar sana yang situasinya sama seperti saya iaitu kurang berkemampuan menderma dalam jumlah yang banyak tetapi ingin turut sama membantu insan istimewa ini.

Bagaimanapun, percayalah, bukan jumlah yang besar yang dipandang An-Nur tetapi keikhlasan kita untuk membantu yang diharapkan.

Oleh demikian, hari ini di blog Beduk Canang yang tidak seberapa ini, saya lancarkan kempen 'Seringgit Untuk An-Nur' khas untuk yang kurang berkemampuan tetapi ingin turut menyumbang untuk membantu An-Nur mencukupkan dana membiayai kos rawatannya nanti.

Di zaman serba canggit ini pembaca tidak lagi perlu beratur di kaunter kerana pembaca boleh membuat pindahan dana (fund transfer) berjumlah RM1 melalui Maybank2u dan perkhidmatan perbankan atas talian lain atau pun melalui mesin juruwang automatik (ATM) yang banyak terdapat di mana-mana, dengan hanya pilih pindahan/bayaran ke akaun pihak ke tiga.
    
Mungkin ada sesetengah pembaca yang baki hujung bulan dalam akaun tidak sampai pun RM10 sama seperti saya yang kerap sengkek ini.  Jadi apa kata kita dermakan sahaja RM1 dari baki beberpa ringgit itu yang sudah tentu tidak boleh untuk kita keluarkan. 

Pembaca juga boleh berpakat dengan rakan-rakan sepejabat atau di rumah dengan memungut seringgit setiap orang untuk didermakan buat adik An-Nur, tidak kisahlah walaupun cuma ada dua, tiga orang sahaja.

Bagaimanapun RM1 bukanlah syarat nlai sumbangan.  Kalau ada pembaca yang mampu, ingin menderma lebih dari itu tentulah lagi baik sebab manalah tahu nanti ada pula ahli-ahli korporat hartawan lagi dermawan yang ingin turut menderma.

Sumbagan anda boleh disalurkan terus ke akaun Maybank atas nama Mohd Affandi Ramli 1561 1400 1424 atau Bank Islam atas nama Annisa Mohd Affandi 14-229-02-001975-2.

Sebarang pertanyaan pembaca boleh hubungi saudara Faizal Riduan di talian 012-212 4414, Nashita Md Noor 013-209 6373 atau Zumrah Husni 013-203 1355.
  
Selain itu pembaca juga boleh layari blog hope2walk.blogspot.com dan Ronasina   untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci mengenai kempen Hope2Walk-Tabung Harapan Annisa dan An-Nur.

Rasanya tiada sebab untuk saya berbangga tidak tentu pasal dengan sumbangan RM1 saya, tetapi saya sudah pun membuat pindahan akaun RM1 untuk tabung Hope2walk, anda bila lagi?

Paparan Halaman