Khamis, 3 Februari 2011

PRK DUN Merlimau: PAS atau PKR?

Oleh Nazli Ibrahim

Petaling Jaya: Ketika para pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat (PR) yang telah menzahirkan kesepakatan untuk mengekalkan status quo dalam meletakkan calon bertanding dalam pilihan raya, kenyataan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin dianggap sebagai membelakangkan keharmonian parti dalam PR.

Shamsul yang berhasrat untuk bertanding di dalam Pilihan Raya Kecil (prk) DUN Merlimau itu sebelum ini  dilaporkan berkata meskipun secara tradisi pakatan itu mengekalkan status quo, namun terdapat beberapa faktor yang menyokong PKR meletakkan calonnya untuk bertanding.

Kenyataannya itu telah melontarkan persoalan adakah prestasi PKR pada masa ini lebih baik berbanding PAS di DUN ini mahupun kawasan-kawasan lain dalam negara ini selepas PRU-12 lalu.

Rekod PKR dalam prk

Mengikut statistik sepanjang 14 prk yang telah diadakan selepas PRU-12 lalu, PKR telah memenangi tiga daripada enam prk yang membabitkan calon dari parti itu.

Bagaimanapun kemenangan di DUN Penanti dianggap kejayaan mudah apabila lawan PKR dalam prk tersebut hanya membabitkan calon-calon bebas dan tidak disertai oleh calon daripada BN yang dianggap sebagai lawan sebenar.

Kemenangan PKR di Permatang Pauh pula melibatkan pertambahan majoriti yang agak ketara kepada 15,671 undi berbanding majoriti dalam PRU 2008 sebanyak 13,388 undian.  

Enam penyertaan PKR dalam prk dalam tempoh itu juga membabitkan empat misi  bagi mempertahankan kerusi yang dimenanginya dalam PRU sebelumnya dengan tiga kejayaan sementara kerusi parlimen Kuala Selangor telah dirampas BN.

Sementara itu, ketika PKR tewas dalam prk Batang AI, BN turut melebarkan majoriti kepada 1,854  terhadap PKR berbanding majoriti yang dimenangi terhadap Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) sebanyak 806 undi dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak pada tahun 2006.

Keadaan yang sama turut berlaku dalam PRK Parlimen Batu Sapi apabila BN berjaya melebarkan kemenangan terhadap PKR dengan majoriti 6,359 undi berbanding ketika berhadapan dengan calon bebas dalam PRU-12 lalu yang hanya majoriti 3,708 undi.

Bagaimanapun dalam PRK batu Sapi ini telah membabitkan pertandingan tiga penjuru yang melibatkan di antara BN, PKR dan SAPP sekaligus memecahkan undi kepada tiga bahagian.  

Rekod PAS dalam prk

Manakala bagi PAS pula, telah memenangi empat kali daripada tujuh penyertaan dalam prk dalam tempoh yang sama termasuk kejayaan merampas satu kerusi bagi Parlimen Kuala Terengganu yang dimenangi BN dalam PRU-12.

Selain berjaya merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu, PAS turut melebarkan majoriti yang diraihnya di parlimen Bukit Gantang daripada 1,566 undi dalam PRU-12 kepada 2,789 undi dalam prk tahun 2009 lalu.

Bagaimanapun kejayaan empat kali kemenangan dalam siri prk dan merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu itu sedikit tercalar apabila majoriti kemenangan di DUN Manek Urai telah menunjukkan kemerosotan yang banyak, iaitu hanya 65 undi berbanding 1,352 yang dimenangi dalam PRU-12.

Selain itu, dalam PRK DUN Bagan Pinang dan Tenang turut menyaksikan BN telah berjaya melebarkan undi majoriti yang diperolehi pada PRU-12 terhadap PAS.

Berdasarkan perbandingan statistik, PAS dengan empat kemenangan termasuk satu kejayaan merampas kerusi parlimen mungkin mempunyai sedikit kelebihan berbanding PKR.

Reputasi PKR pada ketika ini dilihat tidak setanding PAS apabila tercemar gara-gara isu-isu sepanjang pemilihan parti itu hujung tahun lalu yang masih tidak berpenghujung.

Menambah burukkan lagi reputasi PKR apabila seorang demi seorang pemimpinnya meninggalkan parti termasuk dikalangan pemimpin senior parti itu dan terbaru ahli parlimen Padang Serai, YB Gobalakrishnan yang turut berbuat demikian.

Jika faktor calon diambil kira, Shamsul juga wajar mempertimbangkan semula hajatnya untuk bertanding dalam prk kali ini demi kebaikan PR apabila dianggap sebagai pemimpin yang kurang disenangi oleh ahli-ahli partinya sendiri.

Imej beliau dikatakan terjejas teruk di kalangan ahli-ahli PKR sendiri setelah   dikaitkan dengan apa yang dianggap sebagai penyelewengan ketika pemilihan parti itu berlangsung hujung tahun lalu dan mampu mempengaruhi corak undi masyarakat di sini. 

Faktor beliau sebagai anak Melaka mungkin tidak memberinya kelebihan, malahan ketika ini mungkin BN telah memperolehi banyak isu yang diperlukan sebagai peluru yang bakal dihalakan kepada batang tubuh Shamsul sekiranya beliau diletakkan sebagai calon PR.

Selain itu, kehadiran beliau sebagai calon PR, bukan sahaja boleh mengeruhkan kesepakatan yang telah dicapai di kalangan pemimpin dan penyokong PR sebelum ini bahkan turut mampu menyebabkan kurangnya sokongan jentera kempen pilihan raya di pihak PR termasuk dari PKR sendiri.

Dari segi pecahan kaum bagi DUN Merlimau pula, samada PAS mahupun PKR masing-masing tidak menunjukkan kelebihan antara satu sama lain.

Bagaimanapun, baik PKR mahupun PAS, kedua-duanya bakal berhadapan laluan sukar bukan sahaja untuk memenangi persaingan dengan BN, malah juga perit untuk menafikan majoriti 2,154 undi yang diperolehi BN dalam PRU-12 lalu.

Prk DUN Merlimau yang bakal diadakan pada 6 Mac ini dikatakan penting sebagai pengukur sebenar sokongan terhadap PR mukhtahir ini khususnya bagi mencula sokongan pengundi Melayu berbanding prk DUN Tenang yang melibatkan peratusan tinggi pengundi di kalangan peneroka Felda yang dianggap simpanan tetap BN.

* Sumber Free Malaysia Today

Selasa, 1 Februari 2011

KARNIVAL ANAK MUDA DAN JUALAN SELANGOR 2011









Anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia
dengan sokongan Majlis Perbandaran Sepang
dengan kerjasama Angkatan Muda KEADILAN Sepang

5 - 16 Feb. 2011
di Dataran Prima Avenue, Cyberjaya

5- 16 Feb : Gerai Jualan dan Pameran dibuka

Ada banyak acara sepanjang karnival dan antara acara utama ialah Forum Perdana dan Konsert pada 10 Feb 2011, 8.45 malam
bersama YB Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Ust. Badrul Amin
dan Ust. Ghani Abd Rahman moderator Syed Mikael Rizal Aidid.

Malam Debat/Diskusi Anak Muda
11 Feb 2011, 8.45 malam
bersama wakil siswa dari 5 IPT tempatan, wakil Pemuda Umno, Wakil AMK,
Wakil DPPAS, Wakil DAPSY dan Wakil MIC
moderator : che'GuBard (SAMM) ]

Pesta Futsal Rakyat Karnival Anak Muda
12 Feb 2011, 8.45 pagi - 8.45 malam
penyertaan terbuka kpd 32 pasukan pertama
Yuran RM35/pasukan
Hadiah wang tunai pertama RM800, Kedua RM500, Ketiga RM300, tempat ke 4-10 Hamper
penyampaian hadiah YB Dr. Yunus
berminat sertai hubungi : 0126794704 (Yaser)

Pidato Umum 'Selangor dan melakar masa depan negara'
12 Feb 2011, 8.45 malam
bersama YAB Tan Sri Khalid (sudah dijemput belum sah kehadiran),
YB Rodziah Ismail, YB Haniza Talha dan beberapa pimpinan muda Selangor.
Kemunculan khas Azhan (Juara Akedemi Nasyid TV9) membuat persembahan]

Konvoi Anak Muda bersama Yasir Said (Juara Cub Prix Asia)
13 Feb 2011, 9.00 pagi (mula Labu Lanjut) 4.00 ptg (tamat tapak karnival)
berminat sertai hubungi : 0129781707 (Sani)]

Sepetang sembang anak muda
13 Feb 2011, 4.45 ptg
bersama Yasir Said - kongsi pengalaman budak kampung kuasai litar asia,
S. Arutchelvan (pengasas NGO Suara Rakyat Malaysia) - hak anda di depan polis,
YB Amirudin - peluang belia di Selangor
moderator : Norazizi (SAMM) ]

Malam Kesenian
13 Feb 2011, 8.45 malam
bersama Kumpulan The Society, Blank (vokalis GAMMA), Pyanhabib, Dinsman, Azhan (Juara Nasyid), Ami Jagat, YB Ust Mujahid, che'GuBard dan ramai lagi

Sepanjang karnival sebanyak 35 buah khemah jualan dan pameran dibuka. 20 gerai untuk tujuan kormesial perniagaan disewakan dengan kos berpatutan sesuai dengan program ini yang bukan bersifat keuntungan, bagi peniaga atau pihak korporat dijemput bersama dengan Karnival yang akan menghimpunkan ribuaan anak muda di Dataran Prima Avenue, Cyberjaya. Berminat sila hubungi Yaser 0126794704 atau Rizal 0123535698.

Paparan Halaman