Rabu, 30 Jun 2010

Aziz Bari: Penasihat undang2, SUK, P. kewangan negeri PR wajar ditukar


Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Profesor Aziz Bari mencadangkan Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat bukan sahaja menggantikan penasihat undang-undang dengan peguam sendiri, malahan gagasan itu turut dicadang melantik pegawai kewangan dan setiausaha kerajaan negeri pilihan mereka.

Kenyataan beliau yang dipetik oleh TV Selangor berkata ketiga-tiga jawatan berkenaan adalah lantikan kerajaan persekutuan yang disyaki berperanan sebagai tali barut kerajaan pusat untuk mengkucar-kacirkan kestabilan di negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat.

"Oleh kerana penasihat undang-undang, pegawai kewangan negeri dan setiausaha kerajaan negeri adalah anggota kabinet negeri, jadi mereka ini mungkin membocorkan rahsia negeri kepada pusat," menurut beliau lagi.

"Gaji dibayar oleh negeri tetapi kesetiaan dan kiblat mereka kepada kerajaan persekutuan kerana kita faham mereka ini dipilih oleh peguam negara untuk mengkucar-kacirkan. Ini yang berlaku," katanya lagi.

Beliau mengulas berikutan Mesyuarat majlis tertinggi Pakatan Rakyat sebelum ini mencadangkan supaya empat negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat melantik peguam luar dan bukannya dari pejabat peguam negara.

'Tali barut' kerajaan pusat

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan perubahan itu perlu dilakukan kerana penasihat undang-undang sedia ada, tidak bebas dan tertakluk kepada telunjuk kerajaan pusat. "Yang disebut Anwar sebagai 'kecuaian' cukup lembut. Ia bukan kecuaian tetapi memang menjadi tali barut, menjadi gunting dalam lipatan kerana kenaikan pangkat ditentukan Peguam Negara bukan kerajaan negeri, bukan MB," katanya. Menurut beliau lagi, tidak ada sebarang perlembagaan khusus melibatkan perkara berkenaan.

"Saya melihat perkara ini sebagai satu kelemahan dalam struktur perlembagaan. Saya tidak faham kenapa... Kalau zaman dulu mungkin susah hendak dapatkan peguam tetapi sekarang lain.

Memperalatkan istana

Namun begitu beliau turut mengesyaki tidak mustahil hasrat kerajan negeri Pakatan Rakyat akan dihalang berikutan kepentingan politik pihak berkepentingan termasuk memperalat institusi istana. "Masalahnya, mereka (kerajaan persekutuan) akan gunakan istana untuk menghalang pelantikan ini," katanya.

Penasihat undang-undang di negeri-negeri Pakatan Rakyat sejak pilihan raya umum 2008 seringkali bertindak dan membuat keputusan yang bercanggah dengan kerajaan negeri. Paling ketara, ia berlaku di Perak sebelum kerajaan negeri Pakatan ditumbangkan. Di Selangor pula, penasihat undang-undang negeri didakwa melenggahkan hasrat kerajaan negeri menjadikan dokumen konsei perjanjian air sebagai dokumen awam.

Jadi buruan setelah digelar Ulama Umno - Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 30 Jun: Baru minggu lepas, Ustaz Mohd Hosni Mubarak Abdul Hamid, 27 tahun, digelar salah seorang dari 40 ulama muda yang menyertai Umno.


Kini, Mohd Hosni (gambar) adalah antara penceramah yang top di dalam PAS dan Pakatan Rakyat. Hampir setiap malam beliau mendapat undangan untuk memberikan ceramah di seluruh negara.

Malam tadi beliau bersama dengan Haji Mohamad Sabu berceramah... dan malam ini beliau akan ke Klang pula. Esok dan lusa beliau akan ke Johor dan Melaka untuk memberikan ceramah.

Semuanya kerana gelaran ulama muda yang diberikan oleh Umno kepada beliau dan 39 yang lain.

"Saya sebenarnya rasa tertipu dengan apa yang berlaku....itulah yang saya terangkan di setiap kali ceramah saya," kata Mohd Hosni ketika datang berkunjung ke pejabat Harakahdaily.

Mohd Hosni bersama tiga rakannya yang belajar di Universiti Al Albyt, Jordan adalah antara mereka yang bersama dalam majlis menyerahkan borang menyertai Umno oleh 40 ulama muda kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

Keempat-empat mereka diperdaya oleh ayah kepada salah seorang rakan mereka kononnya Perdana Menteri mahu berjumpa dengan bekas pelajar Jordan.

"Jadi, pada saya apa salahnya berjumpa dengan Perdana Menteri," kata Mohd Hosni yang kini menjadi tenaga pengajar di Maahad Tahfiz Intergrasi dan Teknologi Selangor yang terletak di Klang.

Mereka diberitahu pertemuan akan diadakan di Hotel Legend yang terletak di seberang jalan bangunan Umno.

Namun, apabila sampai ke hotel itu, beliau dan rakan-rakan di bawa turun dengan eskalator dan seterusnya menyeberang jalan ke bangunan Umno dan di bawa masuk ke dalam satu dewan.

Di sana sudah ada ramai orang yang kelihatan macam orang PAS, orang Tabligh dan sebagainya berdasarkan pakaian mereka.

"Jadi saya senang hatilah," kata Mohd Hosni lagi. Namun tidak lama kemudian, kesemua mereka disuruh berbaris kerana PM sudah mahu sampai.

Lalu mereka berbaris menyambut ketibaan PM dengan dihujani oleh lampu flash juru gambar yang memenuhi majlis itu.

Selepas itu, Datuk Seri Shahidan menyerahkan satu sampul surat kepada PM dan memberitahu itu adalah borang-borang permohonan menyertai Umno dari 40 ulama muda yang ada dalam majlis itu.

Najib tanpa bercakap apa-apa terus meninggalkan majlis selepas itu dan Shahidanlah yang mengendalikan sidang akhbar selepas itu.

Mulai dari situ, barulah Mohd Hosni dan tiga rakannya lagi sedar bahawa mereka telah tersalah tempat dan terpedaya kerana bukanlah hajat mereka mahu menyertai Umno.

Namun, kesan dari situ, Mohd Hosni kini menjadi buruan majlis-majlis ceramah Pakatan Rakyat khasnya majlis ceramah PAS.

Nama beliau dan isu ulama muda menyertai Umno menjadi pelaris kepada majlis ceramah PAS kerana orang ramai ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku di majlis itu.

Bersalam dengan PM

Sementara Mohd Husni menolak beliau datang ke PWTC untuk bersalam dengan Perdana Menteri.

“Tentang hendak bersalam dengan Najib, adalah lebih munasabah saya pergi ke Kelantan bersalaman dengan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz, itu lebih baik dari bersalaman dengan orang yang didakwa,” jelas Mohd Husni.

Ini susulan respons Umno menafikan empat pelajar lulusan Jordan tidak dijemput menghadiri majlis 40 ulama muda menyertai parti itu Jumaat lalu, sebaliknya hanya dijemput oleh orang kuat Umno disifatkan sebagai amat melucukan.

Beliau juga menolak dakwaan mereka beria-ia untuk hadir ke situ untuk bersalaman dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya, satu malam sebelum itu, seorang orang kuat Umno telah memujuk beliau untuk menyertai Umno dan mengajak hadiri majlis tersebut dan kebetulan merupakan bapa kepada kawan rapatnya, beliau tidak dapat menolak jemputan itu.

“Logiknya bagaimana kami boleh hadir jika tidak mendapat sebarang jemputan malah cara masuk juga ditipu, dari bangunan sebelah Mall, naik escalator, turun tangga, tiba-tiba muncul di Bangunan Umno.

Beliau yang sebelum ini mendedahkan penipuan Umno ini di dalam majlis Pentas Pemuda anjuran Dewan Pemuda PAS Shah Alam di TTDI, dekat sini menyatakan, mereka dijemput datang ke majlis itu kerana Perdana Menteri hendak bertemu dengan lulusan Jordan.

Dalam pada itu, Hosni berkata, beliau mendapat maklumat terdapat seorang lagi lepasan Madinah yang dijemput ke majlis berkenaan kerana terdapat majlis diskusi sebaliknya yang berlaku adalah penyerahan borang menyertai Umno oleh beberapa orang yang digelar sebagai sebagai ulama muda yang ‘ori’.

Katanya, seorang di Perlis, Ustaz Abdul Wahab Abdullah berkata, beliau hadir untuk bertemu dengan perdana menteri bagi membersihkan nama kumpulan mereka yang dikaitkan dengan keganasan.

“Terbukti Umno menggunakan banyak cara untuk menarik ulama muda menyertai mereka kerana jika untuk alasan biasa pasti mereka tidak didekati, lalu mereka gunakan berbagai cara,” ujarnya.

Menjawab hasrat mereka untuk membuat laporan polis terhadap penafian beliau yang disiarkan oleh Harakahdaily, dua hari lalu, Hosni bersetuju, artikel tersebut langsung tidak menyebut nama orang berkenaan.

* Dipetik dari Harakahdaily

Selasa, 29 Jun 2010

Aduan SPRM empayar RM3 bilion Taib Mahmud dibuat

Tiga rakyat Sarawak hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya berhubung dakwaan rasuah dan salah guna kuasa oleh ketua menterinya Tan Sri Taib Mahmud.

Tiga pengadu itu - John Brian Anthony, Ting Cek Ming dan Kung Chin Chin menggesa suruhanjaya itu menyiasat 'empayar' perniagaan Taib dan keluarganya yang didakwa bernilai 'lebih RM3 bilion' berdasarkan apa yang dilaporkan di blog sarawakreport.org.

Aduan dibuat kepada pegawai kanan SPRM, Ranjit Singh.

Ini adalah aduan kedua yang dibuat berhubung perkara yang sama. Aduan pertama dibuat kepada SPRM di Kuching, semalam oleh Ahmad Nazib Johari.

Menurut seorang daripada pengadu itu, Ting Chek Ming, proses membuat aduan berjalan lancar berbanding minggu lalu apabila beliau bersama Ahmad Nazib dan James Wong cuba mengemukakan aduan mereka.

"Kali ini, kami datang dengan salinan laporan yang ditaip dan pegawai SPRM menandatangani mengesahkan penerimaan aduan berkenaan di salinan kami bagi memastikan tiad ada perubahaan dibuat terhadap aduan itu,” katanya.

Minggu lalu, Ting, Wong dan Ahmad Nazib terpaksa menarik balik laporan mereka kerana mendakwa pihak SPRM di Shah Alam enggan memberikan salinan aduan yang ditulis dengan tangan.

Hadir bersama menemani ketiga-tiga mereka membuat aduan hari ini adalah pemimpin wanita PKR, Rozaini Mohd Rosli bagi menzahirkan sokongan Pakatan Rakyat berhubung isu berkenaan.

Ketiga-tiga pengadu berkenaan dinasihatkan bahawa mereka mungkin akan dipanggil kemudian bagi memberikan kenyataan terhadap apa yang diistilahkan oleh suruhanjaya itu sebagai 'kes besar'.

"Kami d
iberi jaminan yang SPRM akan menyiasat kes itu dan dinasihatkan menulis kepada Pengarah Siasatan bagi mendapatkan perkembangannya,” kata Ting.

Sarawakreport.org mendakwa Taib dan keluarganya mempunyai empayar perniagaan antarabangsa, termasuk memiliki hotel mewah di Australia dan hartanah komersial di tapak utama di Kanada melalui cara yang disangsikan.

Blog, yang dikendalikan oleh “rakyat prihatin' itu juga mempersoalkan pembabitan keluarga Taib dalam konglomerate terbesar negeri itu - Cahaya Mata Sarawak.

Ia juga mendakwa 85 peratus saham CMS dimiliki oleh Taib dan keluarganya serta rakan-rakan karib mereka ketika syarikat berkaitan kerajaan itu diswastakan yang menimbulkan dakwaan salah guna kuasa.

Peluru Scorpene 20% lebih mahal: Satu lagi skandal bakal terbongkar di Parlimen

Tian Chua (PKR-Batu) hari ini mengemukakan usul tergempar untuk membincangkan pembelian senjata yang dipercayai terlalu mahal untuk dua kapal selam Scorpene Malaysia.

Ini ekoran pendedahan kerajaan baru-baru ini bahawa perolehan peluru berpandu 40 Exocet SM-39 laut ke udara dan 30 torpedo Black Shark yang berjumlah 219 juta euro.

Menurut usul Chua, Kementerian Pertahanan telah membayar 20 peratus lebih daripada harga pasaran, selepas membandingkan perolehan yang serupa oleh negara-negara lain.

"Menurut rekod perolehan Pakistan, kos SM-39 ialah 3.07 juta euro setiap satu, manakala Portugis membeli Black Sharks pada harga 2 juta setiap satu," kata Chua.

Berdasarkan angka-angka tersebut, maka jumlah kosnya ialah 182.8 juga euro - berbeza 20 peratus (36 juta euro) daripada apa yang telah dibayar oleh Malaysia.

Tian juga memetik sebuah laporan oleh badan pemikir berpengaruh - Foreign Policy in Focus (FPIF), yang menyebut dalam laporan tahun 2005 bahawa banyak pembuat senjata pada umumnya digunakan rakyat Malaysia yang ada berhubung baik, sebagai pelobi mereka untuk mendapatkan kontrak.

"Komisyen dibayar kepada wakil-wakil berkenaan, dianggarkan berkisar antara 10 hingga 20 peratus," kata Tian dalam usulnya yang memetik laporan FPIF.

Dalam usulnya itu, Tian menggesa Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan kepada Dewan Rakyat sama ada orang tengah atau ahli politik terlibat dalam pembelian torpedo dan peluru berpandu itu.

* Dipetik dari Malaysiakini

Isnin, 28 Jun 2010

Sepintas lalu keputusan semasa undian PM pilihan anda

Setakat hari ini 28 Jun 2010 sehingga jam 6.00 petang, undian Perdana Menteri pilihan anda menunjukan sebanyak 72 peratus yang memilih calon kedua iaitu calon PM di kalangan bukan Melayu berbanding hanya 27 peratus yang memilih calon pertama iaitu calon PM berbangsa Melayu.

Pecahan bangsa pengundi
Peratusan pengundi Melayu mengatasi pengundi bukan Melayu iaitu 63 peratus berbanding 36 peratus pengundi bukan Melayu.

Pecahan parti yang disokong
Pecahan mengikut parti yang disokong oleh pengundi pula menunjukan Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional memperolehi peratusan undian yang sama iaitu masing-masing 36 peratus dan sebanyak 27 peratus lagi memilih untuk berkecuali.

Walaupun rekod mencatatkan jumlah kira-kira 200 pengunjung yang mengunjungi blog ini semenjak artikel tersebut disiarkan pada 24 Jun 2010 hingga hari ini namun tidaklah semua pengunjung memberi respon dengan turut memberikan undian mereka.

Peratus undian soalan pertama
Calon pertama (Melayu) : 27%
Calon kedua (bukan Melayu) : 72%

Peratus undian soalan kedua
Pengundi Melayu : 63%
Bukan Melayu : 36%

Peratus undian soalan ketiga
Pakatan Rakyat (PR) : 36%
Barisan Nasional (BN) : 36%
Berkecuali/atas pagar : 27%

Ralat sebanyak 1 % bagi setiap kategori soalan.

BC akan memberikan ulasannya kemudian nanti.

Jumaat, 25 Jun 2010

Haramkan buku: Malaysiakini heret k'jaan ke mahkamah

Malaysiakini akan mencabar keputusan menteri dalam negeri semalam yang mengharamkan buku kartun 1Funny Malaysia - yang dterbitkan oleh portal berita berkecuali itu.

Buku kontroversi yang diterbitkan Disember tahun lalu oleh anak syarikat Malaysiakini - Kinibooks itu memaparkan kompilasi kartun satira hasil Zulkifli Anwar Ulhaque - atau lebih dikenali sebagai Zunar, - yang disiarkan di Malaysiakini.

Semalam, kerajaan mengumumkan buku kartun 1Funny Malaysia, telah diharamkan mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Selain buku itu, dua lagi buku komik oleh Zunar - Perak Darul Kartun dan Isu Dalam Kartun juga diharamkan.

Ketua pegawai eksekutif Malaysiakini Premesh Chandran berkata keputusan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hisahmuddin Hussein mengharamkan buku itu sebagai 'pelik'.

"Kartun-kartun di 1Funny Malaysia telahpun disiarkan pada laman sesawang Malaysiakini. Sepanjang pengetahuan kami, tiada bantahan daripada kerajaan sejak kartun-kartun itu dimuat-naikkan,” kata Chandran.

Sehubungan itu, menurutnya, Malaysiakini akan memfailkan semakan penghakiman bagi menngkaji semula keputusan kementerian berkenaan.


Chandran juga menggesa kerajaan supaya lebih toleran dan menghargai kepelbagaian pandangan yang diluahkan oleh rakyat negara ini.

"Parodi dan satira adalah sebahagian daripada unsur dalam sistem demokrasi yang sihat. Sudah tiba masanya, bagi kerajaan supaya tidak terlalu tegas tetapi menunjukkan mereka juga mampu bertolak-ansur dengan gurauan itu,” katanya.

Chandran juga menuntut kementerian dalam negara supaya mendedahkan nasib sebuah lagi buku yang diterbitkan oleh Malaysiakini - Where is Justice? -Beberapa salinan buku itu bersama 1Funny Malaysia dirampas daripada kedai buku di seluruh negara sejak empat bulan lalu.

Where is Justice? adalah kumpulan beberapa isu semasa negara termasuk kematian dan penyeksaan saksi ketika dalam tahanan polis - fokus utamanya adalah ke atas empat kes - Teoh Beng Hock, A Kugan, Altantuya Shaariibuu dan Anwar Ibrahim.

Apabila dihubungi, Penolong Setiausaha, Bahagian Penerbitan Quran dan Teks, Kementerian Dalam Negeri, Abdul Razak Latiff:

"Kami belum menentukan nasib Where is Justice? Saya percaya buku itu masih dikaji.”

Beliau tidak mahu mengulas lanjut.

* Dipetik dari Malaysiakini

Khamis, 24 Jun 2010

BC: Anda sedia terima PM bukan Melayu?

Kalau ditanyakan soalan kepada sesiapa pun, adakah anda mengamalkan atau menyokong politik perkauman. Pasti individu tersebut akan menafikannya. Tidak kira samada dari kelompok penyokong BN mahupun, penyokong PR. Benarkah anda tidak mengamalkan atau menyokong politik perkauman khususnya bagi masyarakat Melayu di negara ini?

Cuba pula soalan ini. Kalaulah anda harus membuat pilihan untuk memilih salah seorang dari dua calon ini untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

Calon Pertama

Calon pertama seorang yang berbangsa Melayu yang telah anda ketahui dan terbukti sebagai seorang yang korup, mementingkan diri, keluarga dan kroni-kroninya, kuku besi dan hanya bertopeng kononnya melindungi hak istimewa orang Melayu padahal hanya melindungi kroni-kroninya.

Calon Kedua

Calon pilihan kedua pula seorang bukan di kalangan bangsa Melayu mungkin beliau seorang yang berbangsa samada India, Cina atau bangsa-bangsa lain yang ada di negara ini tetapi mempunyai rekod terbukti bersih, dijamin melindungi hak-hak bangsa Melayu dan bangsa-bangsa lain di Malaysia dan sentiasa menjunjungi Perlembagaan Negara ini.

Siapa yang anda pilih?

Bagaimana? Siapakah yang anda pilih? Beduk Canang (BC) percaya ia bukan satu masalah kepada seseorang yang bukan Melayu untuk menjawabnya namun jika anda seorang Melayu, adakah anda seorang Melayu yang terkedu untuk menjawab soalan ini?

Untuk itu, BC sediakan ‘pool’ di sebelah ini untuk anda menjawabnya samada anda memilih calon pertama (PM Melayu) atau calon kedua (PM bukan Melayu). Cuma yang perlu anda lakukan ialah fikirkan dan jawab mengikut pendirian anda. Anda juga perlu ingat senario yang saya tuliskan di atas tadi masih belum berlaku di negara ini cuma ‘kalau ia berlaku’ tetapi tidaklah mustahil.

BC juga sedar kemungkinan terdapat pembaca yang akan mengundi lebih dari sekali. Ia bergantung kepada kejujuran anda. Walau apa pun keputusan peratusannya nanti, mungkin ia tidaklah menggambarkan senario penerimaan sebenar keseluruhan masyarakat Malaysia. Apatah lagi ia cuma dari blog yang jumlah pembacanya tidaklah seramai mana. Apa pun BC mengucapkan terima kasih kepada pembaca yang sudi mengundi dan BC akan memberikan ulasan seterusnya kemudian nanti.

Rabu, 23 Jun 2010

Kerajaan Malaysia jalin ‘hubungan sulit’ dengan Kerajaan Israel?


Di negara Malaysia yang kerajaannya mendakwa tidak menjalinkan hubungan dengan Rejim Israel, secara diam-diam kapal-kapal dagang Israel Kapal Zim Monaco, Zim USA, Zim Kingstone dan Zim Lovoma dibenarkan bebas berlabuh di Westport Pelabuhan Klang.

Perdana Menteri dan kabinetnya pula, di sebalik melontarkan kecaman terhadap tindakan-tindakan tidak berperikemanusiaan kerajaan Zionis terhadap rakyat Palestine, diam-diam telah lama menaruh kepercayaan, berhubungan dan menganugerahkan kontrak bernilai RM20 juta kepada syarikat antarabangsa APCO, milik Zionis, untuk menasihati beliau dalam menjalankan dasar-dasar kerajaan di negara ini. Adakah ini menandakan secara tidak rasmi telah terjalinnya hubungan dua hala antara kedua-dua kerajaan ini?

Sebaliknya pula berlaku di California baru-baru ini, ratusan penunjuk perasaan mengadakan protes di Pelabuhan Oakland bagi menghalang kapal kargo Israel daripada berlabuh. Demontrasi itu diadakan sebagai memprotes sekatan rejim Israel terhadap penduduk Palestin di Gaza. Menurut salah seorang penunjuk perasaan tersebut, mereka menetapkan matlamat untuk menahan kapal tersebut selama 24 jam dan mereka berjaya melakukannya. Kerajaan Malaysia patut merasa malu dengan keadaan ini.


Kritikan tajam dalam lagu Pak Pandir

Kepada sesiapa yang mengaku kononnya pejuang Islam, pejuang rakyat, ulamak-ulamak, ahli-ahli politik dan yang sebagainya, silalah hayati dan fahami lirik ini. Kalau kalian tidak ada rasa apa-apa, maknanya anda memang dungu! Campakkan sahaja serban, gelaran ustaz, gelaran Datuk, ulamak, mufti dan lain-lain ke longkang!

Yang Remeh Temeh

Ada mata pandang
Ada telinga dengar
Ada mulut diam
Ada tangan garu
Ada kaki goyang

Ada otak pandai
Ada akal pakai
Ada bijak gadai
Ada mata pejam
Ada mulut kunyah

Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Buatlah..(buatlah..)
Buatlah tak tahu
Buatlah..(buatlah..)
Buatlah tak tahu

Rela jadi tunggul
Rela jadi patung
Tunggu dilelong
Suruh angguk-angguk
Suruh geleng-geleng

Oh puji lah aku
Ampu lah aku
Senang hidupmu
Ada tangan tadah
Ada maruah campak

Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Biarkan..(biarkan..)
Biarkan berlaku
Biarkan..(biarkan..)
Biarkan berlaku


Lirik/Lagu: Pak Pandir

Selasa, 22 Jun 2010

PRU-13 hujung tahun?

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Ahmad Atory Hussain berkata kepada sebuah akhbar tempatan semalam beliau menjangkakan PRU-13 akan diadakan seawal hujung tahun ini. Menurutnya, mengadakan PRU-13 lebih awal berikutan Perdana Menteri Najib Razak memerlukan mandat baru daripada rakyat memandangkan mandat sekarang adalah daripada Perdana Menteri terdahulu iaitu Abdullah Badawi.

Beliau juga sependapat dengan Mantan Perdana Menteri Mahathir Mohammad bahawa pilihan raya wajar disegerakan samada pada hujung tahun ini atau awal tahun hadapan kerana BN ketika ini sedang berada pada kedudukan yang baik. Berdasarkan statistik kaji selidik yang dijalankan oleh Merdeka Centre for Opinion research baru-baru ini, sebanyak 72 peratus rakyat Malaysia yang ditemuduga berpuas hati dengan prestasi Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

Rabu lalu, Najib memberi reaksi terhadap perkembangan kaji selidik tersebut dengan berkata tarikh pilihan raya nanti akan mengejutkan semua pihak.

Isnin, 21 Jun 2010

Bodoh tak boleh diajar, cerdik tak boleh diikut!

KUALA LUMPUR, 21 Jun: Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong dilihat menyerlahkan kebodohan diri sendiri apabila mendakwa Pakatan Rakyat termasuk PAS, hipokrit berhubung bantahan isu lesen judi tetapi membenarkan penjualan arak.

Beliau memberi contoh Kelantan di bawah pemerintahan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang didakwanya membenarkan penjualan arak yang juga diharamkan oleh Islam.

Ahli Parlimen Baling, Taib Azzamuddin Mohd Taib ketika diminta mengulas perkara itu berkata, Choo Keong sewajarnya membuat rujukan terlebih dahulu sebelum menyinggung mana-mana pihak dengan kenyataan dangkalnya.

Dalam pensyariatan hukum Islam, judi dan arak, katanya dua perkara berbeza.

Judi, jelasnya diharamkan oleh semua agama manakala arak tidak semua agama mengharamkannya.

Katanya, Kelantan menghadkan penjualan arak kepada bukan Islam di premis-premis tertentu sahaja dan bukannya secara terbuka.

"Kalau dia (Chee Keong) tak cakap, dia takut orang kata dia bodoh, bila dia cakap, jelas memang dia bodoh," katanya.

Dalam pada itu, Salahudin Ayub (PAS-Kubang Kerian) berkata, contoh yang digunakan Choo Keong, salah dan langsung tidak tepat.

"Contoh yang digunakan itu salah, saya cadangkan dia belajar lagi dan kaji juga agama-agama lain," katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Sementara itu, Dr Mujahid Yusof (PAS-Parit Buntar) berkata, tindakan Choo Keong itu seolah-olah beliau lebih hebat dari ulama.

"Hanya 'agama' (fahaman) Umno sahaja Yang menghalalkan judi di dunia, (sedangkan) agama Islam haram judi, begitu juga Kristian, Hindu, Buddha dan pelbagai lagi agama budaya yang lain di Malaysia," kata Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar (gambar).

Menurut beliau, kelulusan lesen arak tersebut sebenarnya sekadar untuk tidak menafikan hak masyarakat bukan Islam dari meminum minuman keras itu.

"Arak ini macam babi lah, walaupun umat Islam diharamkan makan babi atau arak, kerajaan (Kelantan) tidak boleh menghalang penganut agama-agama lain dari makan dan minum kedua-duanya.

"Ianya kerana Islam agama yang adil (dan) keadilan Islam tidak boleh menghalang hak penganut agama lain, sebab arak ini kalau ikut fekah seperti harta mereka," ujarnya.

Disebabkan itu, sekiranya umat Islam terjebak dalam meminum arak, menurut beliau, mereka tetap akan dikenakan tindakan syarak.

Maka, katanya lagi, tidak salah sekiranya kerajaan menggunakan duit dari cukai judi untuk membangunkan prasarana di negeri Kelantan.

Ini kerana, beliau berkata, Sheikh Dr. Yusof Abdullah al-Qardhawi, Pengerusi Majmak Fiqh al-Islami al-'Alami (Ikatan Fiqh Islam Sedunia) pernah berfatwa bahawa kerajaan diharuskan menggunakan duit dari cukai arak untuk pembangunan prasarana awam daripada membakar duit cukai itu.

Ini kerana, beliau berkata, Dr. Yusuf berpendapat membakar duit hasil dari cukai arak tidak ubah seperti melakukan pembaziran yang nyata ditegah di sisi Islam juga.

Berbeza dengan isu judi, beliau berkata, semua agama mengakui bahawa aktiviti itu memunahkan keharmonian rumah tangga.

Sehubungan itu, beliau menganggap kenyataan Choo Keong mengelirukan Dewan Rakyat dan wajar dibawa ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Bercakap pada suatu kenyataan lain, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar berkata, dengan meluluskan lesen judi mencerminkan kerajaan tidak mempunyai aras tanda utama (KPI) tersendiri.

"Perdana Menteri ini dalam semua perkara ada KPI lah, NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) lah, tetapi dalam isu judi ini nampaknya Najib cukup bebas tidak kira sensitiviti agama dan bangsa kita," katanya.

Melihat pada tindak tanduk Najib, beliau menyeru rakyat supaya menolak Umno BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 kelak demi menyelamatkan Malaysia dan rakyat daripada terus punah.

Sementara itu, Choo Keong ketika diterjah Harakahdaily semasa keluar dewan, enggan mengulas.

"Saya nak makan ubat," ujarnya.

* Sumber dipetik dari Harakahdaily

BC : Choo Keong memang patut kena makan ubat!

Ahad, 20 Jun 2010

Nama kucing PM: Mahfuz Omar beri cadangan

KUALA LUMPUR, 19 Jun: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mencadangkan kucing parsi yang dibeli Datuk Seri Najib Razak dinamakan dengan mana-mana peristiwa hitam yang berlaku zaman pemerintahan Perdana Menteri itu.

Sebagai cadangan, beliau mahu Najib mempertimbangkan beberapa nama seperti Kucing Persia: PKFZ, Scorpene, F5E, Sime Darby, L dan M, KTM Tanjung Pagar, Ban Judi Bola, Kem Sungai Besi, GST, Ban Subsidi, APCO, PRK Sibu atau Monggolia Altantuya.

"Dengan menjenamakan jenama-jenama di atas maka Najib dan seluruh rakyat Malaysia akan terus mengingati peristiwa-peristiwa hitam sebagai sejarah 1Malaysia," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Beliau turut menyambut baik cadangan Najib yang mahu rakyat memberi cadangan nama kepada kucing yang baru dibelinya tersebut.

Nama-nama yang dicadangkan itu, katanya juga mampu mengingatkan negara tentang peristiwa hitam yang telah berlaku sepanjang Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri.

* dipetik dari Harakah Daily

Beduk Canang: Bagus juga cadangan YB Mahfuz tersebut. Paling menarik sekali kalau kucing tersebut diberi nama Altantuya. Bukannya apa, disebabkan kucing tersebut sangat comel, maka eloklah diberikan nama sempena orang yang cun-cun dan bukanlah ada sebab-sebab lain.

Nama kucing-kucing yang pernah aku bela: Enget, Anggut/Gut-gut, Suhun, Pucuk, Hitler, Tam Sopak, Tam-tam Pok dan Uban!


Jumaat, 18 Jun 2010

Kenyataan hipokrit Hishammuddin


Kenyataan akhbar Hishammuddin Hussein semalam menyatakan rakyat yang berkuasa memilih masa terbaik untuk mengadakan pilihan raya. Kenyataan tersebut tidak lebih daripada kenyataan dari seorang pemimpin hipokrit. Mengapa ketika desakan kuat rakyat untuk mengadakan pilihan raya ADUN negeri Perak suatu masa dahulu tidak pula dihiraukan atau sekurang-kurangnya membuat tinjauan umum pandangan rakyat terlebih dahulu adakah majoriti mahukan pilihan raya diadakan.

Kenyataan tersebut juga bercanggah dari kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang menyebut kuasa untuk mengadakan pilihan raya adalah di tangan Perdana Menteri. Sejarah negara ini semenjak merdeka tidak pernah memberikan kuasa kepada rakyatnya untuk menentukan masa pilihan raya diadakan. Sebaliknya ia sering dijadikan senjata oleh PM dan partinya untuk memilih tarikh yang 'bersesuaian' dengan mereka.

Bekas timbalan menteri mahu Felda disiasat

Pemimpin PKR Dr Tan Kee Kwong yang juga timbalan menteri tanah dan pembangunan koperasi sehingga tahun 2004 mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat dakwaan salahurus dalam Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

Beliau yang hari ini menemani ahli parlimen Klang, Charles Santiago membuat laporan ke SPRM berhubung kemerosotan rizab tunai Felda yang menjunam daripada RM4.08 bilion pada 2004 kepada hanya RM1.35 bilion pada tahun lalu.

Dalam aduannya, Santiago meminta SPRM menyiasat penjelasan yang diberikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan bahawa jumlah rizab tunai Felda susut sebanyak RM2.73 bilion dalam tempoh lima tahun.

Ahmad dalam jawapannya di Dewan Rakyat pada 16 Jun berkata, walaupun jumlah rizab berkurangan, nilai aset yang dimiliki oleh Felda tetap meningkat.

Ahmad juga berkata, rizab tunai tersebut digunakan untuk program kebajikan peserta rancangan dan juga untuk membina ibu pejabat Felda yang baru.

Sementara itu, Tan yang pernah berkhidmat sebagai timbalan menteri di kementerian yang bertanggungjawab ke atas Felda berkata, bangunan baru berkenaan bertaraf "lima bintang" dan terletak bersebelahan Suruhanjaya Tinggi Republik Singapura.

Felda, katanya, telah membayar pendahuluan sebanyak RM230 juta kepada Naza TTDI, pemaju yang bertanggungjawab membina bangunan baru dengan kos RM662 juta.

Beliau juga mendedahkan bahawa wujudnya satu rancangan pada 2006 untuk menggantikan ibu pejabat Felda sedia ada di atas tapak yang sama di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Rancangan itu akan hanya membabitkan kos pembinaan RM220 juta kerana tanah itu dimiliki Felda sendiri, kata Tan yang berkhidmat di kementerian tanah dan pembangunan koperasi sehingga tahun 2004.

"Tender untuk meruntuhkan bagunan lama telahpun dibuka," katanya dalam ketika bercakap kepada wartawan di perkarangan pejabat SPRM hari ini.

"Perdana Menteri (pada ketika itu) Tun Abdullah Ahmad Badawi juga telah bersetuju untuk merasmikan majlis pecah tanah itu," katanya lagi.

Beliau seterusnya mempertikaikan apa perlunya bangunan baru itu dibina dengan kos RM662 juta, sedangkan ia boleh dibina dengan satu pertiga daripada kos berkenaan.

* dipetik dari Malaysiakini

Khamis, 17 Jun 2010

Dakwaan ADUN BN melompat ke PR berasas

Ketika pentas politik Perak bergoncang semula dengan berita tiga ADUN BN akan melompat ke PKR sekaligus membolehkan Kerajaan Negeri Perak kembali ‘bertukar servis’ kepada PR tiba-tiba muncul pula Keshvinder Singh, ADUN Malim Nawar yang melompat keluar DAP dan menyertai kelab ADUN bebas-‘teman tetapi mesra BN’ lain.

Dalam sidang akhbar perisytiharan beliau keluar daripada DAP semalam, menyatakan bahawa punca utama beliau mengambil tindakan demikian ialah kerana telah tidak mendapat peruntukan yang cukup bagi menjamin pembangunan berterusan di kawasan Malim Nawar.

“Saya memilih untuk menyokong dan berkerjasama dengan Kerajaan Perak di bawah kepimpinan Menteri Besar Perak, Dr Zamry Abd Kadir dan akan menemuinya untuk mendapatkan peruntukan” katanya dalam sidang akhbar itu.

Dalam sidang akhbar yang sama, beliau juga menyatakan antara sebab lain beliau keluar dari DAP dan PR adalah kerana kecewa dengan kepimpinan DAP dan PR yang terlalu banyak berpolitik sehingga mengabaikan tanggungjawab kepada rakyat. Menurutnya lagi, beliau juga telah mengamati corak pentadbiran Kerajaan Negeri Perak dan Kerajaan Pusat dalam masa 15 bulan Najib Razak menjadi Perdana Menteri.

Membuktikan tiga ADUN BN bakal melompat berasas

Pengumuman Keshvinder ini sekaligus membuktikan dakwaan pemimpin-pemimpin PR Perak yang sebelum ini mendakwa seramai tiga ADUN BN akan melompat keluar BN kerana tidak berpuas hati dengan tindakan MB Perak yang melayani tiga ADUN Bebas yang keluar dari PR sebelum ini umpama anak emas memang berasas. Menurut kenyataan pemimpin PR berkenaan, ADUN BN yang bakal melompat keluar BN tersebut mendakwa tiga ADUN bebas tersebut telah menerima peruntukan yang banyak dan faedah-faedah lain berbanding mereka sebagai ADUN BN. Dipercayai kenyataan dari ADUN-ADUN BN inilah telah mendorong Keshvinder untuk melompat parti bagi memperolehi ganjaran yang sama.

Dalam isu yang sama, walaupun Dr Zamry menafikan ura-ura tersebut, sebaliknya jentera kerajaan BN Perak tidak duduk diam dengan cuma berharap ia tidak berlaku, malah mereka telah menjalankan usaha keras untuk menghalang perkara tersebut dari benar-benar berlaku sekaligus membolehkan mereka memanipulasikan fakta bahawa kenyataan dari pemimpin PR tersebut hanyalah satu penipuan kepada rakyat.

BN tidak akan duduk diam

BN juga dikatakan telah mengambil tindakan segera dengan memujuk ADUN-ADUN BN tersebut dengan pelbagai peruntukan dan janji-janji baru lain. Kemungkinan usaha Kerajaan Negeri Perak di bawah BN tersebut mampu mebuahkan hasil adalah amat cerah sekali. Ini kerana berdasarkan kuasa yang ada pada BN yang memerintah Kerajaan Negeri membolehkan mereka mengeluarkan peruntukan segera kepada ADUN-ADUN BN berkenaan bagi memujuk mereka seperti yang dialami oleh Nasaruddin Hashim (ADUN Bota) sebelum ini.

Prinsip yang boleh dibeli

Selain itu, adalah suatu prinsip yang normal di kalangan pemimpin BN, ADUN dan Ahli Parlimen Bebas yang telah melompat, kesetiaan mereka berkiblatkan kepada wang, kontrak, peruntukan dan kuasa. Kebanyakan mereka ini, perlu ada tawaran ganjaran menarik yang perlu dibincangkan terlebih dahulu kepada sesiapa yang hendak membeli kesetiaan mereka. Selain itu faktor ditawarkan jaminan terselamat dari sesuatu pendakwaan rasuah atau masalah kewangan untuk menyelesaikan bebanan hutang mereka juga memainkan peranan dalam tindakan mereka melompat parti.

Rabu, 16 Jun 2010

Kekuatan PR faktor kesejahteraan rakyat


Semenjak kebelakangan ini, kes Allayarham Aminulrashid yang mati ditembak oleh anggota polis begitu hangat diperkatakan. Rentetan dari kes yang mampu menyebabkan kewibawaan PDRM dalam menjaga keselamatan awam semakin diragui oleh masyarakat awam, timbul pula kes-kes lain seumpanya yang sebelum ini seakan terpinggir.

Lantaran kes-kes ini, banyak pihak telah menyuarakan kekesalan dan bantahan akan tindakan segelintir anggota polis yang dikatakan tidak profesional ketika menjalankan tugas. Antara yang paling vokal mengkritik tentunya dari pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

Kritikan-kritkan keras pemimpin PR akhirnya telah mendapat reaksi dari beberapa pemimpin BN dan pegawai-pegawai tinggi PDRM. Menurut mereka, pemimpin-pemimping PR sengaja mengambil kesempatan dengan mempolitikkan isu ini untuk meraih publisiti dan kepentingan politik.

Hakikatnya, apa yang dikritik oleh pemimpin-pemimpin PR mengenai isu ini bukanlah isu politik tetapi ianya adalah isu kemanusiaan dan keselamatan masyarakat awam negara ini. Ia wajar diperdebatkan oleh sesiapa sahaja termasuklah dari kalangan ahli-ahli politik.

Ini termasuklah pemimpin-pemimpin PR, menjadi tanggungjawab mereka untuk menyuarakan keluh kesah rakyat dengan menggunakan kedudukan dan saluran mereka sebagai ahli politik untuk bercakap mengenainya. Apa yang penting, kritikan-kritikan mereka bukanlah kritikan yang membuta tuli tetapi bedasarkan fakta-fakta yang ada.

Apatah lagi di dalam sebuah negara seperti Malaysia yang ketelusan pemerintahnya amat diragui di dalam kebimbangan mereka melindungi isu-isu yang mampu menampakan kelemahan kerajaan Barisan Nasional (BN). Seperti menjadi kelaziman pihak kerajaan termasuklah media-media kawalannya untuk menyembunyikan isu-isu seperti ini atau yang berkaitan dengan pemimpin-pemimpin mereka. Bahkan dalam usaha untuk menyembunyikan kelemahan mereka, badan-badan seperti PDRM, SPRM, SPR dan banyak lagi malahan lebih menyedihkan apabila mahkamah turut diperalatkan.

Lantaran itu, jalan paling berkesan untuk mendedahkan kebobrokan mereka hanyalah melalui tekanan politik terhadap Kerajaan BN. Keraguan masyarakat negara ini untuk menggunakan saluran rasmi mahupun tindakan undang-undang untuk mengemukakan bantahan juga telah menyebabkan tindakan mengadakan demontrasi menjadi relevan.

Beberapa isu sebelum ini telah membuktikan bahawa pededahan-pendedahan oleh pemimpin-pemimpin PR kepada umum dan tekanan melalui demontrasi telah beberapa kali berjaya membuahkan hasil menundukan keangkuhan Kerajaan BN. Gerakan demontrasi untuk membantah PPSMI dan Gerakan Mansuh ISA (GMI) contohnya telah berjaya menundukan keegoan BN. Walaupun hanya separuh daripada matlamat yang ditetapkan berjaya dicapai tetapi harus diingat untuk melenturkan keegoan BN bukan satu perkara mudah. Jesteru itu kejayaan tersebut boleh dianggap memuaskan daripada tiada apa-apa pencapaian langsung.

Antara contoh-contoh yang jelas ialah skandal PKFZ yang terlebih dahulu didedahkan oleh pemimpin PR samada melalui media-media kiri mahupun di Parlimen. Sikap BN yang cuba menyembunyikan skandal ini begitu terserlah apabila media-media kawalan BN tidak melaporkan isu ini pada awalnya. Sedangkan isu yang sama juga telah lama dipaparkan oleh media-media kiri kepada umum. Siasatan oleh SPRM hanya bermula apabila rahsia skandal yang memakan berbilion ringgit ini tidak dapat dibendung lagi.

Begitu juga dengan isu tuntutan hutang tertunggak oleh 363 peneroka Felda Sungai Buaya yang telah berlanjutan selama 16 tahun. Walaupun Kerajaan BN telah beberapa kali menabur janji untuk menyelesaikan masalah ini pada setiap kali pilihan raya menjelang, namun ianya hanya janji-janji kosong.

Namun, apabila PR mengenakan tekanan terhadap kerajaan BN dengan mendesak agar masalah ini diselesaikan segera pada Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor baru-baru ini, tiba-tiba sahaja PM Najib Razak menjadi amat pemurah dengan mengumumkan pembayaran tunggakan ini. Itupun tiada jaminan peneroka-peneroka ini akan mendapat bayaran penuh seperti mana yang tertera di dalam kontrak. Umum percaya seandainya PR adalah sebuah pakatan pembangkang yang lemah, khususnya di Parlimen Hulu Selangor, tentunya kemelut yang dihadapi oleh peneroka-peneroka tersebut masih lagi berpanjangan.

Peranan yang sama turut dimainkan oleh pemimpin-pemimpin PR ini untuk mendapatkan keadilan untuk mendiang S. Kugan, Teoh Beng Hock dan Allahyarham Aminul Rashid serta keluarga mereka. Jika pemimpin PR hanya berdiam diri, kebarangkaliannya amat tinggi Kerajaan BN akan memencilkan kes-kes ini seperti mana kes-kes sebelumnya yang tidak mendapat keadilan yang sewajarnya. Untuk rekod, ini bukanlah kali pertama berlakunya kes kecuaian anggota penguat kuasa hingga menyebabkan kecedaraan mahupun kematian orang awam.

Situasi ini amat berbeza ketika era parti-parti pembangkang dilihat lemah. Begitu banyak kes-kes atau isu yang dipinggirkan. Ada juga beberapa kes yang dilaporkan tetapi diputar belitkan oleh media kawalan BN dengan samada menyeleweng dari fakta-fakta sebenar kejadian mahupun menyembunyikan beberapa fakta penting.

Antaranya isu Operasi Lalang, pemenjaraan Lim Guan Eng, pemecatan Tun Salleh Abbas sebagai Ketua Hakim Negara, Pemecatan Mufti Ishak Baharum, tragedi Memali yang akhirnya Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Musa Hitam dan PM Mahathir ketika itu saling tunding menunding antara satu sama lain dan banyak lagi. Kebanyakan isu yang dilaporkan ini, tidak memberikan gambaran sebenar kejadian demi melindungi imej Umno dan BN.

Selasa, 15 Jun 2010

Pertumbuhan ekonomi: Najib cuma mahu rakyat bersorak


Pada 14 Mei baru-baru ini, hampir kesemua akhbar-akhbar kawalan kerajaan memaparkan berita KDNK suku pertama tahun ini sebanyak 10.1 peratus sebagai tajuk utama mereka. Pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Najib Razak itu mengambarkan ekonomi negara kini berada dalam landasan yang baik dalam memacu pertumbuhan ekonominya.

Sebelum itu pada 14 April dalam satu kenyataan Kenanga Research, mata wang Ringgit Malaysia kini berada di paras yang kukuh dan trend ini dijangka akan beransur-ansur meningkat kepada 3.05 bagi setiap Dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang akhir tahun hadapan, seiring dengan pertumbuhan ekonomi yang bertambah baik. Dalam perkembangan berkaitan, Gabenor Bank Negara, Dr Zeti Akhtar Aziz berkata pengukuhan nilai mata wang ringgit tersebut akan menyebabkan kuasa membeli pengguna di Malaysia bertambah.

Itu adalah teori-teori ekonomi di atas kertas. Hakikat di sebalik pengumuman tersebut, adakah kesan-kesan pertumbuhan ekonomi yang dilaungkan mampu memberi impak positif kepada kos sara hidup rakyatnya khusus kepada golongan berpendapatan sederhana dan rendah yang mungkin kurang mengambil tahu akan teori-teori ekonomi tersebut.

Dalam satu kenyataan akhbar Jabatan Perangkaan 22 Mei lalu, indeks harga pengguna (IHP) untuk bulan April tahun ini meningkat sebanyak 1.5 peratus berbanding bulan yang sama tahun lepas. Perbandingan tahun ke tahun, indeks makanan dan minuman bukan alkohol dan indeks bukan makanan masing-masing meningkat 2.2 peratus dan 1.2 peratus, kata jabatan itu. Kenaikan ketara bagi kumpulan utama yang berwajaran tinggi ialah makanan dan minuman bukan alkohol (1.6 peratus); perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (1.0 peratus); dan pengangkutan (0.7 peratus).

Namun berita perkembangan ekonomi negara yang semakin meningkat dan mata wang Ringgit yang berada pada paras kukuh tidak akan memberi apa-apa makna jika rakyatnya terus bergelut dengan kadar inflasi yang tinggi. Kekayaan negara tentunya tidak memberi apa-apa makna jika masih ramai rakyatnya yang berada di bawah paras kemikinan. Apatah lagi bagi Malaysia yang masih belum mencapai status negara maju.

Adakah rakyat boleh bersorak dengan pengumuman pertumbuhan KDNK 10.1 peratus dan pengukuhan nilai Ringgit di pasaran tersebut jika kadar inflasi masih naik mencanak dan menjerut sekaligus mengurangkan kuasa membeli pengguna khususnya mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Apakah yang dapat mereka nikmati dari kesan pengumuman tersebut? Adakah pada hari ini rakyat terbanyak telah mula merasai sedikit kelegaan apabila dikatakan kuasa membeli mereka bertambah? Adakah kuantiti sebuku roti atau berat timbangan tepung dan gula hari ini bertambah dengan jumlah nilai wang sama yang dibayar pada sebelumnya. Atau kerajaan memang hanya mengharapkan rakyatnya sekadar bersorak kosong walaupun tahu rakyatnya terus terhimpit?

Pengumuman tersebut tidak memberi apa-apa erti kepada rakyat jika harga beras, gula, tepung, roti dan lain-lain barangan keperluan masih kekal tinggi di tahap yang sedia ada. Malahan harga barangan yang bukan di bawah harga kawalan berterusan mencanak naik dan ura-ura berlakunya kenaikan harga barangan kawalan pula semakin bertiup kencang.

Pertumbuhan KDNK 10.1 peratus tidak memberi apa-apa makna jika rakyat semakin ditekan apabila lebuh raya yang dibina untuk kemudahan rakyat dikenakan tol dan usaha-usaha untuk cuba menswastakan perkhidmatan kepada rakyat masih dijalankan. Jadi, apa yang hendak disorakan jika kehidupan rakyat semakin terbeban?

Mampukah pengumuman pertumbuhan ekonomi dan paras nilai mata wang Ringgit Malaysia tersebut membuatkan para petani, nelayan, kerani, pengawal keselamatan dan lain-lain melonjak dan bersorak gembira? Adakah pengumuman tersebut menyebabkan para petani dapat menjual hasil pertanian dengan harga yang lebih baik? Rata-rata bagi rakyat berpendapatan sederhana rendah, pengumuman tersebut tidak ada maknanya melainkan jika pengumuman tersebut mampu menambah pendapatan mereka atau menurunkan harga-harga barang keperluan di pasaran.

Memang tidak dinafikan kecekapan menguruskan ekonomi untuk mengkayakan negara memang penting. Namun ia bukanlah sekadar kecekapan bagaimana pemerintahnya berjaya meningkatkan pendapatan negara tetapi adalah penting juga bagaimana kekayaan yang ada itu dapat diagih-agihkan dan dinikmati dengan dimanfaatkan untuk semua lapisan masyarakatnya.

Apa yang jelas, pengumuman tersebut sekadar menyerlahkan kelaziman sikap Kerajaan BN yang gemar menyuapkan berita-berita yang sedap untuk di dengar dan seterusnya menghamburkan puji-pujian kepada diri sendiri. Apa yang penting bagi mereka, pengumuman tersebut bertujuan memberitahu kepada rakyat akan kononnya mereka cekap menguruskan ekonomi negara.


Ahad, 13 Jun 2010

Promosi untuk tabloid Kabar: Terima Kasih KDN!


Rata-rata masyarakat yang peka dan pemimpin-pemimpin PR sependapat bahawa keberkesanan sesuatu media terhadap masyarakatnya dapat diukur melalui tindakan kerajaan BN mempergunakan KDN untuk memberi tekanan terhadap media tersebut. Antara pemimpin-pemimpin PR yang sependapat ialah Tian Chua, Idris Ahmad, Lateefa Koya dan Ronnie Liew apabila ditanya oleh wartawan akhbar Tabloid Kabar. Komen mereka ini, tentunya turut menjadi pembakar semangat kepada saya untuk menulis.

Terdahulu, sebanyak lebih enam ribu naskah akhbar Kabar Era Pakatan (Kabar) telah dirampas di 916 lokasi di seluruh negara. Akhbar yang memaparkan realiti isu-isu semasa politik tanah air ini dikatakan begitu keras mengkritik kerajaan BN di bawah kempimpinan Najib Razak.

Antara isu yang pernah di ketengahkan ialah isu komisyen sebanyak 114 juta Euro untuk pembelian kapal selam Scorpene kepada Syarikat Perimekar Sdn Bhd yang dikaitkan dengan Abdul Razak Baginda sahabat baik kepada Najib. Disebabkan isu-isu yang diketengahkan itu menjejaskan imej Najib dan BN, maka KDN telah bertindak melulu dengan melakukan rampasan tanpa mengikut tatacara kerja dan profesionalisme dalam bertindak.

Malah diyakini tindakan tersebut diambil setelah mendapat arahan politik dari pemimpin-pemimpin BN. Walau apa pun terima kasih kepada KDN, kerana tindakan mereka telah memberi promosi kepada akhbar ini sekaligus mampu melonjakkan angka jualan akhbar ini dipasaran dan ia bertambah manis apabila promosi ini tidaklah memakan kos sehingga RM1.5 juta seperti mana belanja promosi untuk Rosmah Mansor di Amerika Syarikat!

Sabtu, 12 Jun 2010

Akhirnya, Beduk Canang menujum senario politik selepas PRU-13 (Bhg 8)



10 tahun politik Malaysia: Era reformasi 1998-Tsunami politik 2008 (bhg akhir)


Walau apa pun yang sedang diusahakan baik oleh BN mahupun Pakatan Rakyat sekarang dalam menghadapi PRU-13 nanti, keputusannya nanti pasti sengit. Tentunya BN tidak akan menemui jalan mudah serta kemenangan selesa dan begitu juga dengan Pakatan Rakyat.

Siapa pun bakal memerintah negara ini selepas PRU-13 nanti, bukanlah kemenangan dengan majoriti dua pertiga dan pastinya terpaksa menghadapi blok pembangkang yang kuat. Malah lebih kuat dari blok pembangkang yang ada sekarang. Pada masa itu, sekali lagi kita akan menyaksikan aksi lompat melompat. Bukan sahaja secara individu malah melompat dengan parti-partinya sekali.

Apa akan jadi jika PR berjaya membentuk kerajaan?

Cabaran utama bagi PR apabila berjaya membentuk kerajaan ialah untuk meneutralkan semula pentadbiran kerajaan daripada berkiblatkan parti politik. Walaupun BN tidak lagi berkuasa masa itu, BN masih meninggalkan pengaruh yang kuat di dalam pentadbiran kerajaan khususnya di kalangan penjawat pegawai-pegawai tinggi kerajaan dan ke atas.

Lazimnya mereka yang ada sekarang bukan sahaja berkhidmat kepada kerajaan tetapi juga berkhidmat untuk parti BN. Pendirian mereka yang tidak neutral ketika berkhidmat kepada kerajaan di dalam organisasi pentadbiran kerajaan akan menyukarkan urusan pentadbiran. Bahkan mereka ini juga mampu bertindak sebagai pengintip untuk BN dan perosak kepada dasar-dasar baru yang cuba diperkenalkan. Oleh kerana mereka ini terdiri daripada kakitangan awam mereka tidak boleh dipecat dengan sewenang-wenangnya.

Parti politik melompat

Aksi melompat dengan parti-partinya sekali adalah lebih tinggi kemungkinan untuk berlaku seandainya PR berjaya memenangi PRU-13 nanti. Parti-parti yang dilihat tidak mustahil untuk melompat sedemikian datangnya dari seluruh Malaysia samada yang berpusat di Semenanjung mahupun di Sabah dan Sarawak. Tindakan mereka ini didorong demi survive kaum yang diwakili parti itu dan survive parti itu sendiri serta adanya persamaan idealogi antara parti yang melompat dengan parti naungan PR yang memerintah.

MCA dan Gerakan bakal melompat?

Antara parti-parti yang berpusat di Semenanjung yang tidak mustahil untuk membeloti BN ialah MCA dan lebih-lebih lagi Parti Gerakan Rakyat Malaysia. Kedua-dua parti ini dilihat lebih berpandangan terbuka demi masa depan mereka berbanding Umno. Walaupun MCA sama seperti Umno sebuah parti berdasarkan kaum, namun demi survival kaum Cina yang diwakilinya menjadikan ia tidak mustahil.

Manakala bagi Parti Gerakan pula, ia bukanlah sebuah parti berasaskan sesuatu kaum walaupun kebanyakan jawatan pentingnya dimonopoli oleh orang-orang Cina. Parti Gerakan juga mempunyai beberapa ciri-ciri persamaan dengan PKR dan DAP terutamanya. Malah, pada masa ini juga telah wujud suara-suara pemimpin yang lebih liberal dari dalam Parti Gerakan sendiri yang mahukan kedudukan parti mereka dalam BN dikaji semula.

MIC hilang pengaruh masyarakat India di bawah BN

Walaupun MIC tidak disebutkan, ia juga tidak mustahil boleh berlaku walaupun kebarangkaliannya agak kecil. Lebih-lebih lagi seandainya Samy Vellu berjaya disingkirkan melalui Gerakan Anti Samy (GAS) yang sedang giat digerakkan sekarang ini. Seandainya parti ini tidak melompat ke PR, dengan kedudukan mereka di luar kerajaan maka ia dilihat tidak mampu membela nasib masyarakat India di negara ini dan parti ini akan terus hanyut daripada sokongan masyarakat India sendiri.

Jika BN berjaya pertahankan kuasa

Berbeza pula dengan senario jika PR menang dalam PRU-13 tadi, sebaliknya jika BN masih berjaya mengekalkan kerajaan yang sedia ada sekarang, berlakunya sesebuah parti dalam PR melompat ke dalam BN adalah amat tipis sekali. Kemungkinan ia memang tidak akan berlaku. Cuma mungkin hanya beberapa Ahli Parlimen PR yang berjaya dipancing melompat secara individu seperti yang berlaku sekarang. Pendek kata, jika BN berjaya memepertahkan kerajaan yang ada sekarang, lanskap politik Malaysia tidak banyak berubah dari yang ada sekarang.

Parti mana sekali pun yang bakal memerintah nanti pastinya tidak memperolehi majoriti dua pertiga di Parlimen. Tidak dapat lama meraikan kemenangan dan tidak mampu duduk senang seperti mana Abdullah Badawi ketika meraikan kemenangan PRU-11 tahun 2004 lalu.

Jumaat, 11 Jun 2010

Keraguan terus selubungi agenda reformasi Najib



Najib Razak hari ini mengumumkan rancangan lima tahun untuk memotong subsidi dan mempercepat pelaburan tetapi menggariskan tidak banyak langkah untuk meningkatkan daya saing, dan ini memperkuatkan lagi keraguan tentang agenda reformasinya.

Dalam rancangannya itu, Najib berkata kerajaan akan mengurangkan defisit fiskal dan mengurangkan subsidi secara berperingkat-peringkat, sementara mensasarkan purata 6 peratus pertumbuhan ekonomi tahunan.

Ketika membentangkan Rancangan Malaysia ke-10 di Dewan Rakyat hari ini, perdana menteri berkata, rancangan tersebut sangat penting untuk menjayakan cita-cita menjadikan Malaysia sebuah negara membangun sepenuhnya pada 2020.

Menurutnya, sasaran untuk mencapai 6 peratus pertumbuhan, memerlukan satu lompatan besar dalam pelaburan, terutama pelaburan yang lebih pesat di sektor swasta.

Najib memberi beberapa petunjuk tentang bagaimana kerajaan akan menarik lebih banyak pelaburan di samping rancangan untuknya menjadi rakan kongsi syarikat swasta dalam projek berimpak tinggi bernilai RM63 bilion, yang termasuk pembinaan lebuh raya, sebuah wilayah kewangan baru di ibunegara serta loji penjanaan elektrik dari arang batu.

Malaysia memerlukan purata RM115 bilion pelaburan swasta setiap tahun untuk mencapai sasaran pertumbuhan pelaburan sebanyak 12.8 peratus setahun, demikian menurut RMK10. Pelaburan hanya tumbuh purata 2 peratus antara 2006-2010.

Kerajaan akan mengurangkan perbelanjaan pemberian subsidi kepada RM15.7 bilion pada 2015 daripada RM18.3 bilion tahun ini, menurut RMK10.

Tetapi RMK10 mengelakkan isu-isu berduri seperti membubarkan dasar berasaskan kaum yang memberi keistimewaan kepada orang Melayu sejak empat dekad lalu - suatu perubahan, yang mengikut para penganalisis, sangat penting untuk Malaysia bersaing dengan ekonomi lain.

* Di petik dari Malaysia Kini

10 tahun politik Malaysia: Era reformasi 1998-Tsunami politik 2008 (bhg 7)

Malaysia di tangan Najib

Malaysia di tangan Najib Razak seolah-olah membawa Malaysia berundur semula ke belakang atau lebih tepat lagi diundurkan kembali ke zaman negara berperdana menterikan Mahathir Mohammad. Beberapa tindakan beliau juga dikatakan telah mendapat nasihat dari Mahathir.

Malah beberapa tindakan mereka juga dilihat sama, antaranya membebaskan beberapa tahanan ISA ketika baru menjawat kerusi nombor satu kerajaan, mengukuhkan cengkaman terhadap media termasuk menyekat media-media pembangkang atau yang mengkritik kerajaan, mengukuhkan cengkaman terhadap badan-badan yang sepatutnya bebas dari kuasa eksekutif seperti SPRM, SPR, PDRM malah institusi kehakiman turut tidak terlepas, tiada kesungguhan untuk mengekang amalan rasuah dalam kerajaannya, melancarkan serangan kotor secara besar-besaran terhadap musuh politik khasnya Anwar Ibrahim dengan tujuan membunuh karier politiknya dan beberapa perkara lain.

Setakat ini senjata Najib yang paling berkesan untuk mengembalikan sokongan rakyat terhadapnya ialah idea gagasan 1 Malaysia. Walaupun sesetengahnya menganggap slogan tersebut tidak lebih dari retorik politik tetapi ia tetap mampu memberi kesan positif kepada kerajaan yang memerintah sekarang. Namun senjata ini juga kalau disalah gunakan mampu memakan diri sendiri. Terbaru, tembelang yang telah pecah - isu APCO dan 1 Israel contohnya, mampu memberi kesan negatif kepada gagasan 1 Malaysia Najib.

Selain itu, penonjolan yang berlebihan isteri beliau Rosmah Mansor juga boleh memburukan keadaan seperti mana penonjolan Khairy Jamaluddin ketika Abdullah Badawi masih lagi PM. Sikap Rosmah semakin ketara menunjukan kecanduannya terhadap publisiti dan dilihat mampu menundukan Najib sendiri.

Ini dapat dilihat apabila dana kerajaan digunakan sewenang-wenangnya untuk pembiyaan iklan satu muka penuh di akhbar The New York Times dengan harga RM1.5 juta bagi memberi publisiti terhadap lawatan isterinya itu ketika mengikuti rombongan lawatan PM ke Amerika Syarikat baru-baru ini.

Sesetengah pendapat mengatakan Najib juga gagal untuk mengawal Rosmah dari melebihi had batas-batas yang sepatutnya seperti menggunakan gelaran wanita nombor satu negara yang jelas menurut Perlembagaan Negara adalah gelaran kepada DYMM Raja Permaisuri Agong. Rosmah juga kerap melakukan sesuatu dengan membelakangkan menteri-menteri yang bertanggungjawab di dalam sesuatu urusan kerajaan. Antaranya ialah Senator Sharizat Jalil bagi Menteri yang bertanggungjawab terhadap Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat.

Apa pun Najib kini dilihat sedang berusaha keras untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap BN dalam menghadapi PRU akan datang melalui pelbagai program-program yang dirangkakan oleh penasihat kerajaan, APCO. Walaupun parti-parti pembangkang yang bersatu di bawah PR kini dianggap di antara pembangkang terkuat pernah wujud di Malaysia, Najib dan BN masih mempunyai kelebihan.

Kelebihan utama yang ada padanya ialah kuasa yang ada di tangan ketika ini. Dengan kuasa yang ada, menjadikan mudah untuk beliau memperkudakan jentera kerajaan dan badan-badan yang sepatutnya bebas seperti kehakiman, PDRM, SPRM, SPR dan lain-lain bagi keuntungan beliau dan BN.

Selain itu, BN juga mempunyai kelebihan dari segi dana, baik dana parti sendiri mahupun dana milik kerajaan. Walaupun menggunakan dana kerajaan untuk kepentingan parti adalah tindakan tidak bermoral dan salah tetapi itu bukanlah menjadi perhitungan utama beliau.

BN juga menguasai sepenuhnya media-media perdana. Bagi pengamal media dalam arus perdana yang cuba memberi laporan di kaca tv secara neutral pasti mendapat padahnya seperti yang dialami oleh Penerbit Kanan stesyen TV NTV7, Joshua Ng Ngee Choong dan Penerbit TV2, Chou Z Lam.

Samada Najib menjadi pemangkin kepada kebangkitan semula BN atau bebanan kepada tumbangnya kerajaan BN setelah lebih 52 tahun memerintah negara, cuma akan dapat diketahui PRU-13 yang perlu diadakan selewat-lewatnya pada 2013 nanti.


Akan datang-bahagian akhir :
Akhirnya, Beduk Canang menujum senario politik selepas PRU-13



Rabu, 9 Jun 2010

10 tahun politik Malaysia: Era reformasi 1998 - Tsunami politik 2008 (bhg 6)

PRU-12: Politik Malaysia selepas Tsunami Politik 2008

Akhirnya pada malam 8 Mac 2008, menyaksikan satu persatu kerusi-kerusi Parlimen dan DUN di negeri-negeri yang dimenangi oleh BN sebelumnya tumbang di tangan parti pembangkang. Malah, satu demi satu kerajaan negeri telah beralih tangan dan BN turut kehilangan majoriti dua pertiganya di Parlimen.

Ketika itu, BN seolah-olah baru tersedar dari keseronokan bulan madu yang panjang. Dalam bedah siasat BN, pelbagai fakta yang dikemukakan. Antara yang paling lantang sekali ialah, Dr Mahathir Mohammad yang secara terbuka meletakan tanggungjawab ke atas PM Abdullah Badawi.

Selepas PRU-12 itu juga PM Abdullah Badawi terpaksa menerima asakan politik yang kuat. Asakan itu bukan sahaja datang dari parti-parti pembangkang, malah dari dalam BN sendiri dan tidak ketinggalan pihak istana beberapa negeri turut memberi tekanan politik kepada beliau.

Tekanan dari dalam Umno sendiri yang paling terbuka sekali datangnya dari Muhyiddin Yassin yang kini memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri. Selain itu, peristiwa penting lain ialah tindakan Mahathir Mohamad keluar dari parti Umno sebagai tanda protes beliau terhadap Presiden parti itu. Akibat tekanan politik dari dalam dan luar BN, akhirnya Abdullah Badawi meletakan jawatannya dan pada 3 April 2009 timbalannya Najib Razak mengangkat sumpah di hadapan DYMM Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri Malaysia ke enam yang baru.

Sepanjang lima tahun, lima bulan dan tiga hari Abdullah Badawi memegang jawatan Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Presiden Umno dan Pengerusi BN beliau telah mencatat dua rekod untuk BN dalam siri pilihan raya di Malaysia iaitu rekod kemenangan BN paling cemerlang dalam PRU-11 tahun 2004 dan juga rekod prestasi BN paling buruk dalam PRU-12 tahun 2008.

Walaupun sepanjang beliau menjawat jawatan Perdana Menteri, pretasi beliau dikatakan agak lemah oleh para pengkritiknya, namun berbanding Mahathir dan Najib, beliau lebih menampakan kesungguhan dalam memerangi isu rasuah dan cuba mengamalkan dasar kerajaan yang lebih terbuka.

Kemungkinan disebabkan faktor kemenangan bergaya BN dalam PRU-11 tahun 2004 yang mendorong Abdullah Badawi untuk mengamalkan dasar kerajaan yang lebih terbuka. Pada perkiraan beliau selepas kemenangan besar BN pada masa itu, gerakan pembangkang semakin lemah dan lebih mudah dijinakan.

Bahagian 7: Najib mengambil alih tampuk kuasa





BN, PM Najib buat 'pusingan U' lagi!


Hari ini dalam sebuah kenyataan Najib di beberapa akhbar tempatan menyebut "Malaysia tidak akan bankrap seperti negara Iceland dan Greece berikutan kejayaan negara mengawal hutang di paras terkawal dan langkah-langkah yang diambil bagi mengawal hutang."

Kenyataan beliau ini begitu jelas bercanggah dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Idris Jala yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU)-sebuah badan yang ditubuhkan untuk mengurangkan beban subsidi kerajaan. Menurut beliau dalam satu kenyataan 28 Mei baru-baru ini, negara akan bankrap pada 2019 jika kerajaan berterusan menampung subsidi kepada rakyat berhubung langkah yang bakal diambil kerajaan bagi merasionalisasikan subsidi.

Harus diingat, kenyataan Najib adalah kenyataan seorang Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan yang mewakili kerajaan pusat dan bukan kenyataan peribadi. Begitu juga dengan kenyataan Idris Jala yang juga adalah kenyataan seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang mewakili kerajaan pusat, juga bukan kenyataan peribadi. Jesteru itu, kedua-dua kenyataan yang bercanggah tersebut datangnya dari kerajaan BN yang ada sekarang.

Mana satu yang betul? Adakah kerana apabila kerajaan berhasrat untuk mengambil langkah merasionalisasi subsidi maka kerajaan berhujah dengan alasan untuk menyelamatkan negara dari bankrap. Jawapan 'pusingan U' yang amat berlainan dan jelas bercanggah pula terpaksa diberikan apabila cuba mengelak dari soalan bertubi di Parlimen sekaligus kononnya cuba menggambarkan kecekapan mereka menguruskan harta negara setelah teruk ditempelak oleh pemimpin-pemimpin pembangkang.

Sebelum ini berhubung soalan MP Pakatan Rakyat di parlimen berhubung lesen judi sukan juga mengelirukan apabila Najib menjawab di Parlimen dengan cuba membuat 'pusingan U' dengan mendakwa lesen judi tersebut belum dikeluarkan lagi. Sebelum itu, Menteri Dalam Negeri, Hisshammuddin Hussein dan Pengerusi Berjaya, Vincent Tan menyatakan lesen tersebut telah lama diperolehi.

Selasa, 8 Jun 2010

Judi: Najib kantul lagi apabila cuba menipu rakyat

Di bawah ini adalah kenyataaan dari Perdana Menteri Najib Razak, kenyataan dari Menteri Dalam Negeri Hisshammuddin Hussien dan notis Berjaya kepada Bursa Malaysia yang diedarkan di Parlimen pagi tadi.

Kenyataan Najib pada hari semalam, 7 Jun 2010, "Kerajaan belum lagi mengeluarkan atau memberi lesen kepada Syarikat Ascot Sports Sdn Bhd untuk menjalankan operasi pertaruhan bookie di Malaysia" kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan juga belum memuktamadkan perbincangan mengenai syarat-syarat dan terma-terma pelesenan dengan syarikat tersebut bagi menjalankan operasi pertaruhan bookie di Malaysia.

"Kerajaan masih mendapatkan maklum balas atau pandangan pelbagai pihak terhadap cadangan pelesenan pertaruhan bookie di Malaysia dengan hasrat untuk mengurang dan seterusnya menghapuskan perjudian tanpa lesen di Malaysia," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Tian Chua (PKR-Batu) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari Isnin.

Ke 2
Kenyataan Menteri Dalam Negeri pula yang ditemui pemberita selepas menerima kunjungan delegasi Kumpulan Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Tahanan Arbitrari di Parlimen di sini, berkata lesen pertaruhan itu telah lama dikeluarkan.

Ke 3
Manakala notis dari BERJAYA kepada Bursa Malaysia 12 Mei lalu pula berkata: 'Kementerian Kewangan telah memberikan kelulusan berhubung pemberian semula lesen kepada Ascot untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan.' Sesalinan notis itu telah diedarkan oleh Pua kepada wartawan pada sidang medianya di lobi parlimen, pagi ini.

Soalan: Antara tiga kenyataan di atas, salah satu daripadanya adalah kenyataan penipuan. Bolehkah anda teka yang mana satu kenyataan penipuan?

Ahad, 6 Jun 2010

Lim Guan Eng: Kalau stadium boleh runtuh, apa lagi logi nuklear?


Jun 7, 10 1:54pm
Menteri Tenaga, Teknologi hijau dan Air, Datuk Peter Chin, hari ini diasak berhubung keupayaan kerajaan menjamin keselamatan orang awam sekiranya negara meneruskan hasratnya menubuhkan sebuah logi tenaga nuklear.

"Bagaimana kita pastikan stesen nuklear itu akan selamat, sedangkan stadium, masjid dan stesen bas yang kita bina juga runtuh?” soal ahli parlimen Bagan, Lim Guan Eng ketika sessi soal jawap di Dewan Rakyat.

Selain langkah-langkah keselamatan, Lim juga mendesak Chin supaya menjelaskan mengapa kerajaan tidak sebaliknya mengkaji kemungkin menggunakan sumber tenaga lain yang boleh diperbaharui.

* Dipetik dari Malaysia Kini

10 Tahun politik Malaysia: Era Reformasi 1998 - Tsunami politik 2008 (5)



Bahagian 5

Fasa kedua: Kesedaran dan kebangkitan anak muda

Pada kesempatan BN mula kehilangan sokongan rakyat, parti-parti pembangkang bijak mengambil peluang terhadap keadaan ini. Lebih-lebih lagi apabila keputusan Mahkamah Persekutuan membebaskan Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat 1998 pada 2004. Pembebasan Anwar Ibrahim setelah enam tahun di penjara itu merupakan titik tolak terpenting terhadap kesepakatan semula parti-parti pembangkang. Pembebasan Anwar pada 2004 tersebut, telah memberikan masa yang secukupnya untuk beliau mengatur semula pakatan pembakang.

Dalam menghadapi PRU-12, Anwar Ibrahim dengan gigih berusaha telah berjaya menyatukan parti-parti pembangkang ini dalam satu pakatan untuk berhadapan BN. Kesepakatan awal yang berjaya dicapai ialah menetapkan satu lawan satu di setiap kerusi yang Parlimen dan DUN. Jesteru itu, sebagaimana yang telah dijelaskan awal tadi, Anwar sebagai pemangkin kepada era kebangkitan reformasi 1998, dalam menghadapi PRU-12 sekali lagi beliau menjadi pemangkin terhadap kebangkitan rakyat dalam fasa kedua ini.

Tetapi harus diingat, pemangkin yang disebutkan tadi adalah alat yang membangkitkan kesedaran massa. Seandainya peranan pemangkin tadi gagal untuk membawa kebangkitan kepada massanya ia tidak membawa apa-apa makna. Dalam konteks ini adalah jelas bahawa rakyat terbanyak paling penting dalam sesebuah kebangkitan atau pun mana-mana revolosi.

Dalam kebangkitan massa fasa kedua ini, generasi mudalah yang paling dominan sekali. Berbanding fasa pertama melalui gerakan reformasi 1998. Kesedaran golongan ini adalah faktor usia dan bukan lagi faktor reformasi yang digagaskan oleh Anwar Ibrahim. Perkembangan golongan pro reformasi 1998 pada ketika ini telah berada di paras statik jumlah sokongannya. Malah dalam sesetengah keadaan ada di kalangan reformis ataupun pengundi BA pada PRU-10 tahun 1999 lalu yang masih berterusan tidurnya dan ada juga yang telah berjaya ‘dipulihkan’ semula oleh BN.

Generasi liberal

Manakala golongan rakyat yang mewakili kebangkitan rakyat fasa kedua yang didominasi generasi muda ini pula akan berterusan bertambah dari tahun ke tahun. Semakin ramai anak-anak muda melepasi umur kelayakan mengundi, semakin kuatlah sokongan yang diperolehi oleh parti-parti pembangkang.

Gaya pemikiran generasi muda yang dilihat lebih liberal, tidak terikat kepada permainan politik tradisi generasi-generasi terdahulu. Golongan ini lebih memahami hak mereka di negara demokrasi seperti Malaysia berbanding generasi terdahulu dan ini menyebabkan mereka tidak terikat dengan sentimen terhutang budi kepada BN. Malah mereka juga cenderung mengkaji dan mentafsirkan sejarah daripada perspektif yang berbeza dari yang sering dihidangkan di dalam buku-buku teks sejarah.

Generasi bermaklumat

Selain itu kemunculan pelbagai media-media baru atau alternatif yang tidak terhad membolehkan mereka menerima pelbagai maklumat dari banyak perspektif dan tidak lagi bergantung harap kepada satu sumber. Adanya sumber maklumat dari media-media alternatif ini, sedikit demi sedikit golongan ini mula menghidu propaganda dan menyedari bagaimana media arus perdana memanipulasikan maklumat demi kepentingan BN. Mereka ini sukar untuk dibohongi. Akhirnya maklumat yang disampaikan oleh media-media arus perdana seperti Utusan Malaysia dan TV3 misalnya, ditolak oleh generasi ini malah dianggap sebagai berita sampah.

Walaupun adakalanya maklumat yang disampaikan oleh sesetengah pengamal-pengamal media alternatif ini juga turut kurang tepat, namun generasi ini tetap cenderung untuk mendapatkan maklumat dari sumber tersebut. Kehilangan kepercayaan mereka terhadap media-media perdana ini berlaku disebabkan oleh media-media arus perdana yang dianggap gemar membodek kerajaan, laporan berat sebelah dan memutar belitkan fakta demi menyebarkan propaganda kerajaan BN.


Sambungan bahagian 6:

PRU 12: Tsunami politik 2008.

Jumaat, 4 Jun 2010

10 tahun Politik Malaysia: Reformasi 1998 -Tsunami Politik 2008 (4)

Bahagian 4

BN mula hilang sokongan rakyat

Akibat kemenangan selesa BN pada PRU-11, telah menyebabkan kerajaan BN semakin angkuh dan berani menjalankan dasar-dasar yang merugikan atau membebankan rakyat. Pada congakkan mereka pada masa itu, majoriti rakyat tetap akan menyokong BN walaupun tindakan mereka menekan rakyat.

Kerajaan BN pimpinan Abdullah ketika itu telah gagal mendapatkan maklum balas yang jelas atau tepat berhubung tindakan-tindakan kerajaan. Antaranya, Gagasan Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh beliau yang tidak diterima dengan baik khususnya golongan yang bukan beragama Islam.

Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang dikatakan berperanan secara berlebihan dalam kerajaan turut memberi sumbangan melemahkan imej ‘Mr Clean’ bapa mertuanya itu hingga mendapat kritikan keras dari bekas PM, Dr Mahathir dengan mengelarkannya sebagai ‘kerajaan anak beranak.’ Ketika itu Khairy telah diberikan tempat di Jabatan Perdana Menteri bersama beberapa rakan-rakannya, walaupun beliau bukanlah seorang Ahli Parlimen apatah lagi untuk memegang sebarang port folio di dalam kabinet.

Gelagat-gelagat pemimpin-pemimpin BN khususnya dari Umno, juga semakin memualkan rakyat. Antaranya gelagat Mohd Said Yusof, ketika itu sebagai Ahli Parlimen Jasin di Dewan Rakyat dengan tanpa segan silu menyatakan betapa keinginannya untuk memiliki kereta mewah Mercedes Compressor ketika berbahas di Dewan Rakyat berhubung isu PA kenderaan import.

Beliau juga seolah-olah menjadi simbol kepada sikap tidak acuh ahli-ahli Parlimen BN terhadap masalah-masalah yang ditanggung rakyat kebanyakan apabila lebih gemar berkonfrontasi dengan pihak Kastam dan berhujah mewakili kepentingan diri sendiri dan syarikat miliknya dalam isu import kayu bergergaji oleh syarikatnya.

Tindakan Hishamuddin Tun Hussein menjulang keris pada setiap kali Persidangan Pemuda Umno juga tidak menggembirakan parti-parti komponen BN lain, parti-parti pembangkang dan masyarakat bukan Melayu negara ini. Walaupun beliau tidak memaksudkan perbuatan itu sebagai mencabar mana-mana kaum lain di negara ini, namun ia cukup untuk menunjukan sikap kurang kepekaan beliau terhadap hubungan kaum negara ini.

Keputusan kerajaan dalam beberapa isu yang melibatkan kepentingan umum mahupun kepentingan startegik negara seperti isu jambatan Johor-Singapura telah memberi lebih banyak peluru kepada pengkritik-pengkritik kerajaan BN. Isu lain seperti isu rakaman video VK Linggam juga turut memainkan peranan melemahkan imej BN.

Keputusan kerajaan dalam Belanjawan 2008 apabila mengumumkan tiada bonus pada penghujung 2007 sedikit sebanyak membuatkan golongan ini merajuk untuk terus memberikan sokongan mereka kepada Kerajaan BN. Kenaikan kos sara hidup yang menjerut khususnya bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana semakin menghakis kepercayaan rakyat terhadap kemampuan BN membela nasib mereka.

Sebenarnya banyak isu lain yang menyebabkan selepas PRU-11, BN dan Umno mulai beransur-ansur lemah. Kebanyakan isu tersebut didasari perasaan angkuh pemimpin-pemimpin BN setelah mencapai kemenangan besar pada PRU-11, khususnya Umno dengan mengandaikan bahawa rakyat tetap akan menyokong mereka walau apa pun tindakan mereka. Hinggakan menjadi satu jenaka kepada pemimpin Umno, jika BN meletakan tunggul kayu sekalipun untuk bertanding dalam pilihan raya, tunggul kayu tersebut akan menang.

Bersambung ke bahagian 5:

Mulanya fasa ke 2 kebangkitan rakyat: Kesedaran dan kebangkitan anak muda



Khamis, 3 Jun 2010

10 tahun Politik Malaysia: Reformasi 1998 -Tsunami Politik 2008 (3)

Bahagian 3

Tahun-tahun malap gerakan reformasi

Faktor jarak masa, kesan gerakan reformasi mulai dilihat mengendur ketika PRU-11 pada tahun 2004. Lebih tepat lagi, gerakan ini dianggap ‘tidur.’ Imej ‘Mr Clean’ yang dibawa oleh Perdana Menteri yang baru ketika itu, Abdullah Ahmad Badawi begitu menonjol apabila secara automatis rakyat akan membandingkan dengan imej PM sebelumnya, Dr Mahathir yang dianggap korup. Sekaligus imej ‘Mr Clean’ Abdullah Ahmad Badawi itu seolah-olah bertindak seperti ‘ubat tidur’ yang bersifat sementara terhadap gerakan reformasi.

Selain itu, BA sendiri juga dilihat dalam keadaan lemah apabila mereka gagal meneruskan kesepakatan mereka yang akhirnya BN telah berjaya mengambil kesempatan tersebut. Akhirnya pada PRU-11, 2004, BN telah berjaya memenangi pilihan raya tersebut dan mencatat sejarah sebagai kemenangan terbesar BN semenjak pilihan raya pertama diadakan di negara ini. Tanpa kesepakatan seperti ketika menghadapi PRU-10, kekuatan parti-parti pembangkang di parlimen jauh merosot berbanding sebelumnya.

PKN sendiri ketika itu hanya mampu mempertahankan satu kerusi sahaja di peringkat Parlimen melalui Presidennya, Dr Wan Azizah Wan Ismail. Kejayaan beliau mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh tersebut hanyalah dengan undi majoriti 590 undi, jauh berkurangan berbanding PRU 10. Kerajaan PAS negeri Kelantan juga turut mengalami kemerosotan apabila hanya memperolehi kemenangan majoriti tipis dengan cuma kelebihan dua kerusi sahaja dalam DUN.


Rabu, 2 Jun 2010

Scorpene: Polis Perancis serbu pejabat DCNS


Jun 2, 10 12:29pm
Polis Perancis menyerbu pejabat pengeluar senjata DCNS dan kumpulan industri Thales berhubung siasatan terhadap penjualan kapal selam kepada Malaysia, demikian menurut sumber kehakiman semalam.

Dokumen-dokumen dirampas dalam serbuan tersebut minggu lalu, tambah sumber itu.

Thales enggan mengulas perkara itu, manakala DCNS memberitahu AFP bahawa ia "tidak mengesah atau menafikan maklumat tersebut."

"Satu siasatan sedang dijalankan dan kami tidak boleh memberi sebarang komen."

Mac lalu, Pejabat pendakwaraya Paris memulakan siasatan terhadap penjualan kapal selam tersebut pada tahun 2002 ekoran aduan yang dibuat oleh badan hak asasi manusia dari Malaysia, Suaram.

Suaram mendakwa Armaris - anak syarikat Thales dan DCN - telah membayar komisyen sebanyak 114 juta euro kepada syarikat Malaysia Perimekar, yang dikaitkan dengan individu yang rapat dengan Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak .

Najib merupakan merupakan menteri pertahanan pada tahun 2002 dan bertanggungjawab dalam rundingan kontrak tersebut.

Sejak tahun 2000, bayaran komisyen bagi kontrak yang berkaitan dengan pemimpin asing merupakan satu rasuah di bawah undang-undang Perancis.

Pada 2002, The DCN menyertai Thales dan kumpulan pembinaan Navantia dalam kontrak untuk menjual tiga kapal selam kepada Malaysia pada sekitar harga satu bilion euro.

Lewat April lalu, seorang jurucakap Pejabat Perdana Menteri menegaskan bahawa "tiada kes" untuk dijawab.

Menurutnya, urusniaga tersebut bebas daripada rasuah dan tidak benar Perimekar mendapat manfaat secara tidak betul daripada urusniaga tersebut.

AFP

* Dipetik dari Malaysiakini

Beduk Canang: Berita seperti ini tentu tidak dilaporkan dalam media-media perdana. Kalau ada pun pasti lewat berhari-hari atau hanya dalam kolum kecil. Apa yang pasti, degup jantung Najib apabila mendapat berita ini akan menjadi semakin kencang. Lebih kencang daripada degupan jantung apabila kali pertama terpandang wajah jelita Altantuya!

Paparan Halaman