Memaparkan catatan dengan label Isa Samad. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isa Samad. Papar semua catatan

Khamis, 15 Disember 2011

Penganjur demo pro-kerajaan terpaksa sedia kemudahan utk berdemo

Berbeza dengan kebiasaan demontrasi yang diaanjurkan oleh kumpulan pro pembangkang, penganjur demontrasi yang diadakan di hadapan Ibu Pejabat Felda yang disertai kira-kira seribu orang semalam terpaksa menyediakan puluhan buah bas untuk membawa para pendemo ke lokasi demontrasi diadakan.

Lazimnya dalam demontrasi yang dianjurkan oleh pihak pro-pembangkang yang mampu mencecah kehadiran sehingga melebihi 50 ribu orang tidak disediakan sebarang pengangkutan.

Selasa, 29 November 2011

Najib dan Isa Samad: Siapa lebih berkuasa?

"Saya sudah sebut sebelum ini mengenai Mohd Isa, kenapa beliau dipilih menjadi Adun Bagan Pinang semasa pilihan raya kecil dan kenapa beliau dilantik menjadi pengerusi Felda. 

"Sebenarnya Najib tidak ada pilihan lain untuk membals budi Mohd Isa kepadanya. Mohd Isa ada jasa besar kepada Najib yang berupa rahsia. 

"Tidak mustahil kalau Najib membiarkan Mohd Isa, bekas MB Negeri Sembilan itu akan meledakkan segala-gala tentang Najib yang ada dalam poketnya.  Kelebihan kepada Mohd Isa ialah kerana dia mengetahui sesuatu tentang Najib," di petik dari Blog MSO.


Bila saya baca posting MSO di blognya, Merah Tinta MSO, segera ingatan saya melayang kepada ancaman Anwar Ibrahim terhadap Najib Razak ketika beliau berkempen dalam satu pilihan raya kecil tidak berapa lama dahulu.

"Saya tahu apa yang berlaku kepada Najib di Negeri Sembilan, jangan dia ingat saya tak tahu," begitulah lebih kurang kata-kata Anwar ketika itu.

Saya kira, walaupun Anwar tidak menyatakan apa sebenarnya yang telah berlaku terhadap Najib di Negeri Sembilan, ramai di kalangan pemerhati politik tempatan yang tahu apa yang dimaksudkan oleh Anwar.

Sekaligus, bacaan politik otai MSO bahawa Najib tidak akan sesekali mengambil sebarang tindakan ke atas Mohd Isa atas sebab tertentu itu memang sangat masuk akal!

Memang sukar untuk bertindak benar sekiranya banyak rahsia diri kita diketahui oleh banyak pihak baik dalam negeri mahupun pihak luar negeri.

Bukan sahaja segala tindakan yang mahu diambil perlu terlebih dahulu mendapat lampu hijau dari pihak yang memegang rahsia, malah setiap keputusan itu haruslah memberi keuntungan pihak terbabit.  Jika tidak, rahsia yang dipegang akan dilambakkan di hadapan media.

Kesimpulan mudahnya, sekiranya anda memegang rahsia seseorang terutama rahsia yang mengaibkan atau juga mungkin boleh mengakibatkan seseorang itu jatuh, maka dengan secara automatik keadaan itu menjadikan anda berkuasa ke atas orang itu. Semakin kuat ketakutan rahsianya terbongkar, semakin kuat jugalah kuasa yang anda miliki itu. 
 
Mahu atau tidak terpaksalah jadi lembu yang dicucuk hidungnya meskipun sesetengah keputusan yang terpaksa dibuat bakal merugikan, menggadai maruah dan kedaulatan negara.

Isnin, 28 November 2011

Singkir Isa Samad atau hilang undi-Peneroka Felda kepada Najib

November 28, 2011
 
KUALA LUMPUR, 28 Nov ― Dilihat sebagai bantahan terbuka kali pertama, badan yang mewakili peneroka Felda hari ini menggesa Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad berundur secara terhormat dan mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunaikan permintaan itu jika inginkan undi pilihan raya umum ke-13.

Gesaan itu dibuat pada satu media di sini hari ini oleh Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP), yang diiktiraf secara rasmi oleh Felda, mendakwa mewakili 1.6 juta warga peneroka dan sekitar 120,000 peneroka dari 11 wilayah Felda di seluruh negara.

Desakan itu dibuat ketika pentadbiran Najib bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum ke-13 dan mengharapkan sokongan padu peneroka Felda yang selama ini dianggap sebagai kubu kuat Umno-BN.

Selain menggesa Isa, yang mengetuai Felda sejak setahun lalu, JKPP juga menggesa Pengarah Seranta Felda Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid dan Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd, Datuk Sabri Ahmad agar berundur sama.

Desakan itu memuncak ketika proses menyenaraikan Felda Global Ventures sedang giat dijalankan.
Langkah penyenaraian itu diumumkan oleh Najib ketika membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober lalu.

“Di atas segala polemik, isu dan masalah yang timbul, JKPP dan (Gerakan Persatuan Wanita) GPW dengan ini sebulat suara mengusulkan kepada Tan Sri Isa Samad, Datuk Sabri Ahmad dan Datuk Noor Ehsanuddin agar mengundur diri secara terhormat dan jika hasrat kami ini tidak ditunaikan oleh YAB Persana Menteri, jelaslah sokongan peneroka Felda semasa pilihan raya umum ke-13 tidak lagi diperlukan oleh kerajaan memerintah,” kata kenyataan media itu.

Sidang media itu dikendalikan oleh Pengerusi JKPP Shamsuddin Othman yang juga salah seorang ahli lembaga pengarah Felda.

Turut hadir pada sidang media hari ini ialah sembilan naib pengerusi JKPP Wilayah.

Pada sidang media hari ini, Shamsuddin, 59, menyenaraikan masalah dan isu dihadapi oleh pihaknya termasuk dakwaan ketua peneroka itu dihina oleh Isa, ketiadaan maklumat yang cukup mengenai proses penyenaraian dan tindakan Seranta Felda ‘Umno’ mengganggu peneroka.

Kenyataan media menyebut Isa pada satu taklimat mengenai proses penyenaraian di Kuala Pilah pada 12 November lalu telah menghina Shamsuddin dengan mengeluarkan ayat seperti “jika budak kecil, saya dah lempang”, “munafik”, “pembohong”, “penipu”, “jika saya jumpa saya akan lutu dia”.

Shamsuddin berkata, dalam pengalamannya sebagai seorang peneroka ini kali pertama seorang pengerusi menghina ketua peneroka sebegitu rupa.

Kenyataan itu menambah, “JKPP dan GPW yang mewakili majoriti ahli Koperasi Permodalan Felda menolak pelantikan Tan Sri Isa sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda melalui kuasa menteri koperasi dan meminta kerajaan menghormati hak demokrasi ahli-ahli Koperasi Permodalan Felda dan Undang-undang Koperasi Permodalan Felda.”

Kenyataan itu menambah, JKPP dan GPW juga tidak bersetuju dengan keluaran akhbar pojok 1Suara yang disalurkan dananya oleh Seranta Felda dan Jabatan Perdana Menteri.

“JKPP dan GPW ingin mencadangkan supaya unit Seranta Felda Jabatan Perdana Menteri ditutup dan pegwai-pegawai Seranta Felda yang terdiri daripada anak-anak Felda yang berniat ikhlas membantu masyarakat Felda diserapkan secara tetap dalam organisasi Felda,” katanya lagi.

* The Malaysian Insider

Tekanan berterusan harus digerakkan samada dari pertubuhan-pertubuhan politik atau pertubuhan bebas lain untuk menyingkirkan pihak yang dimaksudkan.  

Paparan Halaman