Memaparkan catatan dengan label Perkasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perkasa. Papar semua catatan

Khamis, 15 Disember 2011

Penganjur demo pro-kerajaan terpaksa sedia kemudahan utk berdemo

Berbeza dengan kebiasaan demontrasi yang diaanjurkan oleh kumpulan pro pembangkang, penganjur demontrasi yang diadakan di hadapan Ibu Pejabat Felda yang disertai kira-kira seribu orang semalam terpaksa menyediakan puluhan buah bas untuk membawa para pendemo ke lokasi demontrasi diadakan.

Lazimnya dalam demontrasi yang dianjurkan oleh pihak pro-pembangkang yang mampu mencecah kehadiran sehingga melebihi 50 ribu orang tidak disediakan sebarang pengangkutan.

Sabtu, 10 Disember 2011

Umno, Perkasa anggap Malaysia hanya dimiliki Melayu

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dipetik dari The Malaysian Insider hari ini menganggap Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) umpama Keris Taming Sari yang menlindungi orang-orang Melayu.

Pejuang ultra Melayu yang keletihan
Adakah Ibrahim cuba mengatakan bahawa nasib orang-orang Melayu ketika di zaman Kesultanan Melayu Melaka dahulu hanya bergantung kepada Keris Taming Sari dan adakah kewujudan ISA di negara ini hanya bertujuan melindungi kepentingan sesuatu kaum sahaja? 

Jumaat, 2 Disember 2011

Nik Aziz ulama p*k*mak, muka tin sadin leper-Zahid Md Arip

Sikap beberapa pemimpin pembangkang bolehlah dipuji apabila bukan sahaja mengakui kesilapan dan keterlanjuran kata mereka, malah turut berani memohon maaf kepada individu yang mereka jadikan sasaran sebelumnya.

Baru-baru ini, ahli parlimen Taiping dari Dap, Nga Kor Ming telah memohon maaf kepada Datuk Seri Zamry Abd Kadir setelah beliau menggunakan perkataan 'hitam matelik' dan 'haram jadah' terhadap MB Perak itu.

Tetapi apakah nilai sebuah kemaafan bagi MB Perak itu apabila isu yang membabitkan permohonan maaf kepada beliau telah disusuli tindakan yang akhirnya memerangkap pihak yang memohon maaf.

Paparan Halaman