Memaparkan catatan dengan label rakyat Kelantan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rakyat Kelantan. Papar semua catatan

Sabtu, 26 November 2011

Janji TiPU untuk rakyat Kelantan

Oleh Nazli Ibrahim

Sama seperti sebelum ini, setiap kali menjelang pilihan raya, pelbagai janji-jani ditaburkan bagi memancing undi pengundi di negara  ini.

Menaburkan janji dalam politik Malaysia bukanlah sesuatu yang baharu, ia telah lama diamalkan khususnya bagi pihak yang memiliki  kuasa lantaran merasakan dengan kuasa yang adalah yang memberi mereka keupayaan untuk melaksanakan janji.

Adakala janji-janji yang ditaburkan ini akhirnya berjaya memberikan pulangan dan tidak kurang juga janji yang akhirnya memakan diri  sendiri.

Bagi sesetengah pihak pula, ada yang menganggap janji-janji yang ditawarkan ini lebih merupakan janji golongan terdesak untuk mendapatkan sokongan rakyat dalam pilihan raya.

Lazimnya janji-janji yang ditaburkan ini turut memberi persepsi sebagai satu rasuah politik dan juga ugutan terhadap pengundi.

Umno-Barisan Nasional (BN) sebagai sebuah parti politik yang paling berkuasa dalam negara turut tidak ketinggalan dalam menaburkan  janji setiap kali musim pilihan raya berlangsung samada pilihan raya kecil atau pun umum.

Analisa janji TiPU selesaikan masalah air

Kali ini, giliran Timbalan Presiden Umno (TiPU), Muhyiddin Yassin pula mengambil giliran berjanji rakyat Kelantan agar memberikan  kemenangan BN di Kelantan jika mahukan masalah air di Kelantan diselesaikan.
Bagaimanapun, bagi rakyat Kelantan yang mungkin cepat tersinar dengan janji-janji TiPU ini, adalah amat wajar terlebih dahulu  melakukan analisa prestasi BN dalam menguruskan bekalan air di negeri-negeri yang mereka kuasai.

Di Sabah contohnya yang merupakan kubu kuat BN sehingga dianggap sebagai negeri simpanan tetap yang sentiasa tidak  menghampakan untuk BN menjamin kemenangan mereka, adakah pengurusan airnya berada di tahap nombor satu terbaik?

Sekiranya, analisa mendapati rakyat negeri Sabah menikmati bekalan air bersih paling sempurna, tiada pencemaran dan liputan bekalan  air mencapai sehingga 99 peratus dari keseluruhan Sabah, maka pengundi Kelantan amat wajar untuk memegang janji TiPU itu.

Kesimpulannya, sekiranya bekalan air di Sabah seperti yang dinyatakan di atas, maka rakyat Kelantan dianggap tidak wajar sekiranya  masih teragak-agak untuk memberi undi kepada BN.

Bagaimana pula sekiranya analisa dibuat didapati dalam Audit Air menyatakan bekalan air di Sabah hanya mampu meliputi 75 peratus  sahaja dari keseluruhan negeri di bawah bayu itu?

Adakah sekiranya BN menjadikan faktor geografi sebagai alasan, ianya boleh diterima sedangkan pada masa yang sama berbilion  ringgit boleh dibazirkan setiap tahun bagi projek mega lain.

Faktor geografi sebagai alasan

Bolehkah alasan geografi diterima apabila kemajuan teknologi masa kini menyaksikan banyak projek merentasi hutan, bukit-bukau,  kawasan pergunungan dengan jarak beratus-ratus kilometer berjaya dilaksanakan bukan sahaja di negara luar malah di Semenanjung  Malaysia.

Kalau projek yang melibatkan struktur yang besar boleh dilakukan mengapa tidak projek yang hanya melibatkan sambungan paip bagi  menyalurkan kepentingan asasi rakyat tidak boleh.

Bagaimana pula sekiranya dari 75 peratus itu juga didapati, kualiti air mentahnya buruk, loji rawatan air tidak dilengkapi peralatan,  makmal dan kakitangan yang berkelayakan seperti sepatutnya?

Bagaimana lagi sekiranya dari 75 peratus kawasan yang menerima bekalan air itu juga didapati amat jauh dari mematuhi standarad  piawaian pengurusan air?

Bagaimana sekiranya didapati pemfloridaan tidak mencukupi, dan pembersihan tangki-tangki atau kolam di loji tidak dijalankan dengan  sempurna dan terancang?

Bagaimana sekiranya di Sabah tiada stesen percontohan air yang sempurna, program jaminan kualiti air Sabah tidak memuaskan  seperti komen yang dinyatakan dalam Audit Air 2008?

Bagaimana pula sekiranya 75 peratus pengguna di kawasan penerima bekalan air yang kualitinya tidak terjamin itu terpaksa membayar  tarif air tertinggi di Malaysia iaitu 90 sen?

Cuba periksa pula, berapakah tarif purata bagi 35 meter padu air bagi sebuah lagi negeri yang juga sama seperti Sabah, kubu kuat BN   iaitu Johor dengan purata 93 sen untuk satu liter padu.

Untuk menilai samada janji TiPU ini boleh diguna pakai dalam menentukan undian rakyat Kelantan, mereka juga harus mengetahui di  Sabah masih banyak kawasan yang masih bergantung bekalan air dari sumber air paip graviti yang tidak dirawat?

Mereka juga harus mengetahui bahawa terdapat sumber air paip graviti ini datangnya dari kawasan yang telah dijadikan ladang kelapa  sawit, keruh, kemungkinan telah tercemar dengan baja, racun rumput, keladak pasir dan tanah.

Tahukah pengundi di Kelantan bahawa masyarakat kampung-kampung di Sabah yang bergantung sumber air dari paip graviti yang  dimulakan semenjak 70an dahulu terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk membiayai kos penyelenggaraan.

Wajar juga rakyat Kelantan memikirkan adakah kerajaan pusat tidak boleh berbuat apa-apa atau sekurang-kurangnya membantu  kerajaan negeri disebabkan tidak mempunyai kuasa untuk mengatasi masalah air di Kelantan.

Berapa PRU BN janji nak selesai masalah air di Sabah?

Satu perkara yang tidak kurang juga pentingnya, rakyat Kelantan wajiblah bertanyakan kepada rakan-rakan di Sabah, pernahkah atau  sudah berapa banyak pilihan raya umum (PRU) BN berjanji untuk menyelesaikan masalah air bagi membeli undi pengundi Sabah  sebelum ini.

Setelah pengundi-pengundi di Kelantan selesai membuat analisa persoalan-persoalan di atas, tentunya mereka mampu menilai dan  mendapat jawapan samada janji TiPU ini boleh dipercayai atau sebaliknya sekaligus menentukan lambang mana yang mahu dipangkah  nanti.

Penulis tidaklah maksudkan janji yang dilafazkan oleh TiPU ini adalah tipu, sebaliknya penulis hanya cuba mengajak pengundi Kelantan  sama-sama menganalisa samada janji ini mempunyai nilai kredibilitinya atau sebaliknya.

Negeri Kelantan, rakyat Kelantan punya, maka rakyat Kelantan berhak menentukan pilihan mereka samada BN atau PAS dan saya hanya  cuba membantu mereka membuat sedikit analisa janji-janji TiPU ini.  Tepuk dada tanya selera!

* Free Malaysia Today

Selasa, 22 November 2011

Mentaliti rakyat Kelantan rendah-Pembaca Berita Harian

"Orang Indonesia mentalitinya lebih rendah sedikit dari rakyat Kelantan tapi persamaannya mereka bersifat fanatik dan kenegerian yang melampau," begitulah bunyi satu komen pembaca di dalam akhbar Berita Harian semalam.

Aduhai Berita Harian, hampir saya tidak terkata apa-apa apabila terbaca sahaja komen yang bersifat penghinaan yang bukan sahaja terhadap rakyat Indonesia malah lebih teruk lagi ditujukan sesama sendiri iaitu warganegara Malaysia dari Kelantan.

Apabila terbaca komen seperti ini, cuma tiga perkara yang secara automatik terlintas dalam fikiran saya iaitu komen bodoh, komen bodoh dan komen bodoh.

Selepas itu barulah saya terfikir lagi, kalau komen ini adalah komen bodoh dari seorang pembaca akhbar itu, bagaimana pula dengan tuan editor yang melepaskan tulisan-tulisan seperti ini?

Saya tidaklah mahu mengatakan yang editornya lebih bodoh berbanding orang yang mendapat ilham menulis komen ini, tetapi tidakkah tuan editor ini dapat berfikir dengan jelas kesannya nanti.

Sudahlah kredibiliti akhbar ini yang dianggap sebagai sebuah akhbar dari aliran media arus perdana semakin diragui, ditambah lagi dengan menyiarkan komen seperti ini hanya menyebabkan bilangan yang meragui kredibiliti akhbar ini semakin bertambah.

Ini menyebabkan saya tertanya-tanya lagi kepada ketua editor akhbar itu pula, tiada apa-apakah yang mampu dibuatnya berhubung komen berbentuk penghinaan yang dilepaskan oleh editornya itu?

Selain itu, adakah penulis komen yang menggunakan nama samaran Lamputoslet dan tuan editor akhbar ini tidak menyedari ada di antara wira muda yang menjulang nama negara dalam acara bola sepak Sukan Sea itu berasal dari Kelantan.

Tidak sedarkah yang Khairul Fahmi, Syahrul Azwari dan Wan Zaharul Nizam adalah anak-anak Kelantan yang bermain untuk negara yang mereka cintai?

Cuba tanyakan kepada Khairul fahmi, setiap kali dia menyarung jersi kebangsaan adakah dia merasakan dia bermain untuk negeri Kelantan atau Malaysia?

Begitulah bertubi-tubi persoalan yang timbul dalam fikiran saya selepas membaca komen bodoh Lamputoslet yang saya fikir ada bercampur sentimen politik itu.

Sekali lagi, aduh mak, gara-gara komen bodoh seperti ini, tidak pasal-pasal ada yang sudah mula berbalas maki-hamun sesama sendiri di laman sosial Face Book.

Yalah, siapa yang tidak panas hati apabila diri kita dikatakan memiliki mentaliti yang rendah, lebih-lebih lagi komen seperti itu dibuat di akhbar dan boleh dibaca oleh sesiapa sahaja.

Kalau pembaca yang lemah mindanya seperti si pemberi komen itu, mudah untuk menganggap komen itu adalah benar-benar berlaku.

Apa lagi, buat laporan polis!

Saya bukanlah berasal dari Kelantan, tetapi seorang warganegara Malaysia yang memegang mykad dengan kod ditengah-tengahnya '01'.

Meskipun saya bukan anak Kelantan, saya memang bersetuju sangat kalau ada di kalangan rakan-rakan di Kelantan yang berhajat untuk membuat laporan polis.

Kenapa tidak, bukankah membuat laporan polis memang sudah menjadi satu trend terbaharu dalam masyarakat negara ini dan tidak lagi suatu yang membosankan seperti orang dahulu-dahulu mengembala sekawan lembu contohnya.

Apa yang penting, seperti yang selalu dilakukan, selepas sahaja membuat laporan polis jangan lupa berdiri di depan lip-lap pancaran dari flash kamera media sambil memegang satu salinan laporan polis!

Masih ingat tak lagi pada 2008, seorang pelajar Universiti Institut Teknologi Mara pernah membuat laporan polis kerana kerajaan negeri Selangor gagal menunaikan janji dalam manifesto ketika usia kerajaan baru itu baru sahaja berusia satu bulan lebih sahaja.

Macam tidak masuk akal bukan? Lainlah kalau kerajaan itu berusia 52 tahun dan masih gagal menunaikan tanggungjawab kepada rakyatnya, boleh juga diterima akal.

Jadi, dalam hal ini tiada sebab kalau ada pihak yang menganggap bahawa perkara ini tiada isu atau asas yang membolehkan satu laporan polis dibuat.

Saya berpendapat memang ada asasnya sekiranya laporan polis dibuat kerana komen itu boleh menggugat keharmonian rakyat Malaysia yang datangnya dari berbilang negeri termasuk Kelantan.

Komen seperti itu menyentuh sensitifviti rakyat Kelantan dan mengandungi sintimen kenegerian yang merbahaya terhadap keharmonian penduduk negara ini.

Bahayanya komen seperti ini tidaklah banyak bezanya dengan komen yang bersifat menghina sesuatu kaum di Malaysia.

Tambah pula, kebarangkalian pihak berkuasa berjaya mengesan penulis komen itu memang ada kerana setiap penghantar komen dikehendaki mendaftar sebagai ahli melalui mesej pesanan ringkas terlebih dahulu.

Penghantar komen turut mempunyai nombor siri tertentu sekaligus nombor telefon mereka dapat dikenal pasti dan membolehkan pihak berkuasa menjejaki penulis komen ini.

Jadi, kepada rakyat Kelantan, tunggu apa lagi, cepat-cepatlah buat laporan polis supaya pihak yang memberi komen itu dapat belajar sesuatu dari kebodohannya.

Paparan Halaman