Oleh Nazli IbrahimPilihan Raya Umum ke-13 yang bakal diadakan tidak berapa lama sahaja lagi dijangka menjadi pilihan raya paling sengit dan tidak mustahil bertukar menjadi medan pertempuran paling kotor dalam sejarah.
Dalam pilihan raya kali ini, Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak bukan sahaja perlu membuktikan dirinya diterima sebagai PM apabila buat pertama kali beliau menerajui BN menghadapi PRU.
