Sabtu, 31 Disember 2011

Lambaian seorang selebriti di mahkamah

Aksi 'Datuk NFC' di mahkamah. Sumber dari TMI
Setiap kali saya menonton berita tentang kes-kes yang dibicarakan di mahkamah, pelbagai reaksi para tertuduh yang menarik perhatian saya.

Antaranya, apabila melibatkan seseorang penjawat awam berpangkat rendah, penjawat awam tersebut   seboleh-boleh menyorokkan mukanya dari lensa kamera media yang sedia mengambil peluang untuk merakam wajah tertuduh ini.

Jumaat, 30 Disember 2011

Warna ceria, warna suram 2011

Oleh Nazli Ibrahim

Dalam 2011 ini juga terkandung pelbagai isu yang menjadi bahan paparan utama di dada media samada konvensional mahupun alternatif.

REWIND 2011

Seperti tahun-tahun sebelumnya, 2011 yang bakal ditinggalkan esok turut memperlihatkan pelbagai sisi terang dan juga di sebalik sisi gelap dengan pelbagai variasi, pelbagai warna ceria dan suram sepanjang tahun.
Dalam 2011 ini juga terkandung pelbagai isu yang menjadi bahan paparan utama di dada media samada konvensional mahupun alternatif.

Antara beberapa isu utama yang sering diperkatakan sepanjang tahun ini baik di media-media massa mahupun di kedai kopi semestinya ramalan tarikh Pilihan Raya Umum ke-13.

Bagaimanapun, pelbagai tarikh yang diramalkan oleh para penganalisis politik mahupun pemainnya sendiri sebelum ini didapati telah berlalu begitu sahaja.

PRU-13 yang sebelum ini diramalkan akan diadakan pada bulan Julai, Oktober dan November, terkini bulan Mac 2012 pula semakin menjadi sebutan tarikh sebenar pilihan raya itu bakal diadakan.

Himpunan Bersih 2.0

Masih berkaitan pilihan raya, perhimpunan Bersih 2.0  juga mendapat tempat di muka hadapan media-media tempatan ketika 2011 berada di pertengahan.

Liputan besar-besaran terhadap perhimpunan tersebut termasuk yang bersifat negatif dari kalangan media kawalan kerajaan telah memberi publisiti terhadap demonstrasi raksasa yang membawa lapan tuntutan pilihan raya di negara ini.

Pada Ogos lalu, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) untuk penambahbaikan pilihan raya telah ditubuhkan dan jawatankuasa tersebut telah bersetuju penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya akan datang sepertimana yang dituntut dalam demonstrasi Bersih 2.0.

Ketika sesetengah masyarakat menyokong demonstrasi ini, bagi masyarakat pro-Barisan Nasional (BN) pula menganggap tindakan mengadakan demonstrasi di negara ini merupakan satu tindakan tidak bertanggungjawab dalam memelihara ketenteraman negara.

Bagaimanapun, apa yang menariknya, bagi menyuarakan protes mereka terhadap tindakan Bersih 2.0 ini, mereka turut mengadakan demonstrasi di seluruh negara sebelum Himpunan Bersih 2.0 yang diadakan di ibu negara Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu.

Dianggarkan hampir 200 ‘anak demonstran’ dari sekecil lima tahun pembawa sepanduk telah diadakan yang rata-ratanya dianjurkan oleh parti-parti politik dan NGO pro BN.

Selain itu, fakta menarik lain sehingga 3 Julai lalu, sebanyak 2,842 laporan polis dibuat oleh pihak pro-BN terhadap Bersih 2.0.

Jumlah tersebut terus meningkat dan dipercayai jumlah keseluruhan laporan polis terhadap penganjuran Himpunan Bersih 2.0 tidak kurang 3,000 laporan kesemuanya.

Akhirnya, meskipun berhadapan dengan pelbagai kekangan pihak berkuasa, perhimpunan tersebut tetap diteruskan pada tarikh yang tetapkan dan berjaya menghimpunkan kira-kira lima puluh ribu para demonstran.

Sekurang-kurangnya tidak kurang 1,500 penyokong Bersih 2.0 ditahan sepanjang protes berlangsung termasuk di hari perhimpunan itu diadakan.

Dalam isu Bersih 2.0 ini, Dato’ Ambiga Sreenevasan yang paling menjadi sebutan apabila beliau mengetuai perhimpunan yang bersejarah itu.

* Bacaan seterusnya di Free Malaysia Today

Khamis, 29 Disember 2011

500 ribu ahli PKR sertai Umno diraikan di PWTC

Satu majlis gilang-gemilang telah dilangsungkan di PWTC petang ini bagi meraikan kira-kira hampir 500 ribu ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertindak keluar parti beramai-ramai untuk menyertai Umno baru-baru ini.

Dalam majlis tersebut, kehadiran 500 ribu bekas ahli PKR yang setiap seorang dibawa menaiki kereta limosin serta sepuluh polis trafik pengiring bermotorsikal turut diraikan dengan acara berjalan atas  karpet merah.

Rabu, 28 Disember 2011

Aziz Bari dilamar PAS



KUALA LUMPUR, 28 Dis — Prof Dr Aziz Bari dipelawa Dewan Pemuda PAS Pusat Malaysia (DPMM) untuk menyertai parti berkenaan bagi meneruskan perjuangannya sebagai Pakar Perlembagaan dan Undang-undang negara selepas menamatkan kerjayanya sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) baru-baru ini.

Naib Ketua DPMM, Raja Ahmad Al-Hiss dalam kenyataannya kepada The Malaysian Insider hari ini berkata, pihaknya mengharapkan agar bekas pensyarah UIA itu dapat menyertai parti komponen Pakatan Rakyat itu supaya dapat terus berjuang mengembalikan sistem negara kepada landasan yang betul dan tepat.

Laporan Ketua Audit Negara sahkan Khir salah guna wang zakat

Antara beberapa fakta kes di negara ini yang perlu kita fahami:

Pertama: 
kes Redzuan Mohd Said, bekas Imam di Kulaijaya, Johor, yang didapati menyelewengkan RM19,510 kutipan zakat antara Ogos dan September tahun ini.  

Redzuan yang kemudiannya memulangkan wang tersebut telah dihukum empat tahun penjara dan tiga sebatan atas kesalahannya.

Selasa, 27 Disember 2011

Chegu Bard ditahan polis gara-gara politik fitnah

Oleh Nazli Ibrahim

Pengarah propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edyes atau nama sebenarnya Edynoor hari ini mendakwa Chegu Bard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin telah ditahan polis akibat perbuatan khianat pihak dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) sendiri.

Menurut beliau dalam blognya, edyesdotcom.blogspot.com, Chegu Bard telah ditahan petang semalam di balai polis Seremban 2 kerana didakwa sebagai pemilik akaun twitter AMK_Rembau yang didapati membuat komen yang menghina Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

Penyokong pembangkang dikecualikan cukai kerajaan

Oleh Nazli Ibrahim

Seperti yang telah diketahui, manfaat pemberian RM100 bagi setiap anak-anak yang bersekolah dalam Bajet 2012 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini telah pun diterima oleh kebanyakkan para ibu bapa yang mempunyai anak yang masih bersekolah.

Selepas ini, tentunya ramai yang tertunggu-tunggu tarikh 16 Januari pula untuk mengetahui samada mereka layak menerima RM500 untuk setiap keluarga seperti mana yang disebut dalam bajet yang sama.

Pemegang amanah PERKIM dah kena, pemegang amanah zakat bila lagi?

Gambar hiasan dipetik dari blog Ensiklopedia Muslim

Baru-baru ini tiga pemegang amanah Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) cawangan Damansara Utama (PDU) termasuk dua yang bergelar Datuk telah dituduh pecah amanah di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan di baca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Angkara kita

Gambar hiasan diambil dari blog terkukursegamat.blogspot
Tentu ramai yang masih ingat dengan kisah nelayan-nelayan memperolehi tangkapan ikan berlipat kali ganda beberapa hari sebelum berlakunya tsunami besar beberapa tahun lalu.

Mungkin memang benar bahawa binatang-binatang termasuk ikan terlebih dahulu telah mengesan kehadiran bencana tersebut beberapa hari sebelum terjadinya bencana sebenar.

Sabtu, 24 Disember 2011

Kalau ke Segamat, jangan lupa cuba karipap 'rex'!

Bentuk bulat untuk berinti ayam (gambar hiasan)
Setelah hampir lebih 30 tahun, Karipap 'rex' di Segamat masih lagi mampu bertahan sebagai salah satu kuih kegemaran yang sering dijadikan hidangan minum petang oleh masyarkat di daerah Segamat.

Perniagaan yang pada awalnya terletak di hadapan Panggung Wayang Rex di jalan Haji kini telah berpindah ke hadapan pejabat pos daerah Segamat semenjak beberapa tahun lalu dan ia masih digilai ramai.

Fitnah blogger Umno dipatahkan lagi

gadis mangsa fitnah blogger Umno
Sebelum ini kecoh dengan fitnah blogger Umno terhadap anak lelaki Lim Guan Eng yang difitnah kononnya mencabul seorang pelajar perempuan di  sekolahnya.
Blogger upahan Umno tersebut turut memaparkan gambar 'mangsa' yang dikatakan buah dadanya diramas oleh anak lelaki Lim Guan Eng.

Jumaat, 23 Disember 2011

Dr M perlekeh negara peminjam Bank Dunia malukan negara

Oleh Nazli Ibrahim

gambar dari Malaysiakini
Ketika itu sekitar tahun 1998-1999. Saya masih ingat ketika itu negara-negara Asia sedang bergelut untuk membawa negara masing-masing keluar dari kemelut krisis matawang yang membawa kepada kejatuhan ekonomi di rantau Asia.

Malaysia yang ketika itu Menteri Kewangannya, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad merupakan negara terawal yang mengumumkan telah berjaya keluar dari masalah kejatuhan ekonomi.

Khir Toyo disaran sumpah laknat bagi batalkan keputusan Mahkamah

Meskipun Mahkamah Tinggi Shah Alam mendapati bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo bersalah atas tuduhan rasuah dan dijatuhi hukuman penjara selama setahun, beliau disarankan agar melakukan sumpah laknat bagi membolehkan mahkamah menarik balik keputusan tersebut.

Saranan tersebut dibuat seorang ulama tersohor di seluruh dunia dan seorang pakar undang-undang negara yang cukup disegani.

Sharizat Jalil cuma tidak bernasib baik

Senyumlah selagi boleh senyum...


SPRM telah pun memulakan siasatan ke atas isu NFC yang melibatkan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Sharizat Jalil dan keluarganya.

Apa pun keputusan siasatan SPRM nanti, nama Sharizat tetap akan tercemar dan pada masa yang sama  SPRM juga mahu memastikan sekurang-kurangnya persepsi masyarakat badan suruhanjaya sedikit pulih dari tanggapan negatif.

SPRM serbu pejabat NFC tapi ketelusan masih diragui

Setelah berminggu-minggu isu NFC diperkatakan umum, akhirnya  hari ini SPRM menyerbu  pejabat NFC. 

Harapan rakyat tentulah mahukan siasatan terhadap kes ini dijalankan dengan telus.

Rabu, 21 Disember 2011

Antara turunkan bendera Najib dan kencing gambar Hadi, Nik Aziz

PETALING JAYA: Tidak semena-mena nama seorang mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris, Adam Adli menjadi sebutan gara-gara tindakan beliau menurunkan bendera bergambar Najib di hadapan PWTC Ahad lalu.

Tindakan yang dilakukannya dalam demontrasi sekumpulan kira-kira 100 mahasiswa bagi mendesak Auku dimansuhkan itu akhirnya telah mengakibatkan tindakan balas keras oleh penyokong-penyokong Umno.

SPRM tubuh pasukan khas siasat isu NFC

SPRM  hari ini mengumumkan satu pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat skandal NFC.  Satu lagi peluang untuk SPRM membuktikan kredibiliti badan itu yang sebelum ini dianggap diperkudakan oleh BN.

Esok mahkamah akan membuat keputusan perbicaraan yang melibatkan tuduhan salah guna kuasa terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo.  Adakah beliau akan didapati tidak bersalah?

Selasa, 20 Disember 2011

Sharizat, undur! Tempat di GLC sedia menanti

Lepas satu persatu penyelewengan yang melibatkan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Sharizat Jalil didedahkan pembangkang di media-media alternatif.

Kali  ini melibatkan pembelian kondo mewah bernilai lebih RM9 juta yang didakwa menggunakan dana NFC yang diperolehi dari pinjaman mudah dari kerajaan.

Sharizat guna pinjaman NFC biayai perniagaan keluarga di Singapura

Adakah selepas ini pihak polis dan SPRM akan mengeluarkan kenyataan bahawa dari hasil siasatan mereka mendapati urusniaga yang dibuat ini adalah bersih, tiada salah guna kuasa, perbuatan rasuah dan lain-lain dalam isu ini? 
- Beduk Canang
_____________________________________________________________________
Kondominium One Menerung di Bangsar
Dipetik dari kenyataan akhbar oleh  Mohd Rafizi Ramli, Pengarah Strategi Keadilan, YB Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung Keadilan dan YB Zuraida Kamaruddin, Ketua Wanita Keadilan:

Sharizat kena lagi, kali ini kondo S$4,107,600 di Singapura pula

Mungkin ramai yang menjadi keliru, adakah syarikat National Meat and Livestock Corporation Sdn Bhd.ini menjalankan perusahaan penternakan lembu atau menjalankan perniagaan hartanah sebenarnya?

- Beduk Canang
___________________________________________________________________

Kenyataan Media:

Memandangkan UMNO dan Dato’ Seri Shahrizat Jalil belum memberi tanda-tanda akan ada pertanggungjawaban kepada penyelewengan dana rakyat melalui NFC seperti yang dituntut rakyat, KEADILAN akan terus membongkar penyalahgunaan dana awam bagi kepentingan peribadi keluarga menteri berkenaan.

Penyata akaun rasmi negara sahkan pinjaman Mahathir

Tidak kira samada Mahathir pernah membuat pinjaman dari Bank Dunia atau tidak, pokoknya, pemecatan ke atas Anwar Ibrahim bukanlah kerana kes liwat ataupun percanggahan pendapat dalam menguruskan ekonomi.

Sebaliknya pemecatan Anwar disebabkan kebimbangan Mahathir terhadap apa yang dianggap beliau  sebagai percubaan Anwar menyingkirkan beliau dan tambahan pula dibatu-apikan oleh pemimpin Umno lain termasuk Rafidah Aziz.

Video ludah panglima Umno jadi bahan ejekkan

Panglima perang Umno sedang mula buka jurus pertarungan 
Sehebat mana pun ilmu di dada sang panglima perang jika diri dikuasai perasaan amarah dan dendam yang membuak-buak ketika mengatur jurus perang, nescaya akan tersungkur di kaki lawan. 

- Beduk Canang

Rasuah, pengusaan BN: Era Abdullah lwn era Najib

Rencana bersiri bhg ke-4 (akhir) ini boleh diikuti melalui capaian di bawah.
Rasuah era Abdullah lawan era Najib
 

Meskipun di era Abdullah yang dikenali dengan gelaran 'Mr Clean' turut dikaitkan dengan kontroversi salah guna kuasa yang dikaitkan keluarga terdekatnya, era Najib boleh dianggap yang terburuk dalam sejarah negara.

Isnin, 19 Disember 2011

Musa Hitam juga pernah jadi mangsa label agen asing DR M

Tuduhan agen asing atau pengkhianat kepada ugama, bangsa dan negara adalah satu senjata yang telah digunakan oleh Umno semenjak dahulu lagi bagi membunuh pengaruh pihak yang menentang pemimpin parti itu.

Ketika Umno bergolak pada tahun 80an sehingga membawa perletakan jawatan Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam gara-gara tidak sehaluan dengan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad, label agen asing juga telah digunakan oleh Tun Mahathir terhadap Tun Musa Hitam.

Ekonomi, bajet: Era Abdullah lwn era Najib (bhg 3)

Rencana ini adalah bahagian ke-3 dari rencana bersiri 'Perbandingan prestasi BN era Abdullah dan Najib' dan bahagian ke-2 bertajuk 'Islam Hadhari lwn 1Malaysia'.

Ekonomi era Abdullah lwn era Najib

Dalam menguruskan hal ehwal ekonomi negara, Najib dengan program transformasinya dikatakan lebih bijak menguruskan ekonomi negara berbanding Abdullah.

Sehingga kini, melalui data yang dikeluarkan oleh agensi-agensi kerajaan dan dakwaan dari Najib sendiri memberitahu bahawa ekonomi negara berada di landasan yang betul dan berkembang  baik.

"DR M,pusing belakang.. Alif-Lam-Lam-Ha..!"

Kalaulah betul dengan bersumpah mampu memberikan keadilan kepada manusia maka penjara di Malaysia akan menjadi hampir kosong.


Kadang-kala isu semasa hari ini ada yang menyebabkan saya terkenang-kenang memori silam semasa saya masih lagi di alam budak- budak kampung dahulu.

Ketika di zaman kanak-kanak dahulu, musim cuti sekolah memang masa paling menyeronokan, asal celik sahaja mata, dalam kepala terus teringat ingin bertemu rakan-rakan untuk bermain.

Ahad, 18 Disember 2011

Patung menyerupai Anwar pula dikafankan

Siapakah yang bertanggungjawab dan sanggup bersusah payah 'mengkafankan Anwar Ibrahim' ini semata-mata untuk memalukan Ketua Umum Pakatan Rakyat itu?

Lazimnya pihak yang melakukan perbuatan seperti ini menyedari  bahawa tindakan mereka tidaklah membawa sebarang manfaat kepada diri mereka kecuali perasaan seolah-olah merasakan cukup puas apabila melakukannya dan memperlihatkan kebodohan sendiri.

Islam Hadhari lwn 1 Malaysia

Rencana ini adalah bahagian ke-2 dari siri rencana bertajuk 'Perbandingan prestasi BN era Abdullah dan era Najib' sebelum ini.

Islam Hadhari lawan 1Malaysia

Secara umumnya, majoriti masyarakat Islam negara ini boleh dianggap tiada masalah dalam penerimaan gagasan Islam Hadari yang diperkenalkan oleh (bekas) Perdana Menteri Datuk Seri (kini Tun) Abdullah Badawi. 

Bagaimanapun, gagasan ini dikatakan telah memberi impak negatif terhadap sokongan masyarakat bukan Islam terhadap kerajaan BN ketika PRU-12 lalu.

Sabtu, 17 Disember 2011

Perbandingan prestasi BN era Abdullah dan era Najib (bhg 1)

Adakah senario tsunami politik yang tercetus dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 12 pada 2008 lalu akan sekali lagi melanda politik tanah air dalam PRU-13 yang dijangka akan diadakan tahun hadapan?

Mungkinkah kali ini 'swing' pengundi akan kembali kepada Barisan Nasional (BN), menghayun pembangkang yang pertama kali berjaya menafikan kelebihan majoriti dua pertiga BN di parlimen serta menawan empat buah negeri lain selain mempertahankan Kelantan dalam PRU-12 lalu?

"Razak dengan Najib ini, dua-dua bangsat! Celaka!"

Mana satu Azilah, mana satu Sirul?
Kes pembunuhan Altantuya Shaaribuu telah pun sampai ke peringkat rayuan yang ditetapkan pada  10 Febuari depan.

Azilah, 34, dan Sirul Azhar, 39 ketika ini sedang berhadapan hukuman mati yang telah diputuskan oleh mahkamah Mahkamah Tinggi Shah Alam sebelum ini.

Musim memancing selepas pilihan raya

Cuba bayangkan, bagaimana keadaannya sekiranya keputusan Pilihan Raya ke-13 nanti menunjukkan kemenangan tipis bagi parti  pemenang.   

Saya membayangkan sekiranya berlaku senario seperti di atas sudah tentu pada masa itu akan berlaku musim memancing termahal dalam sejarah, bukanlah ikan yang dipancing tetapi orang!

Jumaat, 16 Disember 2011

"Razak dengan Najib, dua-dua ni bangsat! Celaka!"

Mana satu Azilah, mana satu Sirul?
Kes pembunuhan Altantuya Shaaribuu telah pun sampai ke peringkat rayuan yang ditetapkan pada  10 Febuari depan.

Azilah, 34, dan Sirul Azhar, 39 ketika ini sedang berhadapan hukuman mati yang telah diputuskan oleh mahkamah Mahkamah Tinggi Shah Alam sebelum ini.

"Isteri saya tiada niat nak jadi calon"

"Bukan saya yang cakap macam itu"
"100 peratus tidak ada niat dan rancangan untuk bertanding," demikian ujar si suami ketika menafikan bahawa isterinya akan dicalonkan untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Tahukah anda siapa si suami yang telah berkata demikian?  Jawapan anda ternyata salah sekirannya anda fikir ia adalah kata-kata yang keluar dari mulut Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.

Adakah PR berkerjasama dengan Pakatan Pembangkang Borneo?


Datuk Dr Jeffrey Kitingan semalam mengumumkan pembentukan perikatan Sabah dan parti-parti yang berpangkalan di Sarawak dikenali sebagai Pakatan Borneo Bersatu yang akan memberi cabaran kepada Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-13 adalah sesuatu yang baik untuk rakyat kedua-dua negeri itu.

 

Bukan itu sahaja, parti-parti tersebut juga mewakili kepentingan rakyat Sabah dan Sarawak secara terus dan tidak bergantung kepada parti-parti dari Semenanjung Malaysia.

 

Khamis, 15 Disember 2011

Mampukah Shamsul sambut cabaran TT?

Blogger Tukar Tiub (TT) yang sebelum ini memperlihatkan sikap meragui kemampuan Shamsul Iskandar Mohd Akin sebagai pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) dalam mengepalai agenda perubahan anak muda baru-baru ini telah melontarkan cabaran terbarunya kepada Shamsul.

Blog Tukar Tiub (TT) yang dikendalikan oleh aktivis bebas terkenal, Hishamuddin Rais merupakan antara blog yang menduduki carta teratas selama beberapa tahun dalam kedudukan blog yang mempunyai capaian tertinggi.

DR M: Bomoh tak boleh tolong kamu, Rosmah

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan Datin Seri Rosmah Mansor supaya tidak mencari bomoh kerana ia tidak dapat menjamin kemenangan suaminya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Umno dalam pilihan raya umum.

azlan"Rosmah pun tak usahlah cari bomoh kerana ingin lihat suaminya dan BN menang. Bukan bomoh yang boleh beri kemenangan.

Penganjur demo pro-kerajaan terpaksa sedia kemudahan utk berdemo

Berbeza dengan kebiasaan demontrasi yang diaanjurkan oleh kumpulan pro pembangkang, penganjur demontrasi yang diadakan di hadapan Ibu Pejabat Felda yang disertai kira-kira seribu orang semalam terpaksa menyediakan puluhan buah bas untuk membawa para pendemo ke lokasi demontrasi diadakan.

Lazimnya dalam demontrasi yang dianjurkan oleh pihak pro-pembangkang yang mampu mencecah kehadiran sehingga melebihi 50 ribu orang tidak disediakan sebarang pengangkutan.

Umno sedia tawarkan kerusi utk Hassan Ali?

Isu dalaman Pas yang melibatkan exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Dr Hassan Ali yang diura-urakan akan keluar dari Pas semakin hangat diperkatakan.

Bagaimanapun sebelum ini Hassan Ali dalam satu kenyataannya kepada sebuah media tempatan berkata tidak mudah untuknya meninggalkan parti Pas yang disertainya semenjak tahun 1999 itu.

Jangkaan Anwar dibebaskan semakin kuat

Anwar: Saya akan berjuang walau dari penjara

Oleh Adila Razak

Tiga minggu sebelum keputusan disampaikan, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berikrar untuk merperjuangkan keadilan walaupun mungkin beliau didapati bersalah atas tuduhan melakukan liwat.

Bercakap kepada pemberita selepas hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan 9 Januari untuk menyampaikan keputusan, Anwar berkata penjara tidak akan mengubah ketetapan hatinya.

Rabu, 14 Disember 2011

Musang bulu ayam tawar diri jadi calon PKR

Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika merempuh Pilihan Raya Umum (PRU) ke 12 lalu terpaksa berhadapan masalah mencari calon yang sesuai untuk kawasan yang mereka tandinginya.

Pemimpin-pemimpin pelbagai peringkat ketika itu lebih banyak yang menolak dari yang menerima tawaran untuk dijadikan calon pilihan raya tahun itu.

Najib desak Taib undur?

Meskipun telah berjanji untuk meletakan jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak selepas Pilihan Raya Umum Negeri (PRN) Sarawak lalu,  sehingga kini Tan Sri Abdul Taib Mahmud masih enggan berbuat demikian.

Keadaan ini telah membuatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kurang senang dengan tindak-tanduk beliau itu.

Lembu sebagai haiwan peliharaan jadi trend

Penduduk-penduduk sekitar Bangsar hari ini dilanda trend terbaru dengan menjadikan lembu sebagai binatang peliharaan menggantikan kucing atau anjing yang menjadi kebiasaan sebelum ini.

Menurut seorang  penghuni Kondominium One Menerung yang  begitu hangat diperkatakan baru-baru ini, hobi baru yang dianggap sebagai hobi mewah ini mula menjadi trend semenjak kebelakangan ini.

Guardian UK ramal Anwar akan didapati bersalah

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diberi amaran amaran bahawa keputusan 'bersalah' yang dijatuhkan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim pada perbicaraan liwat II akan menjejaskan reputasi Malaysia dari segi demokrasi.

Akhbar The Guardian dari United Kingdom, dalam kolumnya hari ini oleh penolong editor Simon Tidall, berkata orang yang harus dipersalahkan jika keputusan bersalah dijatuhkan adalah Najib.

Guan Eng menang saman fitnah ke atas Utusan

Oleh Susan Loone

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini mendapati akhbar milik Umno, Utusan Malaysia bersalah kerana memfitnah Ketua Menteri Pulau Pinang berhubung berita yang bertajuk 'Kebiadaban Guan Eng’ yang diterbitkan pada 20 Disember tahun lalu.

NONESehubungan itu, Utusan diarahkan membayar pampasan RM200,000 kepada setiausaha agung DAP itu dan RM25,000 lagi sebagai bayaran kos.

PKR kena berhati-hati dengan Hashim Lim Abdullah

Pemimpin PR harus lebih berhati-hati terhadap orang di sekeliling mereka terutama di musim pilihan raya yang hampir menjelang tidak lama sahaja lagi.

Kesilapan dalam memilih rakan atau orang kepercayaan seperti mana yang berlaku memilih Saiful Buhari sebagai pembantu kepada DS Anwar Ibrahim adalah kesilapan yang membinasakan.

Oputunis ada di mana-mana sahaja dan bersedia merebut peluang yang ada. Penyelinap dari kem musuh juga ada di mana-mana di sekeliling kita dan bersedia mengambil peluang melakukan kerosakkan dari dalam lebih teruk.

-Beduk Canang


Umno berjaya mainkan politik ketakutan terhadap Melayu

Umno terbukti berjaya memainkan politik menakutkan Melayu.  Melayu hilang kuasa, Melayu akan merempat di bumi sendiri, Melayu akan terpinggir, Melayu akan dihina, Melayu jadi boneka Dap dan bermacam lagi yang datang dari Umno dan mereka berjaya melakukannya.
Mereka berjaya mengaplikasikan politik ketakutan terhadap orang Melayu dengan berkesan.
- Beduk Canang

Skandal PKFZ: Mahathir, Najib terlibat- peguam Liong Sik


Pendakwa raya di negara ini seperti ada satu alahan iaitu cukup takut untuk memanggil mana-mana menteri sebagai saksi di mahkamah.

Sama seperti kes liwat 1 dan 2, pendakwa raya cukup bersungguh-sungguh menghalang Mahathir, Najib dan Rosmah dibawa ke mahkamah sebagai saksi.  Mengapa?

Panel khas SPRM bincang kes Taib Mahmud

Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 14 Dis: Panel Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengadakan mesyuarat khas tidak lama lagi, bagi membincangkan desakan dari 13 NGO supaya Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan 13 ahli keluarganya ditangkap atas pelbagai dakwaan.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, mesyuarat tersebut dijangka akan diadakan dalam masa terdekat sebaik sahaja Pengerusi AJK Panel itu, Datuk Radzi Sheikh Ahmad dimaklumkan mengenainya.

Selasa, 13 Disember 2011

Petaling Street diserbu peminat jenama Birkin

Petang semalam para peniaga di Petaling Street dikejutkan dengan kehadiran ramai pengumpul koleksi bag tangan berjenama Birkin.

Menurut seorang peniaga yang menjual pelbagai beg tangan pelbagai jenama di situ, gerainya telah diserbu oleh sekumpulan hampir 20 wanita yang rata-rata dianggarkan berumur sekitar 60an ke atas.

PR menang: Akan hadapi pembangkang 'berkuasa'

Sekiranya Barisan Nasional (BN) memang betul-betul jadi pembangkang lepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti, saya kira mereka akan jadi pasukan pembangkang yang lebih kuat dari pembangkang yang ada sekarang.

Ketika itu, BN masih lagi mengawal kebanyakkan media arus perdana kecuali media yang berada di bawah penguasaan kerajaan seperti RTM contohnya.


Pensyarah: Rakyat Kelantan masih perlukan Nik Aziz

SHAH ALAM, 13 Dis: Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media, Fakulti Sains Sosial Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah menyifatkan akhlak kepimpinan yang ditunjukkan oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai tokoh yang tiada tandingan.

Katanya, sikap kesederhanaan yang ditujunkkan Menteri Besar Kelantan itu sukar dicari pada pemimpin lain khususnya di Malaysia sekarang.

Kerajaan pakatan wajar bubar Dun berasingan dengan pusat

Sama dengan Perdana Menteri (PM) terdahulu, PM Datuk Seri Najib Razak juga menetapkan tarikh pembubaran Parlimen berdasarkan keputusan startegik yang menguntungkan Barisan Nasional.

Tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang mengumumkan tidak akan ikut membubarkan Dun Selangor serentak dengan pembubaran parlimen dibuat sebelum Julai adalah tindakan yang betul.

Anwar dibebaskan beri BN lebih keuntungan politik

Anwar ramal PRU-13 sejurus selepas kes liwatnya selesai

December 13, 2011
KUALA LUMPUR, 13 Dis — Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan pilihan raya umum ke-13 akan dipanggil sebaik sahaja kes liwat dihadapinya sekarang berakhir, sambil menegaskan ia sebahagian daripada usaha menamatkan kerjaya politik beliau.

Ketua Pembangkang itu memberitahu pemberita bahawa beliau bersedia untuk yang terbaik tetapi pada masa yang sama menduga keadaan paling buruk.

Isnin, 12 Disember 2011

Rosmah Mansor menafikan beli Birkin ribuan ringgit

Datin Seri Paduka Rosmah Mansor hari ini menafikan sekeras-kerasnya tuduhan sesetengah pihak yang mendakwa beliau gemar berbelanja boros termasuk membeli beg tangan mewah berjenama Birkin yang berharga dari RM28,000 (US$ 9,000) hingga RM472,000 (US$150,000) bagi setiap satu.

Beliau yang ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang selepas menghadiri upacara keberangkatan pulang Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Baginda Permaisuri ke Terengganu hari ini, berkata dakwaan tersebut sengaja direka oleh pihak tertentu bagi tujuan memburukan imej beliau.

Kemampuan Chegu Bard patut dipertimbangkan

Tidak dinafikan, Ahli Parlimen Teluk Kemang Datuk Kamarul Baharin Abbas boleh dikatakan sebagai salah satu pilihan terbaik yang ada untuk menduduki kerusi Menteri Besar Negeri Sembilan sekiranya PR berjaya memenangi negeri itu.

Selain beliau, saya juga melihat satu lagi pilihan dari PKR yang ada iaitu Chegu Bard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin.

Team Muhyiddin-Zahid bersedia singkir team Najib-Hishamuddin

CALON TERBAIK: Zambry Pun Ada Rekod Buruk Dalam UMNO

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak melihat Bicara Negawaran Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad semalam memberikan mesej penting kepada kepimpinan Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir sebagai ‘orang nombor satu’ di Negeri Perak dan jelas teguran Tun Mahathir itu berpaksikan kepada kepimpinan semasa terutama di Perak yang mana Barisan Nasional (BN) pernah tumbang pada tahun 2008 dahulu.

Sedar atau tidak, Datuk Seri Zambry adalah penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika dipecat sebagai Timbalan Presiden Umno dahulu dan menyebabkan Datuk Seri Zambry tiada tempat di dalam Umno selepas itu. 

Ahad, 11 Disember 2011

Pakatan yakin di Negeri Sembilan, Kamarul disebut bakal calon MB

December 12, 2011
KUALA LUMPUR, 12 Dis ― Pakatan Rakyat (PR) mempertingkatkan usaha untuk menawan Negeri Sembilan daripada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13, sementara pemimpinnya telah mengenal pasti Ahli Parlimen Teluk Kemang Datuk Kamarul Baharin Abbas sebagai bakal calon jawatan menteri besar.

The Malaysian Insider difahamkan, wakil rakyat PKR itu telah disenarai sebagai antara calon berpotensi untuk mengetuai jawatan tertinggi negeri jika PR dapat mengatasi kerajaan negeri BN.

Ke mana wang RM11 bilion dibelanjakan?

Oleh Muda Mohd Noor

Abdul Wahid Endut berkata, beberapa projek yang menggunakan dana khas itu menimbulkan tanda tanya.

PETALING JAYA: Beberapa pemimpin pembangkang bertanya bagaimana kerajaan BN Terengganu membelanjakan wang dana khas  hampir RM11 bilion sejak 2005.

Pesuruhjaya PAS negeri, Abdul Wahid Endut berkata, beberapa projek yang menggunakan dana khas itu menimbulkan tanda tanya.

Terkenang-kenang PRU-10, 1999..

Saya masih ingat, pada musim PRU-10 tahun 1999, ketika saya masih aktif  dalam Parti Keadilan Nasional, saya telah terlibat secara langsung dengan jentera pilihan raya Barisan Alternatif (BA) bagi Parlimen Batu.

Saya tidaklah pasti adakah masih sama seperti sekarang, ketika itu petugas-petugas pilihan raya BA dari Parti Keadilan Nasional memang tidak dibayar dengan imbuhan wang tunai sebaliknya kami hanyalah disediakan makan dan minum sepanjang kempen berlangsung.

AUKU, ISA: Apa Anwar buat semasa dalam kabinet?


Bukanlah terlalu sukar untuk menyelami apa yang sedang dihadapi oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini mahupun Datuk Zaid Ibrahim beberapa tahun dahulu.

Di dalam kabinet kerajaan Barisan Nasional, mempunyai pendirian yang berbeza dengan pemimpin lain khasnya dengan pucuk kepimpinan merupakan sesuatu yang tidaklah dialu-alukan.

Untuk mengubah kita harus berkuasa

Bukanlah mudah untuk mengubah sesuatu sekiranya anda tidak berada di sesuatu kedudukan yang betul atau lebih tepat lagi sekiranya anda tidak memiliki kuasa penuh.

Memang benarlah seperti mana falsafah politik Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih kurang begini, 'untuk mengubah sesuatu, anda harus berada di satu kedudukan yang betul.' 

RTM, TV3 beri kesan negatif kepada Umno-BN

Tidak dapat dinafikan, meskipun rakyat negara ini terdedah dengan pelbagai sumber maklumat melalui internet, media arus perdana masih lagi merupakan penyebar maklumat atau propaganda yang paling luas liputannya.

Berbanding televisyen yang boleh dikatakan terdapat di semua rumah-rumah di negara ini sebaliknya internet pula bukanlah semua rakyat mempunyai akses terhadap kemudahan ini.

Operasi menyelamat Scorpene gagal apung diteruskan

Langkawi: Kapal selam KD Tun Abdul Razak yang pernah mencetuskan kontroversi gara-gara mengalami masalah teknikal yang mengakibatkan kapal selam itu gagal menyelam sebelum ini, dilaporkan sekali lagi menghadapi masalah teknikal yang lain pula hari ini.

Bagaimanapun menurut satu maklumat awal dari satu sumber dalaman Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), masalah teknikal kali ini bukanlah mengakibatkan kegagalan kapal selam Scorpene itu tidak boleh menyelam ke dasar laut, sebaliknya kali ini melibatkan kegagalan kapal itu untuk naik kembali ke permukaan setelah menyelam.

Sabtu, 10 Disember 2011

Maruah, kedaulatan negara di tangan Papa Gomo!

"Gomo selama 5 jam didalam KD Tun Razak dan Gomo sendiri bertanyakan kepada Kru kapal mengenai apa yang ada dan apa yang tiada dalam Kapal Scorpene yang dibeli kerajaan Malaysia. 

"Malah segala perjalanan, berapa batu nautika, berapa kali selaman dan berapa meter kedalaman semuanya ada pada simpanan pihak TLDM yang mana RAHSIA kepada negara.

Negara Berkebajikan: PAS tawar 10 agenda, janji tunai penggal pertama kerajaan

December 11, 2011
KUALA LUMPUR, 11 Dis ― PAS yang akan melancarkan dokumen Negara Berkebajikan petang ini, dengan 10 agenda utama merangkumi bidang politik, ekonomi dan sosial, berjanji akan melaksanakannya pada penggal pertama pemerintahan jika Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan pusat.

Parti Islam itu dilihat melancarkan dokumen itu, susulan ucapan dasar muktamar presidnnya Jun lalu, sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13. Selain PAS, Pakatan Rakyat dianggotai DAP dan PKR.

Kalaulah ini foto pemimpin PR...

foto: Kredit untuk blog addin77.blogspot.com
Foto yang diambil dari blog Addin77, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang mungkin di sebuah pit litar perlumbaan.

Menurut blogger tersebut, foto ini beliau perolehi dari  majalah automobil ketika berada di sebuah bengkel.

"Agak terperanjat jugak pada mulanya tengok gambar ni.. Menteri dari gerombolan UMNO yang kononnya memperjuangkan Islam tapi sanggup bergambar macam ni.

"Tak boleh ngelak ke pak menteri? Kalau pimpinan PR yang bergambar macam ni pasti heboh 1Malaysia," komen blogger terkenal tersebut dan saya juga setuju dengan komennya itu.

Paparan Halaman