Termasuklah penulis sendiri turut terjebak dalam cubaan meramalkan tarikh pilihan raya ini turut meleset dan bulan demi bulan berlalu, tetapi masih tiada tanda parlimen dibubarkan.
Semenjak itu, penulis enggan meramalkan sebarang tarikh sebaliknya lebih berminat menumpukan kepada isu-isu tertentu berkaitan dengan pilihan raya.
Semenjak akhir-akhir ini, semakin ramai yang meramalkan tarikh PRU-13 tidak akan diadakan pada tahun ini sebaliknya akan diadakan pada awal tahun hadapan.
Bagaimanapun, tiba-tiba muncul pula dari satu sumber hari ini, parlimen akan dibubarkan dalam bulan Syawal nanti dan hari pembuangan undi akan diadakan sebelum menjelang penerbangan pertama haji.
Sumber dalaman dari sebuah kerajaan negeri itu juga menyatakan kemungkinan besar pembubaran dibuat setelah beberapa hari umat Islam merayakan Hari Raya Puasa yang dijangkakan jatuh pada 19 Ogos akan datang.
Menurut sumber terbabit, perkara tersebut dinyatakan dalam sebuah mesyuarat yang melibatkan pentadbiran kerajaan.
Sekiranya pembubaran parlimen dibuat pada minggu pertama raya, maka SPR masih mempunyai tempoh lebih sebulan untuk mengadakan pilihan raya sebelum bermulanya keberangkatan penerbangan pertama musim haji tahun ini
Penerbangan pertama haji ke Mekah tahun ini pula bermula pada 29 September sekaligus memberi tempoh yang mencukupi untuk persediaan SPR mengadakan pilihan raya sebelum tibanya musim haji.
Rekod pilihan raya terdahulu pernah mencatatkan tempoh terpendek hari pembubaran sehingga hari pembuangan undi hanya selama 15 hari sahaja.
Menurut sumber itu lagi, sekurang-kurang sebuah kerajaan negeri dipercayai tidak akan menyertai pilihan raya tersebut untuk mengadakan Pilihan Raya Dewan Negeri secara berasingan.
beduk canang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan