Oleh Jahabar Sadiq
Editor
Editor
KUALA LUMPUR, 10 Ogos — Barisan Nasional (BN) mungkin memanggil
pilihan raya selewat-lewatnya tahun depan oleh kerana Datuk Seri Najib
Tun Razak masih belum menyelesaikan senarai calon-calon dan sedang
berurusan dengan penyandang yang enggan memberi laluan kepada muka baru,
kata sebuah sumber kepada The Malaysian Insider.
Minggu lalu, Perdana Menteri (PM) bertemu dengan pegawai-pegawai UMNO
pada majlis berbuka puasa di seluruh negara, termasuk di Terengganu
malam tadi, memberi taklimat mengenai persiapan pilihan raya dan berkata
beliau yakin BN dapat kembali majoriti dua pertiga dalam pilihan raya
umum (PRU) akan datang.
“Isunya sekarang adalah senarai calon.
“Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih sedang menyelesaikannya.
“Pilihanraya tidak akan dipanggil selagi senarai calon belum
selesai,” kata seorang ahli Umno yang menghadiri salah satu program
berbuka puasa tersebut.
The Malaysian Insider sebelum ini telah melaporkan bahawa
rancangan untuk membubarkan Parlimen pada bulan ini telah ditangguhkan
selepas dua ahli parlimen Sabah keluar BN dan memberikan sokongan kepada
musuh ketat, Pakatan Rakyat (PR).
Laporan penuh:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan