Memaparkan catatan dengan label Sharizat Jalil. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sharizat Jalil. Papar semua catatan

Khamis, 5 Januari 2012

Skandal NFC: RM13 ribu dibelanjakan untuk main golf

Oleh Lizawati Madfa
SHAH ALAM, 5 DIS : Laporan kewangan sepanjang 2009 mendapati sebanyak RM 12,980.24 telah digunakan oleh Pengerusi NFC, Datuk Seri Salleh Ismail serta anaknya Wan Shahinur Izran dan Izmir untuk membayar keahlian kelab termasuk bermain Golf di beberapa kelab Golf sekitar Lembah Klang.

Berdasarkan lapuran kewangan yang didedahkan oleh Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli sepanjang tahun tersebut sebanyak RM84 juta ringgit dari RM250 juta wang yang diperuntukan kerajaan telah dibelanjakan.

"Datuk Menteri, SB sedang perhatikan anda"

Ketika rakyat kelas bawahan sedang bergelut dengan peningkatan kos sara yang semakin tinggi melambung, bagi golongan kaya pula, mudahnya mereka membelanjakan sehingga RM13 ribu semata-mata hanya untuk bermain golf.

Lebih menyakitkan hati sekiranya jumlah sebanyak itu diambil dari pinjaman dari kerajaan untuk membiayai projek penternakan lembu berskala mega yang didapati gagal.

NFC: Bukti transaksi beli dua kondo diserah kpd polis


SHAH ALAM, 5 Jan: Siri pendedahan penyelewengan National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) dengan pemberian pinjaan mudah berjumlah RM250 juta daripada kerajaan diteruskan dengan pengedaran bukti transaksi kewangan yang berlaku sepanjang tahun 2009.
Berdasarkan dokumen transaksi kewangan NFC, terdapat empat transaksi pembayaran yang berlaku tarikh 2 Disember 2009 dengan jumlah RM9,758,140.

Transaksi ini melibatkan pembayaran yang dilakukan oleh NMLC kepada Bandar Raya Development Berhad berhubung pembelian Kondominium One Menerung, Bangsar.

Rabu, 4 Januari 2012

Tiada kesudahan menggembirakan untuk Sharizat

Adakah benar dakwaan PKR bahawa Pengerusi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang juga suami kepada Ketua Wanita Umno, Datuk Mohamad Salleh Ismail cuba menyogok SPRM dan Polis dengan menjadikan  Datuk Shamsulbahrin Ismail sebagai orang tengah?

Sebelum ini Shamsulbahrin dikatakan telah ditahan apabila cuba menyogok pihak polis.   Bagaimanapun tiba-tiba selepas itu beliau didakwa atas tuduhan menipu Mohamad Ismail dan bukannya cubaan menyogok.

Isnin, 2 Januari 2012

Skandal NFC: Polis sahkan 80 peratus kertas siasatan siap

January 03, 2012

KUALA LUMPUR, 3 Jan — Polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman hari ini mengesahkan siasatan pasukan berkenaan terhadap skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) sudah “80 peratus selesai”.

Ketua Pengarahnya, Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan, yang dihubungi The Malaysian Insider berkata,
kertas siasatan tersebut akan diserahkan kepada Peguam Negara terlebih dahulu sebelum sebarang pengumuman dan pendakwaan dilakukan.

Jumaat, 23 Disember 2011

Sharizat Jalil cuma tidak bernasib baik

Senyumlah selagi boleh senyum...


SPRM telah pun memulakan siasatan ke atas isu NFC yang melibatkan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Sharizat Jalil dan keluarganya.

Apa pun keputusan siasatan SPRM nanti, nama Sharizat tetap akan tercemar dan pada masa yang sama  SPRM juga mahu memastikan sekurang-kurangnya persepsi masyarakat badan suruhanjaya sedikit pulih dari tanggapan negatif.

SPRM serbu pejabat NFC tapi ketelusan masih diragui

Setelah berminggu-minggu isu NFC diperkatakan umum, akhirnya  hari ini SPRM menyerbu  pejabat NFC. 

Harapan rakyat tentulah mahukan siasatan terhadap kes ini dijalankan dengan telus.

Rabu, 21 Disember 2011

SPRM tubuh pasukan khas siasat isu NFC

SPRM  hari ini mengumumkan satu pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat skandal NFC.  Satu lagi peluang untuk SPRM membuktikan kredibiliti badan itu yang sebelum ini dianggap diperkudakan oleh BN.

Esok mahkamah akan membuat keputusan perbicaraan yang melibatkan tuduhan salah guna kuasa terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo.  Adakah beliau akan didapati tidak bersalah?

Selasa, 20 Disember 2011

Sharizat, undur! Tempat di GLC sedia menanti

Lepas satu persatu penyelewengan yang melibatkan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Sharizat Jalil didedahkan pembangkang di media-media alternatif.

Kali  ini melibatkan pembelian kondo mewah bernilai lebih RM9 juta yang didakwa menggunakan dana NFC yang diperolehi dari pinjaman mudah dari kerajaan.

Sharizat kena lagi, kali ini kondo S$4,107,600 di Singapura pula

Mungkin ramai yang menjadi keliru, adakah syarikat National Meat and Livestock Corporation Sdn Bhd.ini menjalankan perusahaan penternakan lembu atau menjalankan perniagaan hartanah sebenarnya?

- Beduk Canang
___________________________________________________________________

Kenyataan Media:

Memandangkan UMNO dan Dato’ Seri Shahrizat Jalil belum memberi tanda-tanda akan ada pertanggungjawaban kepada penyelewengan dana rakyat melalui NFC seperti yang dituntut rakyat, KEADILAN akan terus membongkar penyalahgunaan dana awam bagi kepentingan peribadi keluarga menteri berkenaan.

Khamis, 8 Disember 2011

Ummi Hafilda mungkin bertanding PRU-13

Ummi Hafilda Ali ketika ditemuramah dalam Program Kerusi Panas terbitan Radio24 semalam memberitahu bahawa ada kemungkinan beliau akan dicalonkan dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

Kenyataan beliau itu menyebabkan saya terfikir adakah kepimpinan tertinggi Umno yang ada sekarang telah menyedari bahawa Ummi Hafilda memiliki kriteria calon boleh menang seperti mana yang disyaratkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini.


Sabtu, 3 Disember 2011

Bung Moktar sindir Muhyiddin, Noh Omar, KJ?

Pendirian tegas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Bung Moktar Radin dalam isu NFC yang dikaitkan dengan Datuk Seri Sharizat Jalil wajar dijadikan ikutan pemimpin-pemimpin di dalam Umno sendiri.

Menurutnya, pemimpin Umno tidak wajar mempertahankan pihak yang terlibat dengan penyelewengan meskipun melibatkan Menteri dari Umno sendiri.

Menurutnya bukan sahaja pemimpin yang terlibat dengan penyelewengan akan menjejaskan imej Umno, malah mereka yang mempertahankannya akan hanya menyebabkan kerosakkan yang lebih teruk lagi apabila Umno dianggap sebagai parti yang mempertahankan penyelewengan dan rasuah pemimpin mereka.

Jumaat, 11 November 2011

PRU-13: BN Lembah Pantai bergelora

Oleh Nazli Ibrahim

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) Lembah Pantai semakin bergelora apabila penyokong tokoh tertentu dari Umno mula bersaing sesama sendiri bagi memastikan pemimpin yang disokong mereka dicalonkan dalam Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.

Seorang ahli Pergerakan Wanita Umno, yang memegang potfolio yang tidak kurang penting dalam pergerakan itu memberitahu, isu ini semakin panas semenjak timbulnya isu Pusat Feedlot Kebangsaaan yang dikaitkan dengan Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abd Jalil.

Beliau yang mahu dikenali sebagai Ani berkata, selain Sharizat yang dianggap sebagai calon tradisi di parlimen itu, nama lain yang disebut sebagai calon ialah Menteri Pembangunan Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

“Sekarang angin gelora pilihan raya siapa akan dicalonkan memang semakin panas, dah semacam tak terkawal lagi dah di Lembah Pantai ni.

“Walaupun semua orang tahu dah berapa penggal Sharizat bertanding di Lembah Pantai, tetapi Raja Nong Chik juga dah lama cuba masuk jarum, berkempen sana-sini.

Tepuk tangan isu projek feedlot

“Yang buat saya sakit hati tu, bila timbul pula skandal projek feedlot tu, orang-orang Raja Nong Chik, bukannya nak membantu atau pun sekurang-kurangnya simpati, tetapi bertepuk tangan lagi adalah.
“Kalau penyokong pembangkang tu tak kisahlah, tetapi saya tengok dia orang pun sama juga macam penyokong pembangkang, itu yang buat saya sedih tu,” kata beliau.

Beliau juga memberitahu walaupun anggapan sesetengah pihak bahawa Raja Nong Chik adalah calon boleh menang di Parlimen Lembah Pantai tetapi belum tentu dapat mengatasi prestasi Sharizat sekaligus boleh menjamin kemenangan BN di kawasan itu.

“Saya berpendapat kalau ada orang kata Raja Nong Chik adalah calon ‘winnable’ di sini, itu belum tentu lagi, sebab Sharizat adalah calon favourite di sini kalau nak bandingkan dengan Raja Nong Chik.

“Memang kita akui dia adalah Ketua Umno di sini, tetapi jangan lupa Sharizat pernah berkhidmat sebagai YB selama tiga penggal, banyak bantu penduduk dan dah tentu lebih mengenali pengundi di sini berbanding Nong Chik.

Silap hari bulan kalah lebih besar 

“Saya bimbang kalau pusat letak dia juga, nanti bukan sahaja kita kalah lagi, tetapi silap hari bulan kita kalah dengan majoriti lebih besar dari dahulu.

“Sebab itulah ramai rakan-rakan dalam Umno termasuk wanita, puteri dan dari MCA mahukan Sharizat di sini dan bukannya Raja Nong Chik.

“Rakan-rakan dari MCA beritahu kami, walaupun kita lihat pengundi Cina lebih pro-pembangkang, tetapi Sharizat lebih mudah diterima pengundi Cina berbanding Raja Nong Chik,” ujar beliau.

 Ani juga mendakwa, beberapa pihak yang dianggap sebagai juru kempen Raja Nong Chik yang sudah lama bergerak di Lembah Pantai bukan sahaja meningkatkan imej pemimpin itu, malah seolah-olah cuba merendah imej Sharizat yang juga Ketua Pergerakan Wanita Umno itu.

“Dia orang kempen untuk bos dia orang tu satu hal lah juga, tapi yang tak sedapnya dia orang merendah-rendahkan imej Shahrizat macam dah terdesak nak jadi calon.

“Contoh paling mudah dan jelas sekali, macam yang saya katakan tadi dalam isu projek feedlot, macam mana kami tak sakit hati?

“Saya tak mahu nanti gara-gara sikap dia orang macam tu, nanti ada yang sakit hati sampai merajuk dan boikot atau lagi teruk, kalau ada orang BN sendiri yang sabotaj kempen masa pilihan raya nanti,” ujar beliau lagi.

* Free Malaysia Today

Khamis, 10 November 2011

Korbankan lembu atau dikorbankan lembu?

Hari ini, Jumaat, 11.11.11, adalah tarikh yang dinanti-nantikan oleh banyak pihak dengan penuh debaran dengan bermacam-macam alasan.

Mungkin ada yang memilih tarikh ini untuk melangsungkan perkahwinan, pertunangan dan bermacam lagi mengambil sempena angka-angka tarikh hari ini yang dianggap unik.

Dalam arena politik tanah air juga tidak ketinggalan apabila perhatian mula terarah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak samada beliau akan membubarkan parlimen pada hari ini atau sebaliknya.

Saya sendiri yang menjangkakan pembubaran hanya akan dibuat pada tahun hadapan pun tidak dapat menahan diri dari mencari-cari sumber terkini mengenai pembubaran parlimen kalau ada.

Walhal kita mengetahui bahawa parlimen masih lagi belum selesai bersidang dan Bajet 2012 juga masih belum diluluskan sekaligus tiada memungkinkan pembubaran parlimen dibuat.

Bagaimanapun, ketika perhatian mula menjurus kepada PM Najib, tanpa disangka-sangka ada pula kumpulan lain yang popularitinya mendadak naik secara tiba-tiba semenjak kebelakangan ini.

Bahkan populariti yang diraih oleh kumpulan terbabit hari ini dipercayai lebih tinggi berbanding PM sendiri, mahupun isterinya atau pun Menteri Penerangan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Sebenarnya fenomena ini mula meletus semenjak beberapa hari sebelum umat Islam menyambut perayaan Aidil Adha baru-baru ini apabila kumpulan ini sering menjadi sebutan dikalangan penganut agama itu.

Projek feedlot atau projek idiot?

Selepas itu, populariti kumpulan ini terus mencanak naik apabila dikaitkan pula dengan apa yang didakwa sebagai skandal satu projek yang namanya saya sedikit keliru, entahkan projek feedlot, entahkan projek idiot.

Tambah beruntung lagi, disebalik populariti yang dikecapi mereka, kumpulan ini juga dikatakan diberikan tempat tinggal bernilai RM9.8juta berupa sebuah kondominium mewah di Bangsar yang mungkin sampai mati pun saya hanya mampu berangan-angan sahaja.

Lainlah kalau ada diantara pemilik kediaman mewah seperti itu yang buang tabiat mewasiatkan harta mereka itu kepada saya walaupun saya bukanlah darah daging mereka.

Atau pun sekurang-kurangnya ada yang sudi mengambil saya berkerja sebagai pembantu rumah dan tinggal bersama, setidak-tidaknya dapat juga merasa bagaimana rasanya tidur di kediaman orang-orang kaya.

Pihak lain berkorban untuk kumpulan terbabit

Namun, tahukah kita bahawa disebalik populariti dan keselesaan  yang dikecapi secara tiba-tiba oleh kumpulan ini ada pihak lain 'tidak berdosa' terpaksa menanggung beban dan akhirnya terkorban demi kumpulan itu.

Ya, setelah banyak di antara anggota kumpulan ini dikorbankan ketika Hari Raya Aidil Adha baru-baru ini, kini sampai masa kumpulan ini pula mengambil giliran untuk mengorbankan pihak lain pula.

Berita terakhir dari 'mangsa korban' kumpulan terbabit yang saya terima, masa depan 'mangsa korban' itu mulai goyah dan kelihatan semakin samar-samar.

Sudahlah lembah ragutnya yang dahulu dikuasai mereka telah jatuh ke tangan orang lain semenjak tiga tahun lalu, malah juga dikhabarkan peluang untuk mendapat tempat dan merebut kembali kuasa di lembah itu juga semakin tipis.

Menurut satu perkhabaran lain pula, telah ada laporan dibuat yang  menyebabkan projek yang saya masih keliru entahkan feedlot atau idiot itu dan juga kediaman RM9.8 juta disiasat oleh satu pihak yang saya masih tidak pasti tahap keberanian mereka untuk menyiasat.

Mungkin inilah takdir yang terpaksa ditanggung 'mangsa korban' kumpulan ini setelah tersalah sangka kumpulan yang lemah dan tidak berakal ini boleh dikorbankan demi mengejar kekayaan, tetapi akhirnya mereka dijadikan korban oleh kumpulan yang semakin glamour ini.

* Free Malaysia Today

Paparan Halaman