Jumaat, 23 Disember 2011

Sharizat Jalil cuma tidak bernasib baik

Senyumlah selagi boleh senyum...


SPRM telah pun memulakan siasatan ke atas isu NFC yang melibatkan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Sharizat Jalil dan keluarganya.

Apa pun keputusan siasatan SPRM nanti, nama Sharizat tetap akan tercemar dan pada masa yang sama  SPRM juga mahu memastikan sekurang-kurangnya persepsi masyarakat badan suruhanjaya sedikit pulih dari tanggapan negatif.

Dalam isu rasuah yang melibatkan pemimpin-pemimpin politik dan kerajaan, Sharizat boleh dianggap hanyalah tidak bernasib baik.

Mengamalkan rasuah dan salah laku lain dalam menguruskan dana kerajaan oleh pemimpin-pemimpin politik bukanlah sesuatu yang luar biasa.

Ketika yang lain masih bermewah dari sumber haram itu dan mendapat perlindungan, Sharizat akhirnya menjadi kambing hitam bagi membuktikan kejujuran kerajaan memerangi rasuah.


1 ulasan:

Awanama berkata...

dulu idris harun dipecat jawatan timbalan menteri kabinet kerana tunjuk samseng ketika sidang parlimen berlangsung. kini barangkali giliran minah ni pula.

Paparan Halaman