| Kredit: TVSelangor/Media Selangorku | 
PETALING JAYA, 14 OGOS: Bekas Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S.Samy 
Vellu didakwa menyalahgunakan kuasa untuk melantik syarikat milik 
rakannya sebagai perunding satu projek pembinaan Universiti AIMST.
PKR, dalam satu sidang medianya hari ini menjelaskan, syarikat 
tersebut adalah TMI Nusantara Consultans (M) Sdn Bhd yang dimilik oleh 
Datuk Thasleem Mohamed Ibrahim.
“Syarikat ini dibayar RM35 juta untuk perkhidmatannya dengan bayaran 
bulanan sebanyak RM144, 497 dari mula kerja pembinaan sehinggalah tamat 
tempoh tanggungan kecacatan bangunan ini.
“Adakah ianya diberikan melalui tender terbuka?” kata Setiausaha Biro
 Startegi dan Polisi Kebangsaan, S. Gobi Krishnan dalam sidang media yang
 diadakan di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.
Samy merupakan Pengerusi dan juga Kanselor Universiti AIMST.
Selain itu dalam sidang media sama, Gobi turut mempersoalkan 
penglibatan Samy dalam isu pemberian pinjaman tanpa faedah sebanyak RM9 
juta kepada ahli perniagaan, Tan Sri Hari Narayanan oleh MIED (Maju 
Institute of Educational Development).
Sama seperti Universiti AIMST, MIED juga dipegerusikan oleh bekas Presiden MIC itu.
Pinjaman tersebut dikeluarkan kepada Hari yang diketahui rakan kepada Samy tanpa kelulusan ahli lembaga pengarah MIED lain.
* TVSelangor/Media Selangorku 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan