Rabu, 2 Jun 2010

10 tahun Politik Malaysia: Reformasi 1998 -Tsunami Politik 2008 (2)

Bahagian 2: Kesan reformasi dalam PRU-10, 1999

Rentetan dari gerakan reformasi 1998 yang dilancarkan oleh Anwar Ibrahim itu telah berjaya menyatukan parti-parti pembangkang di bawah gagasan tidak rasmi yang dinamakan Barisan Alternatif (BA). Ketika itu, Parti Keadilan Nasional (PKN) yang baru ditubuhkan dengan Dr Wan Azizah sebagai Presiden pertamanya telah berjaya menyatukan parti DAP, PAS, PSRM dan PKN sendiri di dalam pakatan tersebut.

Antara kejayaan penting dalam mewujudkan kesepakatan dalam BA pada ketika itu, ialah kejayaan mencapai kata sepakat untuk meletakan calon satu lawan satu untuk menghadapi BN dalam PRU-10. Golongan masyarakat yang mula sedar pula telah menterjemahkan penolakan mereka terhadap BN di dalam undi-undi mereka.

Hasilnya, pada PRU-10 tersebut, PAS telah berjaya menawan negeri Terengganu dari tangan BN selain mengekalkan Kelantan. Selain itu, walaupun BA gagal menafikan majoriti dua pertiga BN dalam Dewan Rakyat, BN telah kehilangan banyak kerusi-kerusi Parlimen dan DUN terutamanya kerusi yang sebelumnya dimenangi oleh Umno serta kerusi di kawasan-kawasan bandar di tangan pakatan pembangkang itu. Rata-rata kerusi Parlimen yang masih kekal dimenangi oleh BN pula, majoriti kemenangan mereka telah merudum dengan jumlah yang besar.

Malah PKN yang hanya baru berusia setahun jagung pada masa itu telah memenangi kerusi terbanyak di kalangan parti-parti pembangkang itu. Pencapaian tersebut sekali lagi telah mencatatkan sejarah apabila Dr Wan Azizah sebagai wanita pertama di negara ini yang dilantik sebangai ketua pembangkang.

Bersambung bahagian 3: Tahun-tahun malap gerakan reformasi

Selasa, 1 Jun 2010

MB Selangor ajak rakyat Malaysia berkabung

MALAYSIAKINI - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengajak seluruh rakyat Malaysia memberikan penghormatan terakhir ke atas kehilangan 16 nyawa peserta frotila pro-Palestin yang diserang tentera Israel semalam.

“Seluruh rakyat Malaysia perlu berkabung bagi menghormati kehilangan 16 nyawa setakat ini, dalam serangan kejam tentera Zionis itu,” katanya.

Katanya, tindakan tentera Zionis itu sama sekali tidak boleh diterima oleh masyarakat berbilang kaum di Selangor kerana ia merupakan perbuatan kejam dan melampaui batas kemanusian.

“Kerajaan Selangor mendesak Mahkamah Keadilan Antarabangsa menyiasat dan bertindak terhadap tentera Zionis kerana melakukan jenayah yang dikutuk seluruh rakyat Malaysia dan masyarakat dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Khalid juga menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyatakan dengan jelas bahawa Malaysia telah memutuskan semua hubungan diplomatik dan perniagaan dengan kerajaan serta rakyat Israel.

“Perdana Menteri perlu mengistiharkan bahawa Malaysia secara rasmi telah membatalkan kontrak dengan (firma perunding) Apco (Worldwide) dan mengharamkan sistem teknologi keselamatan untuk kegunaan polis yang dibekalkan syarikat Eropah dan Amerika Syarikat dengan nasihat teknikal Yahudi,” katanya.

10 tahun Politik Malaysia: Reformasi 1998 -Tsunami Politik 2008

Meramalkan politik Malaysia hari ini tidaklah semudah ketika sebelum berlakunya tsunami politik sebelum PRU-12 pada Mac 2008. Kadangkala apa yang cuba diramalkan memang benar menjadi, tetapi ada masanya apa yang berlaku adalah di luar jangkaan.

Contohnya, walaupun banyak sumber termasuklah dari kaji selidik dari sebuah badan penyelidikan bebas meramalkan peluang PR untuk menang pada PRK di Hulu Selangor adalah 60/40 berbanding BN. Namun sebaliknya saya menjangkakan peluang PR untuk menang dalam PRK Parlimen Hulu Selangor adalah 50/50.

Ternyata pada malam keputusan PRK Parlimen Hulu Selangor diumumkan, walaupun jangkaan saya boleh dikatakan mengena, tetapi keputusan tersebut agak mengecewakan. Sebaliknya pada PRK Parlimen Sibu, saya tidak meletakan sebarang harapan untuk PR memenangi PRK tersebut, keputusannya mengejutkan tetapi memberansangkan.

Begitulah sedikit antara contoh-contoh senario politik negara masa kini, ia sukar dijangkakan dan kadang-kala perubahan dari satu plot ke satu plot lain begitu cepat berlaku. Ada pula di kalangan pemain-pemainnya juga, mampu bertukar watak dengan tiba-tiba.

Ini semua adalah dari kesan kesedaran dan kebangkitan rakyat Malaysia akan hak mereka memenuhi tuntutan demokrasi sebuah negara walaupun sesetengah tuntutan demokarasi mereka itu dinafikan atau gagal dipenuhi demi menyelamatkan kuasa yang masih ada di tangan. Kesan kesedaran dan kebangkitan rakyat Malaysia hari ini berlaku dalam dua fasa iaitu fasa pertama era reformasi 1998 dan era kebangkitan generasi muda kini.

Fasa Pertama – Era gerakan reformasi 1998

Tidak dapat dinafikan, Anwar Ibrahim adalah pemangkin kepada kebangkitan fasa pertama ini. Setelah beliau difitnah dan dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, beliau telah menlancarkan reformasi ke seluruh negara. Walaupun hanya tidak berapa lama kemudian beliau telah ditahan, gerakan reformasi tetap diteruskan dengan dipimpini oleh isteri beliau Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Kesan gerakan reformasi

Kesan dari gerakan reformasi yang dilancarkan itu, masyarakat khususnya di kawasan-kawasan bandar mulai sedar akan bermacam kepincangan dalam banyak sistem termasuk sistem kehakiman yang ada di dalam negara ini telah dan sedang berlaku. Bermula dari situlah golongan ini mula berani memprotes tindakan-tindakan kerajaan secara terbuka.

Demontrasi jalanan diadakan

Suasana di bandar-bandar besar terutama sekali ibu negara Kuala Lumpur yang begitu lama agak asing dengan kejadian demontrasi, secara tiba-tiba di jalan-jalan rayanya menyaksikan rally demontrasi setiap minggu. Ia adalah sejarah negara yang tidak wajar dipadamkan dan secara peribadi penulis pula, ia adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Demontrasi terbesar

Pada ketika itu jugalah telah berlaku sebuah demontrasi yang dianggap paling besar pernah diadakan dalam sejarah negara pada 20 September 1998. Demontrasi tersebut telah dimulakan dengan ucapan Anwar Ibrahim dari anjung Masjid Negara dan kemudiaannya rally tersebut diteruskan dengan perarakan ke Dataran Merdeka.

Setibanya di Dataran Merdeka Anwar Ibrahim sekali lagi telah memberikan ucapan bersemangatnya. Tetapi sayangnya ucapan beliau itu tidak dapat didengari oleh semua yang hadir disebabkan pada ketika itu pembesar suara yang digunakan hanyalah sekadar sebuah heller sedangkan massa yang hadir ketika itu lautan manusia.

Demontrasi tersebut ditamatkan dengan perarakan dari Dataran Merdeka menuju ke Jalan Raja Laut dan bersurai di hadapan Bangunan KWSP. Demontrasi ini juga adalah demontrasi terakhir yang dikepalai Anwar Ibrahim sebelum beliau ditahan pada malamnya di kediaman beliau di Bukit Damansara.

Tanpa ragu, demontrasi yang berlaku pada 20 September 1998 itu adalah demontrasi terbesar pernah diadakan di negara ini. Juga tanpa ragu, kalaulah Umno mampu mengumpul kehadiran orang ramai secara sukarela seramai ini, pastinya ia akan dicatat di dalam buku Malaysia Book of Records.

Akhbar-akhbar ketika itu, baik akhbar tempatan mahu pun antarabangsa melaporkan anggaran jumlah pendemo yang berbeza-beza. Seperti lazimnya, bagi media-media pro-BN, mereka akan memberikan angka anggaran sekecil yang boleh. Utusan Malaysia dan Berita Harian melaporkan anggaran jumlah yang menyertai demontrasi tersebut sekitar 100,000 orang manakala sebuah media asing melaporkan anggaran jumlah tertinggi iaitu 500,000 orang.

Selain itu, jumlah kehadiran di Stadium Mohammad ke-1V, Kota Bahru, Kelantan ketika Anwar Ibrahim dalam siri jelajahnya ke serata negara juga telah mencatat tidak kurang 100,000 orang yang menghadirinya. Antara faktor terpenting yang berjaya menarik begitu ramai khalayak untuk menyertai demontrasi dan ceramah-ceramah umum ini ialah aura yang ada pada Anwar Ibrahim itu sendiri.

Bersambung ke bahagian dua: Kesan gerakan reformasi dalam PRU-10, 1999


Sabtu, 29 Mei 2010

Rasionalisasi subsidi: Rakyat korban kecuaian, ketamakan BN

Pendapat segelintir rakyat Malaysia hari ini bahawa masalah rasuah, ketirisan dan pembaziran yang berlaku dalam kerajaan hari ini tidak memberi apa-apa kesan terhadap kehidupan mereka harus diperbetulkan. Masalah-masalah tersebut yang telah menyebabkan negara kehilangan kira-kira RM28 bilion setahun bakal menyebabkan kerajaan terpaksa mencari alternatif lain bagi menyelamatkan semula wang negara yang lesap.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) hari ini dilihat cenderung untuk mengalihkan tanggungan bebanan kerugian tersebut kepada rakyatnya. Antara alternatif yang bakal dilaksanakan untuk meminimumkan kerugian tersebut ialah dengan kaedah mengenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) serta memansuhkan subsidi barangan keperluan dan juga kadar tol.

Terbaru, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Idris Jala yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) – sebuah badan yang ditubuhkan untuk mengurangkan beban subsidi kerajaan menyatakan subsidi petrol, gas, barangan makanan seperti beras, minyak masak, gula, tepung dan sebagainya, perkhidmatan perubatan, elektrik dan tol bakal dihapuskan bagi menyelamatkan negara dari muflis.

Langkah terdesak kerajaan tersebut dilihat amat bertentangan sekali dengan dakwaan pertumbuhan ekonomi negara semakin memberangsangkan. Langkah yang dinamakan sebagai rasionalisasi subsidi itu antara lain akan menaikkan harga petrol 15sen seliter pada peringkat permulaan tahun ini dan seterusnya diikuti dengan 10sen seliter bagi setiap enam bulan. Bagi mewajarkan langkah tersebut, rebat tunai sebanyak RM126 kepada pemilik motokar di bawah 1,000cc dan RM54 kepada pemilik motorsikal di bawah 200cc diberi.

Sungguhpun begitu, jumlah rebat yang diberi tersebut adalah terlalu kecil untuk menampung kenaikan berbanding dengan tambahan kos sara yang berlipat kali ganda sekaligus ia dilihat sebagai amat tidak berbaloi kepada rakyat. Kumpulan sasar yang layak menerima rebat yang hanya terdiri dari pemilik motokar di bawah 1,000cc juga turut tidak terkesan apa-apa dari rebat RM126 tersebut berbanding peningkatan beban tanggungan lain. Malah pengguna motokar 1,000cc hingga 1,600cc yang dipinggirkan dari kelayakan menerima rebat juga kebanyakan terdiri dari mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah.

Barangan dan perkhidmatan lain yang turut tersenarai ialah diesel, dinaikan 10sen seliter setiap enam bulan selama lima tahun, gula (20sen–1kg), tepung gandum (25sen-1kg), minyak masak (15 peratus-1liter bagi dua tahun, diikuti 5 peratus hingga 2014), tol lebuh raya, perubatan dan elektrik.

Akibat dari pemansuhan subsidi tersebut bukan sahaja bakal menyebabkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan bersubsidi yang terlibat sahaja tetapi akan menaikan hampir kesemua barangan keperluan dan perkhidmatan lain termasuklah tmbang pengangkutan awam yang berada di pasaran sekaligus bakal membuatkan kos sara hidup rakyat akan naik berlipat kali ganda. Keadaan ini akan diburukkan lagi apabila langkah kerajaan untuk melaksanakan GST dilaksanakan yang bermakna masyarakat negara ini akan menghadapi dua pertambahan kenaikan bebanan kos sara.

Poket rakyat akan menjadi lebih koyak lagi apabila tidak cukup dengan tekanan dari dasar GST dan rasionalisasi subsidi bahkan setelah hampir dua tahun Kerajaan Pusat BN yang dipimpini oleh Najib Razak yang terkenal dengan slogan 1 Malaysia - rakyat di dahulukan, pencapaian diutamakan itu, masih tidak menampakan usaha bersungguh-sungguh lagi realistik untuk meningkatkan pendapatan perkapita rakyatnya melainkan retorik-retorik yang enak didengar dan dibaca di atas kertas semata-mata.

Ekoran kenyataan Idris Jala itu, kemungkinan besar akan mendapat reaksi bantahan keras dari masyarakat umumnya dan rakyat berpendapatan sederhana dan rendah khususnya. Terdapat desas-desus mengatakan bahawa masyarakat dari pelbagai lapisan dan golongan telah bersedia untuk membentuk sebuah gerakan bagi membantah cadangan yang tidak menguntungkan rakyat itu. Bantahan tersebut bakal disalurkan samada melalui saluran rasmi mahupun terpaksa sekali lagi turun berdemontrasi di jalan raya.

Tinjauan rambang mendapati, rata-rata berpendapat kerajaan seharusnya mengutamakan memerangi secara menyeluruh gejala rasuah, ketirisan dan pembaziran kerajaan dalam berbelanja terlebih dahulu bagi menyelamatkan wang negara sekaligus mengelakan negara dari muflis. Bukannya menjadikan rakyat sebagai korban untuk membayar harga kecuaian dan ketamakan mereka.

Namun begitu timbul pula persoalan bolehkan rakyat negara ini mengharapkan kepada sebuah kerajaan yang pemimpin-pemimpinnya yang juga korup untuk membasmi gejala-gejala yang disebutkan tadi? Jesteru itu, tanggungjawab tersebut kembali kepada rakyat Malaysia untuk menukar kerajaan korup yang ada. Selamatkan Malaysia!

Khamis, 27 Mei 2010

Air mata pejuang kiri di ambang merdeka

Hakikat tiada yang indah gemerlapan di dalam sesebuah perjuangan memang benar. Bahkan dalam mana-mana perjuangan, pengorbananlah menjadi intipati utama. Nikmat kejayaan sesebuah perjuangan pula, adakalanya langsung tidak dinikmati oleh para pejuang itu sendiri. Namun kerana maruah diri dan demi menegakan sebuah negara bebas untuk generasi mendatang, perjuangan perlu diteruskan. Biarpun ia menuntut seribu pengorbanan.

Pengiktirafan kepada pejuang, tidak harus bersandar kepada idelogi fahaman politik seseorang pejuang itu sendiri. Apatah lagi anutan ugama atau bangsanya. Juga tidak wajar pengiktirafan hanya disandarkan kepada haluan kiri atau kanannya. Sewajarnya pengiktirafan harus diberikan kepada sesiapa sahaja yang telah telah memainkan peranan demi membebaskan negara dari cengkaman penjajah British.

Antaranya, termasuklah gerakan-gerakan kiri dalam perjuangan kemerdekaan. Malang sekali, apabila British meletakan label pengganas kepada mereka, kita turut sama menuruti penjajah dengan menuturkan gelaran yang sama kepada mereka. Sedangkan pada masa itu kita amat memahami British menamakan pejuang kiri tersebut sebagai pengganas disebabkan sikap tegar enggan berkompromi serta penentangan mereka terhadap British.

Hari ini, dalam dokumen rasmi sejarah negara masih lagi memberitahu generasi hari ini akan keganasan ‘pengganas’ tersebut. Walaupun pengorbanan mereka untuk mencapai kemerdekaan jauh lebih dahsyat berbanding kita, kita masih enggan mengiktiraf mereka juga adalah warga negara yang berjuang untuk merdeka disebabkan fahaman idealogi politik mereka yang tidak sama dengan kita.

Dokumen sejarah adalah sesuatu yang boleh diolah-olah dan disesuaikan mengikut kehendak mana-mana pihak, menggelapkan yang terang dan menerangkan yang gelap. Berbeza dengan erti sejarah itu sendiri, sejarah adalah sesuatu peristiwa lalu yang tidak boleh diubah-ubah.

Walaupun peristiwa yang cuma baru sedetik tadi berlalu, ia tetap telah berlaku dan tidak boleh diundurkan semula sedetik itu. Lantas, peristiwa yang sedetik lalu itu dinamakan sejarah sekaligus tidak boleh diubah lagi. Cuma kita boleh sahaja menulis (mendokumenkan) cerita peristiwa sedetik lalu itu mengikut selera atau kemahuan kita sendiri.

Dalam perjuangan haluan kanan, mereka berkorban apabila terpaksa terbang jauh meninggalkan anak-anak, isteri dan menginap di hotel mewah serta layanan VIP di Kota London demi rundingan mencapai kemerdekaan. Pada masa yang sama di tanah air ini, rata-rata pejuang-pejuang kiri pula, tidak kurang juga berkorban menginap di sel sempit bertirai besi British atau menginap di hutan belukar dan sentiasa pula diburu peluru-peluru raifel British.

Tanggal 31 Ogos 1957, ribuan umat berhimpun meraikan kegembiraan di Stadium Merdeka dengan melaungkan merdeka! merdeka! merdeka! Pesta meraikan kemerdekaan diadakan di merata-rata tempat dengan penuh meriah dan bergermelapan sekali. Alangkah indahnya apabila bumi yang dipijak kembali menjadi milik sendiri.

Pada masa yang sama ketika laungan merdeka! merdeka! merdeka! sedang bergema, di celah-celah hutan belantara, di sudut sel kecil bertirai besi warisan British, susuk-susuk tubuh pejuang kiri tersenggut-senggut, air matanya mengalir, tangannya diangkat tinggi, memanjatkan kesyukurannya. Kegembiraan mereka juga adalah kegembiran yang sama seperti mana kegembiraan kita semua iaitu kerana bebas dari penjajahan. Malahan, mereka lebih memahami erti perjuangan dan menjiwai erti sebuah kemerdekaan berbanding kebanyakan kita semua.

Rabu, 26 Mei 2010

Tabloid nafi tiada permit





Ketua pengarang tabloid politik Kabar hari ini menyangkal kenyataan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menyebut tabloid tersebut diterbitkan tanpa permit penerbitan.

Mat Zahari Ali (kiri) berkata permit bagi akhbar terbitan Damak Media itu diperolehi atas nama nama 'Kabar' bagi tempoh satu tahun bermula 28 Disember 2009.

Oleh itu, beliau menjelaskan bahawa nama tabloid itu bukannya Kabar Era Pakatan seperti yang dilaporkan.

Sebaliknya, Mat Zahari berkata, "Era Pakatan" hanya merupakan motto bagi penerbitan tersebut dan perkara itu telah dimaklumkan kepada KDN melalui sepucuk surat bertarikh 29 April lalu.

"Kami sudah maklumkan kepada KDN bahawa 'Era Pakatan' itu hanyalah motto bagi akhbar kami. Kami tidak pula terima apa-apa surat daripada mereka, mengatakan perkara ini salah.

"Jadi, bagi kami, tidak ada masalah lagi. Tapi kami sangat dukacitalah apabila mereka bertindak merampas akhbar tersebut," katanya lagi ketika dihubungi.

KDN bagaimanapun bertindak merampas sebanyak 6,108 naskah akhbar tersebut, berdasarkan aduan awam dan laporan polis.

Mat Zahari bagaimanapun tidak yakin dengan alasan tersebut dan mendakwa tindakan rampasan itu dibuat atas "arahan pihak atasan."

Sementara itu, dalam kenyataannya hari ini, Mat Zahari berkata rampasan dan penyitaan yang dibuat tanpa sebarang notis itu sebagai "tindakan yang tidak profesional."

"(Ia juga) menimbulkan pelbagai keraguan serta menjejaskan kredibiliti kementerian tersebut.

"Kalau ada laporan polis atau aduan awam, KDN seharusnya datang menyiasat atau mengambil keterangan dari Kabar," katanya lagi.

"Sekiranya KDN tidak berpuas hati atau menyarankan supaya diubah saiz atau mana-mana yang tidak (memenuhi) kehendak KDN maka kementerian tersebut sepatutnya menghubungi pihak Kabar bagi memaklumkannya atau memberi surat peringatan atau amaran," katanya lagi.

Menyentuh soal motto Kabar, Mat Zahari berkata, KDN sepatutnya menyedari permit akhbar itu diperoleh untuk akhbar bernama Kabar, bukan 'Kabar Era Pakatan' yang sememangnya tidak dikeluarkan oleh kementerian itu.

"Lagipun motto sesebuah akhbar boleh dinamakan apa sahaja atau ditukar dengan apa nama sekalipun pada bila-bila masa kerana ia tidak terikat dengan penerbitan permit," katanya lagi.

* Dipetik dari Malaysia Kini


Selasa, 25 Mei 2010

KDN: Antara lesen judi dan permit akhbar

Setelah beberapa hari menunggu keluaran terbaru akhbar Kabar Era Pakatan (KEP), akhirnya pagi ini terjawablah persoalan mengapa KEP tidak kunjung tiba di pasaran. Rupa-rupanya akhbar ini telah ditahan penerbitannya dan sejumlah lebih 6 ribu naskah telah dirampas oleh pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN). Setelah meneliti kolum kecil di sebuah akhbar pagi ini, saya mula meneka-neka kemungkinankah tindakan KDN tersebut ada bersangkut paut dengan pertukaran nama akhbar ini?

Petang ini apabila membaca keluaran terbaru Suara Keadilan, terjawablah persoalan tadi. Tekaan saya sedikit mengena. Tetapi pada keseluruhan seperti mana yang dinyatakan oleh Saudara Mat Zahari Ali, alasan yang diberikan oleh KDN tersebut memang kabur walaupun pihak penerbit telah memenuhi syarat yang ditetapkan. Cuma yang jelas (tidak kabur) dalam negara ini, memohon lesen perjudian untuk kroni dan tahi judi daripada KDN lebih mudah dari memohon permit penerbitan akhbar untuk maklumat kepada rakyat!

Sabtu, 22 Mei 2010

Seksyen 29(4) Akta SPRM: Kickdefella wajar di dakwa

Setelah empat bulan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abu Kassim Mohammed mengambil alih jawatan nombor satu dalam badan suruhanjaya tersebut, SPRM masih tidak menampakan berjaya keluar dari cengkaman pengaruh kepentingan politik Umno-BN dengan melakukan sebarang perubahan drastik terhadap suruhanjaya tersebut. Tindakan-tindakan SPRM hingga ke hari ini masih berterusan menampakan tindakan yang double standard.

Terbaru, penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau lebih dikenali dengan nama Kickdefella telah membuat beberapa kenyataan terbuka kepada media mengenai laporan dan kenyataan beliau kepada SPRM berhubung peruntukan sebanyak RM4 juta untuk operasi gerak saraf bagi memburukan pentadbiran kerajaan pusat ketika era Tun Abdullah Ahmad Badawi masih memerintah.

Walaupun hakikatnya BN sendiri telah turut membazirkan berbilion ringgit dana kerajaan dari hasil cukai yang dikutip daripada rakyat untuk membiayai kos perang saraf terhadap Pakatan Rakyat (PR) termasuklah mengupah askar upahan agen Yahudi-APCO, namun perbuatan BN ini dihalalkan pula oleh SPRM.

Sedangkan tuduhan yang dibuat oleh Kickdefella pula tidak menunjukan kepada sebarang penyalahangunaan dana Kerajaan Negeri Kelantan tetapi sebaliknya lebih merupakan sumbangan dari individu atau pun dana parti. Tuduhan Kickdefella yang masih diragui kebenarannya itu juga dipercayai didalangi oleh Umno-BN dengan motif yang mudah dibaca.

Kenyataan berterusan beliau kepada media yang sepatutnya membolehkan beliau didakwa di bawah Seksyen 29(4) Akta SPRM kerana mendedahkan laporan atau butiran kenyataan beliau kepada SPRM kepada umum tidak menampakan sebarang tanda beliau akan didakwa.

Tindakan memilih bulu SPRM ini sekaligus membuktikan pengumuman SPRM beberapa bulan lalu untuk mengambil tindakan tegas dengan mendakwa sesiapa yang membocorkan rahsia laporan kepada umum hanyalah terpakai terhadap laporan rasuah yang berlaku di kalangan pemimpin-pemimpin Umno dan BN sahaja.

Tindakan tidak mendakwa Kickdefella di bawah seksyen tersebut hanya menyebabkan masyarakat membuat andaian beliau memperolehi imuniti dari sebarang dakwaan kerana isu tersebut memberi kredit kepada Umno dan BN. Selain itu, tindakan tidak mendakwa Kickdefella juga menyebabkan imej SPRM di mata rakyat semakin merudum. Dalam isu ini, Abu Kassim terpaksa menelan kata-kata beliau sendiri yang kononnya akan mengambil tindakan tegas kepada sesiapa yang melanggar akta ini.

Malahan sebelum ini, tiada sebarang langkah-langkah konkrit yang dilakukan oleh SPRM bagi memulihkan imej negara setelah kedudukan negara dalam Laporan Indeks Persepsi Rasuah saban tahun semakin menjunam dari tangga ke 47 pada tahun 2008, ke tangga 56 pada tahun 2009.

Terdahulu, dalam satu program bual bicara terbitan sebuah stesen televisyen swasta tempatan pada awal tahun ini, Abu Kassim Mohammed ada menegaskan akan kepentingan elemen kerahsian dan surprise (kejutan) dalam sesuatu siasatan SPRM. Beliau turut membidas sesetengah pihak yang tidak dinamakan apabila mengadakan sidang media setelah membuat laporan rasuah kepada SPRM sepertimana yang dilakukan oleh Kickdefella.

Rentetan dari temubual tersebut akhirnya membawa kepada pengumuman oleh SPRM, bahawa SPRM akan mengambil tindakan undang-undang di bawah Seksyen 29(4) Akta SPRM kepada sesiapa mahupun pengadu sendiri yang membocorkan aduan mereka kepada media dan seterusnya masyarakat umum.

Namun ketegasan SPRM tersebut hanya mengundang kesangsian masyarakat umum apabila pada 21 Januari lalu, Timbalan Pesuruhjaya SPRM, Datuk Shukri Abdull sendiri turut bertindak tidak senada dengan amaran ketuanya apabila membuat kenyataan akhbar tentang penahanan 34 individu untuk siasatan kes rasuah wang dan seks berhubungan kesalahan mencuri dan seludup pasir di lima negeri. Tambah mencurigakan dari seramai 34 individu tersebut, hanya individu yang mempunyai kaitan dengan kerajaan negeri yang diperintah oleh PR sahaja yang didedahkan manakala yang lainnya dirahsiakan.

SPRM harus lebih peka dan bertindak adil dengan mendakwa Kickdefella yang begitu jelas melanggar Seksyen 29(4) Akta SPRM ini. Sekurang-kurangnya dengan pendakwaan terhadap Kickdefella ini sedikit sebanyak mampu memulihkan sedikit imej SPRM dari berterusan dilabel sebagai budak suruhan Umno-BN di mata rakyat dalam memerangi rasuah yang semakin membarah di negara ini.

Selasa, 18 Mei 2010

Hendak ke Masjid? Baca ini dahulu…

Saya sebagai penduduk Negeri Selangor merasa bertanggung jawab untuk mengingatkan kepada sesiapa yang ingin bersolat di surau-surau atau masjid-masjid di negeri ini, baik yang menetap di negeri ini mahupun pengunjung dari negei lain agar menjaga tata tertib apabila melangkah masuk ke dalam surau atau masjid di dalam negeri ini.

Anda diwajibkan untuk menjauhi dari menuturkan kata-kata atau melakukan perbuatan seperti berikut ketika di dalam surau atau pun masjid di negeri ini:

1 - Dilarang berkata memberi dan menerima rasuah itu berdosa.

2 - Dilarang berkata memilih pemimpin yang telah diketahui rasuah itu berdosa

3 - Dilarang berkata meluluskan lesen pertaruhan bola sepak piala dunia adalah tindakan bertentangan dengan ajaran Islam.

4 - Dilarang berkata perbuatan memfitnah termasuk fitnah liwat itu berdosa besar.

5 - Dilarang berkata mengaibkan maruah orang lain walaupun pihak musuh adalah berdosa.

6 - Dilarang berkata perbuatan mengungkit kembali kisah silam orang-orang yang telah insaf dengan bertujuan untuk mengaibkan dan menjatuhkan seseorang juga berdosa.

7 - Dilarang berkata perbuatan menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan peribadi atau kumpulan tertentu adalah berdosa.

8 - Dilarang berkata perbuatan menyalahgunakan harta milik rakyat untuk kepentingan sesebuah kumpulan tertentu apatah lagi untuk tujuan peribadi adalah berdosa

9 - Dilarang berkata perbuatan membunuh dan melindungi pembunuh adalah berdosa.

10 - Dilarang berkata menjalin hubungan sulit tanpa nikah

11 - Dilarang berkata menyekat hak terhadap yang berhak adalah berdosa.

12 - Dilarang berkata bermewah-mewah dengan gaji buta melalui keringat rakyat marhaen adalah berdosa.

13 - Jika anda sendiri adalah seorang ahli politik, perbuatan bergaul dan bersalaman dengan jemaah lain ketika di dalam Masjid khususnya di Negeri Selangor boleh ditakrifkan sebagai perbuatan menggunakan Masjid untuk mempromosikan diri sendiri untuk meraih sokongan politik (menggunakan Masjid untuk politik).

Jika ada di antara anda yang pernah mengungkapkan kata-kata atau melakukan perkata di seperti di atas di dalam surau dan masjid di negeri Selangor maka anda dianggap telah mencemarkan kemuliaan rumah ibadat ugama Islam kerana berpolitik di dalamnya.

Barang siapa yang engkar, diingatkan anda tidak dialu-alukan untuk mengunjungi negeri ini lagi. Manakala kepada rakyat negeri lain yang bermastautin di negeri ini hendaklah segera pulang ke kampung asal di negeri masing-masing. Kepada anak-anak watan kelahiran Selangor pula, berhijrahlah ke negeri-negeri lain yang dibenarkan untuk berkata-kata atau melakukan perkara-perkara di atas di dalam Surau dan Masjidnya.


Isnin, 10 Mei 2010

Mohamed Aziz samakan Melayu dan Utusan, tindakan biadap

Ucapan Ahli Parlimen Sri Gading, YB Mohamed Aziz dari BN ketika membahaskan usul menjunjung titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat baru-baru ini hanya membuatkan saya termenung panjang. Ucapan tersebut yang benar-benar ‘tulus’ hanyalah menampakan kedangkalan beliau berhujah dan memandang rendah mentaliti masyarakat Melayu di negara ini.

Umumnya masyarakat Melayu khususnya bagi generasi baru negara ini, bukan sahaja tidak menerima sama sekali perbuatan menyamakan Utusan Malaysia adalah Melayu dan Melayu adalah Utusan Malaysia, bahkan rasa terhina dengan ucapan YB tersebut. Lebih-lebih lagi akhbar Utusan Malaysia bukanlah sahaja melaporkan propaganda, putar belit politik perkauman sempit Umno dan BN, malah turut menyiarkan gambar-gambar separuh bogel dan tidak ketinggalan keputusan ‘judi halal 1 Malaysia’ iaitu keputusan nombor ekor.

Dalam ucapan YB Mohamed Aziz, akhbar yang ditubuhkan pada 1939 itu telah memainkan peranan amat penting iaitu bertindak sebagai suara orang Melayu dalam proses menuntut kemerdekaan selain menjadi organ perubahan kaum itu. Beliau juga menyifatkan tindakan orang Melayu membakar Utusan Malaysia baru-baru ini sebagai perbuatan paling biadab terhadap bangsanya sendiri.

Kenyataan tersebut amat jelas datang dari seorang YB yang buta sejarah atau memang sengaja membelakangkan sejarah. Hakikatnya, Utusan Malaysia yang ada pada hari ini bukanlah akhbar yang sama ketika di zaman ketua pengarangnya Yusoff Ishak, Said Zahari, A. Samad Ismail dan lainnya ketika sebelum campur tangan Tunku Abd Rahman di dalam Utusan Melayu.

Sejarah telah tersimpul, suara orang-orang Melayu melalui akhbar tersebut mulai berubah apabila berlakunya campur tangan Umno dan Kerajaan Perikatan yang diketuai Tunku Abd Rahman hingga membawa kepada peristiwa mogok Utusan Melayu pada tahun 1961. Akibat mempertahankan kebebasan akhbar dari campur tangan kuasa politik, ketua pengarang ketika itu Said Zahari akhirnya terbuang ke Singapura.

Kemudian pada tahun 1963 beliau ditahan di bawah Akta ISA selama 17 tahun. Said Zahari bukanlah satu-satunya individu yang ditahan kerana mempertahankan kebebasan media. A. Samad Ismail turut menjadi mangsa kerakusan Akta ISA dalam memperjuangkan kebebasan akhbar. Kesan campur tangan kerajaan yang mengakibatkan pencabulan kebebasan media tersebut telah mengubah akhbar tersebut tidak lagi menjadi suara rakyat dan Melayu khususnya tetapi telah menjadi lidah rasmi kepada Umno.

Keadaan menjadi bertambah buruk apabila Umno mula memiliki saham terbesar akhbar itu menjadikan akhbar tersebut secara sahih menjadi lidah rasmi Umno-BN. Kritikan-kritikan lantang Utusan terhadap pemerintah sebelum dicabuli campur tangan Umno dan Perikatan akhirnya menjadi semakin lunak dan memanjakan pemerintah.

Lebih-lebih lagi apabila setiap kali pemerintah berada di dalam situasi getir. Seperti mana selepas Pilihan Raya Umum ke 12 yang lalu contohnya, akhbar tersebut menjadi agen Umno dan BN untuk memulihkan imej dengan sentiasa menyiarkan berita-berita yang sedap didengar bagi Umno dan BN dan konsisten menyerang Pakatan Rakyat (PR) sekali gus membelakangkan kebenaran.

Berita-berita yang dilaporkan oleh akhbar tersebut tidak lagi bebas selepas berlakunya Mogok Utusan dan kemudiannya pemilikan saham Utusan Malaysia oleh Umno. Malahan banyak laporan berita yang sengaja ditulis untuk memutar belitkan atau memanipulasi fikiran rakyat bagi memberikan gambaran yang bersih lagi suci adalah Umno dan yang jelek lagi kotor adalah parti-parti pembakang semata-mata. Lalu, tindak balas dengan membakar Utusan Malaysia yang telah berlaku adalah manesfestasi kepada protes terhadap Utusan Malaysia yang ada hari ini.

Maka tidak hairanlah generasi baru kini beralih kepada akhbar-akhbar kiri yang lebih keras kritikannya dan bukannya akhbar-akhbar atau media arus perdana lain yang mendodoikan kerajaan. Malah kerajaan sama sekali tidak boleh menyalahkan generasi ini apabila mereka lebih mudah mempercayai berita-berita yang tersebar di internet berbanding lidah rasmi mereka itu.

Kenyataan Mohamed Aziz yang menghina Melayu dengan meletakan orang-orang Melayu setaraf dengan Utusan Malaysia jelas menunjukan ianya bukanlah berpaksi kepada sejarah perjuangan pejuang-pejuang Melayu terdahulu dan jauh sekali berpaksikan kemurnian sosial negara berbilang kaum.

Kenyataan beliau tersebut tidaklah lain dari hanya kenyataan yang bersifat perniagaan untung dan rugi akhbar tersebut dan juga Umno. Bahkan, isu berkaitan Utusan Malaysia tidak layak diperdebatkan di dalam Persidangan Dewan Rakyat yang mulia tersebut memandangkan ia hanya melibatkan tidak lebih dari kepentingan Umno dan untung rugi perniagaannya dan bukan kepentingan mana-mana bangsa mahupun kepentingan agenda negara.

Jesteru itu, tidak sukar untuk difahami ucapan YB dari Umno tersebut yang meluahkan perasaan marah terhadap tindakan orang-orang Melayu sendiri yang membakar Utusan Malaysia. Ucapan beliau tentunya berdasarkan tidak bersedia melihat akhbar yang majoriti sahamnya dimiliki oleh partinya tersungkur sekaligus merugikan Umno sendiri sebagai pemegang sahamnya.

Sabtu, 1 Mei 2010

Sarapan Pagi Seorang Menteri

Di bawah ini adalah dari catatan seorang hamba Allah semasa beliau mengunjungi Negeri Kelantan baru-baru ini yang aku kutip dari kiriman ke e-mail aku...

Sewaktu kami sekeluarga berkunjung ke Kota Bharu Kelantan pada cuti sekolah bulan lepas, kami sekeluarga sarapan pagi di gerai berhampiran hotel penginapan.. Kami sekeluarga terkejut dan rasa terharu bila kami dapati MB Kelantan tengah sarapan pagi di gerai tersebut berseorangan tanpa pengawal peribadi dan pegawai kerajaan Kelantan..

Malah beliau terlebih dahulu menegur dan menberi salam kepada kami sekeluarga serta mengajak kami sekeluarga makan bersama-sama di meja beliau sambil berborak menanyakan dari mana, bagaimana perasaan kami bila berada di Kelantan dan banyak lagi.. Ketika berborak, beliau tiada sedikit pun menyentuh soal politik atau cerita perkembangan terkini di Negeri kami (Negeri 9). Malah beliau berterima kasih kepada kami kerana sudi datang dan lihat sendiri keadaan di Kelantan daripada membaca di akhbar atau melihat di TV.. Malah kami sekeluarga rasa lebih terharu bila beliau membayar harga makanan dan minumnan kami sekeluarga pada pagi itu..

* MB Negeri saya sendiri pun susah nak jumpa.. kecuali di majlis rasmi yang ada publisiti sahaja..


[tgna008.jpg]

Khamis, 29 April 2010

Demokrasi ala 1 Malaysia

Walaupun untuk mengukur sokongan rakyat terhadap parti-parti politik secara tepat adalah melalui proses pilihan raya, namun di negara ini, pilihan raya bukanlah kayu pengukur yang mutlak. Bagi kebanyakan pemerhati politik, data-data keputusan pilihan raya di Malaysia hanyalah menggambarkan mungkin hanya separuh sahaja dari realiti sebenar.

Pendapat ini disokong dengan tiadanya ketelusan demokrasi dalam proses pilihan raya itu sendiri dan juga perkembangan-perkembangan politik semasa dalam negara. Dalam proses pilihan raya contohnya, umum mengetahui bagaimana undi pos yang dimanipulasikan oleh Umno-BN. Manakala masalah pengundi hantu pula, sehingga kini masih membelenggu daftar pemilih pilihan raya, tidak diselesaikan sepenuhnya. Persempadanan semula juga turut memainkan peranan untuk memberi kelebihan kepada Umno-BN.

Perkara-perkara yang merencatkan proses demokrasi ini berlaku apabila pihak-pihak berkenaan sanggup membiarkan diri mereka menjadi kuda tunggangan Umno-BN. Selain Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengendalikan pilihan raya di negara ini yang dilihat condong kepada Umno-BN, badan-badan lain yang sepatutnya bebas turut menerima nasib yang sama.

Selain SPR, agensi lain yang kredibilitinya turut terjejas teruk ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), malah sistem keadilan negara turut menjadi cacar-marba akibat tindakan rakus Umno-BN demi untuk meneruskan survival kuasa politik yang ada. Contoh paling mudah ialah krisis perlembagaan di Perak. Itu belum dikira lagi badan-badan kerajaan dan swasta lain yang dipergunakan sewenang-wenangnya bagi memulihkan imej mereka.

Antara yang paling terserlah ialah media-media kawalan Umno-BN yang di ketahui umum sentiasa mencari ruang untuk memanipulasikan keadaan sebenar. Lebih teruk lagi apabila agensi yang berperanan dalam institusi keilmuan samada peringkat sekolah mahupun IPTA turut diperalatkan dengan memasukan elemen-elemen politik sempit Umno-BN yang tersembunyi serta banyak lagi.

Dalam cubaan untuk meneruskan survival kuasa yang ada, kebelakangan ini pihak Umno – BN semakin rakus menggunakan segala jentera kerajaan yang ada. Tindakan-tindakan yang jelas menampakkan tindakan terdesak itu yang akhirnya telah banyak merosakan kredibiliti dan intergriti agensi-agensi tersebut.

PDRM contohnya, tumpuan untuk mengurangkan kadar jenayah bukan lagi menjadi tumpuan utama apabila kini PDRM lebih sibuk ‘menguruskan’ pemimpin-pemimpin PR berbanding meningkatkan tahap keselamatan kehidupan masyarakat. Dalam isu berkenaan, Ketua Umum PR, Anwar Ibrahim mendakwa wujudnya usaha terancang untuk menekan kepimpinan PR.

“Saya bantah tindakan mereka untuk ganggu proses demokrasi. Polis kena kekalkan profesionalisme. Jangan habiskan masa menyoal siasat pemimpin PR. Tumpu pada meningkatkan tahap keselamatan,” kata beliau dalam satu sidang akhbar setelah pihak polis mengambil keterangannya berhubung isu ceramah dan isu-isu lain. Sebelumnya 15 Ahli Parlimen dan ADUN PR turut diambil keterangan mereka berhubung isu sama. Malahan ada juga laporan polis yang dibuat terhadap mereka ini datangnya dari pegawai-pegawai polis sendiri dari arahan pihak-pihak tertentu.

Selain itu, beberapa hari sebelumnya, di Dewan Sultan Sulaiman, Kampung Baru telah terjadi kekecohan apabila pihak Unit Simpanan Persekutan (FRU) PDRM telah merempuh masuk semasa acara sambutan ulang tahun ke dua pemerintahan kerajaan PR Selangor hingga menyebabkan kecederaan yang serius terhadap beberapa penyokong PR akibat dipukul dengan belantan dan perisai. Tindakan-tindakan ini menunjukan betapa Umno-BN semakin terdesak menggunakan agensi kerajaan untuk menghalang maklumat-maklumat penting disampaikan kepada masyarakat.

Manakala bagi SPRM pula, tindakan-tindakan menyoal siasat pemimpin-pemimpin PR tanpa asas yang kukuh juga telah menyebabkan kredibiliti suruhan jaya tersebut berada di takuk yang memalukan. Tindakan mereka ini dengan sendirinya membuatkan masyarakat percaya siasatan yang dibuat hanyalah mengikut telunjuk pihak Umno-BN dan semata-mata untuk memalukan PR.

Akhirnya, keadaan yang sedang berlaku ini menyumbang kepada kemerosotan amalan demokrasi di negara ini. Demokrasi seharusnya bukanlah sekadar mengadakan pilihan raya, malah menuntut lebih dari itu. Dalam jangka masa lima tahun daripada mulanya penggal baru pemerintahan selepas pilihan raya diadakan hinggalah ke penghujungnya, penipuan terhadap rakyat yang banyak dihidangkan, tindakan menyekat hak kebebasan bersuara, memperkudakan badan-badan terbabit, perbuatan menyogok, tindakan double standard tentu mampu menganggu pertimbangan waras rakyat dan sedikit sebanyak mempengaruhi lambang yang bakal dipangkah oleh pengundi nanti. Apa pun nanti, akhirnya ia bergantung kepada kebijaksanaan pengundi sendiri untuk mencorakan masa depan negara ini.

Kerana fakta-fakta seperti itulah, kebanyakan pemerhati politik berpendapat pilihan raya di Malaysia ini belum tentu boleh dijadikan kayu pengukur yang tepat untuk menilai sokongan rakyat sebenar kepada parti-parti politik di Malaysia. Selagi pihak-pihak yang kononnya bebas dari tangan-tangan kuasa politik ini tidak memberikan layanan yang sama rata dan adil kepada parti-parti politik baik parti pemerintah mahupun PR, selagi itulah keputusan pilihan raya tidak dapat dijadikan kayu pengukur yang tepat untuk mengetahui sokongan rakyat.

Tidak kurang juga yang berpendapat, kekuatan sebenar Umno-BN ketika ini sebenarnya hampir-hampir punah keseluruhan atau ‘totally lost.’ Cuma yang ada pada Umno dan BN untuk survive kini hanyalah disebabkan adanya talian hayat dari badan-badan yang diperkudakan ini untuk menyambung hayatnya.

Ahad, 4 April 2010

Suatu masa dahulu... Surat Mahathir kepada Tunku Abdul Rahman

Antara beberapa petikan surat terbuka Dr Mahathir kepada Tunku Abdul Rahman bertarikh 17 Jun 1969. Antara lain, surat ini mengkritik keras pemerintahan Tunku Abdul Rahman yang dikatakan gemar ‘bergembira dengan orang-orang Cina’ ketika rakyat sedang tertekan berikutan suasana negara yang berada di dalam keadaan huru-hara.


Beliau juga memberi peringatkan kepada Tunku Abdul Rahman bahawa ‘kita serupa,’ tiada siapa antara kita yang lebih Melayunya. Dr Mahathir berdarah campuran Pakistani dan Tunku dikatakan berdarah campuran Siam. Jesteru itu, Dr Mahathir memberi ingatan kepada Tunku, jangan cuba timbulkan isu siapa yang lebih Melayu di antara mereka.


Perenggan 7

‘Mereka kata Tunku chuma ingin di-kenalkan sebagai ‘The Happy Prime Minister’ walaupun ra’ayat menderita. Mereka tahu bahawa dalam keadaan dharurat pun Tunku ashek……………..dengan kawan2 China Tunku. Budak2 polis mencherita yang Tunku menggunakan kenderaan dan eskot Polis untuk………’


Perenggan 8

‘Sa-balek-nya pula orang2 China tidak ada sedikit pun hormat kepada Tunku. Mereka berkata Tunku ‘naïve’ dan tidak ada kaliber. Ada lagi yang mereka kata yang ta’ dapat patek sebutkan. Kata2 itu datang dari semua golongan orang China, dari intelek sa-hingga China becha.’


Perenggan 13

Patek di-beri tahu ia-itu Tunku berkata patek Pakistani. Patek tidak percaya kata2 orang kerana patek tahu Y.T.M Tunku tidak akan berkata begitu. Patek-lah yang selalu mempertahankan Tunku apabila orang2 PAS kata Tunku anak Siam yang ta’ berhak memimpin orang Melayu. Jadi Tunku juga akan mempertahankan patek walau pun maseh ada dua sudu darah Pakistani dalam tuboh badan patek.


Sabtu, 13 Mac 2010

Rasuah, ISA, AUKU: Apa Anwar Buat Ketika Dalam Kabinet?

Artikel Retro

Setelah 12 tahun Anwar Ibrahim dipecat dari semua jawatan dari kerajaan dan Umno, pada 2009 lalu beliau bergiat semula dalam sepak terajang politik negara ini. 

Jikalau dahulu, semasa di dalam kerajaan beliau menjalankan dasar-dasar kerajaan, berbeza dengan sekarang, beliau ialah ketua pakatan pembangkang yang disegani. 

Kelantangan beliau mengkritik dasar-dasar kerajaan hari ini, khususnya terhadap rasuah, ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) dan AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti) kadang kala menimbulkan persoalan, apa yang beliau lakukan semasa beliau berada di dalam kabinet?



Apabila berbicara mengenai hal ini, perkara yang sering tidak lepas dari persoalan ialah adakah Anwar memang benar-benar menentang rasuah yang semakin membarah dalam kerajaan, akta-akta yang menindas kebebasan bersuara - ISA, AUKU dan lain-lain akta yang seumpamanya. 

Tindakan Anwar ketika di dalam kabinet


Peroalan mengapa beliau tidak melakukannya semasa beliau berada di dalam kerajaan dahulu pasti dipersoalkan dan tentunya lebih kerap dimainkan oleh pemimpin-pemimpin BN dan kolumnis media-media kawalan kerajaan. 

Bukankah ketika itu adalah kesempatan terbaik untuk beliau memansuhkan akta-akta drakonian tersebut dan mengheret jerung-jerung yang menerima rasuah ke muka pengadilan?


Timbalan PM era Mahathir paling mencabar

Umum mengetahui, menjadi seorang Timbalan Perdana Menteri kepada Mahathir Mohamad tidaklah semudah menjadi Timbalan Perdana Menteri kepada Abdullah Badaw, Najib Razaki dan tiga PM sebelumnya. 

Bagi Abdullah Badawi memadai dengan hanya seorang timbalan berbanding Mahathir yang mempunyai sehingga empat orang Timbalan Perdana Menteri.


Malah kuasa pemutus keputusan penting oleh para menteri yang ada dari dahulu hinggalah hari ini juga tidaklah mutlak walaupun dalam bidang kuasa kementerian masing-masing. 

Contohnya, Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Pelajaran tentunya tidak akan menarik semula perlaksanaan PPSMI jika tidak dipersetujui oleh Najib. 

Begitu juga dengan Hishamuddin sebagai Menteri Dalam Negeri, tentunya tidak akan berani, walaupun sekadar menyebut pindaan ISA akan dikaji jika tiada lampu hijau dari Najib atau mungkin juga diilhamkan sendiri oleh Najib.

Sama juga dengan isu kenaikan harga gula, beras, petrol dan lain-lain. Walaupun menurut mereka, pada dasarnya, setiap keputusan yang dibuat telah dibincangkan dalam mesyuarat kabinet, namun kuasa veto Perdana Menteri adalah pemutus utama tidak dapat dinafikan. Akhirnya, telunjuk 1 Malaysia itulah juga akan dijadikan kiblat.

Apatah lagi menjadi Timbalan kepada Mahathir, tentunya memerlukan seseorang yang sehaluan dengannya, seseorang yang mampu menari seirama dengan tariannya, tidak kira samada tindakan itu menguntungkan rakyat atau menguntungkan kroni. 

Apa yang penting, harus bersedia mengungkapkan kata-kata ‘yes boss’. Perilaku seperti ini tentunya bertentangan dengan jiwa Anwar Ibrahim sendiri hinggalah mengundang pertengkaran demi pertengkaran antara kedua mereka.

Kejadian pertengkaran antara mereka ini diakui sendiri oleh mereka yang rapat dengan Anwar Ibrahim seperti Azmin Ali, Ezam Nor malah Mahathir sendiri turut pernah mengakuinya. 

Pernah dalam beberapa ceramah politik oleh Ezam Nor dan Azmin Ali sekitar tahun 1999, mereka menceritakan bagaimana pada suatu hari, Anwar Ibrahim keluar dari bilik PM dengan muka yang merah padam setelah bertengkar dengan Mahathir berkenaan isu penyelewengan yang dilakukan oleh Menteri Kabinet dan VIP Umno yang lainnya.

Sikap Mahathir yang melindungi perlakuan menyeleweng ini sama sekali tidak dapat diterima oleh Anwar. 

Selain itu, keutamaan dasar Mahathir untuk menyelamatkan syarikat-syarikat kroni dengan menelan belanja berbillion ringgit akibat kemelesetan ekonomi ketika itu tidak dipersetujui oleh Anwar yang ketika itu Menteri Kewangan telah memburukan lagi hubungan mereka.

Pada tahun 1997, ketika Mahathir bercuti 3 bulan di luar negara, Anwar Ibrahim yang ketika itu memangku jawatan Perdana Menteri telah mengambil kesempatan itu dengan mengubal Akta Pencegah Rasuah 1997. Tindakan Anwar itu telah menambahkan kecurigaan Mahathir terhadap beliau. 

Mahathir mula merasakan Anwar sebagai seseorang yang tidak boleh diharapkan untuk menjaga kepentingannya dan kroni-kroninya apabila beliau bersara kelak. 

Ditambah pula, hasutan-hasutan dari mereka yang turut merasakan diri mereka bakal terancam dengan dakwaan rasuah apabila Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri nanti.

Ketika itu, pendirian Mahathir yang terlalu obses terhadap ISA dan AUKU memanglah amat jelas dan diketahui umum. Apatah lagi, AUKU adalah akta dari air tangan beliau sendiri. 

Beliau yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri ketika itu tidak akan teragak-agak menggunakannya ke atas penentang-penentang beliau.

Sekiranya ketika itu Anwar mula menunjukan pendirian kerasnya dan bertindak agresif untuk menghapuskan kedua-dua akta ini, tentunya awal-awal lagi Anwar akan tersingkir dari persaingan politik untuk menuju puncak dan seterusnya menjadikan misinya gagal tidak sampai pun separuh jalan. 

Malah, nescaya tidak akan sampai ke jawatan nombor dua kerajaan yang berjaya disandangnya ketika itu.

Untuk menghapuskan kedua-dua akta ini dan memerangi rasuah secara total, Anwar perlu berada di puncak terlebih dahulu.

Jika difahami falsafah politik beliau, “untuk mengubah sesuatu, kita harus berada pada sesuatu kedudukan yang tinggi,” maka jelaslah, semasa beliau di dalam kerajaan lagi beliau telah mula melaksanakan misinya untuk melakukan perubahan terhadap sistem-sistem yang beliau tentang termasuklah ISA, AUKU dan amalan rasuah yang semakin berleluasa. 

Cuma kerana demi melindungi misinya pada masa itu, tidaklah beliau tunjukan secara agresif walaupun telah dapat dihidu oleh pemimpin kerajaan yang korup. 

Untuk mencapai matlamat itu, perkara pertama yang perlu beliau lakukan ialah menakluk puncak tertinggi dalam pemerintahan negara ini.

* Artikel retro ini telah diterbitkan di BC pada 13 Mac 2010. Selain itu ia juga pernah diterbitkan di akhbar Konsep Era Pakatan. 

Khamis, 11 Mac 2010

Makluman Media

Pihak polis akan merekod kenyataan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, pada jam 11 pagi esok berhubung ceramahnya di seluruh negara. Butiran adalah seperti berikut:

Tarikh: 11 Mac 2010 (Khamis)
Masa: 11 pagi
Tempat: Aras 3, Ibu Pejabat KEADILAN, Merchant Square, Tropicana

Kami menjemput pihak tuan ke Ibu Pejabat KEADILAN untuk mendapatkan respon dari Dato' Seri Anwar Ibrahim sendiri berkenaan tindakan terbaru pihak polis demi menghalang beliau dari mempertahankan dirinya yang difitnah kali kedua. Jurukamera/jurufoto pihak tuan juga berpeluang merakamkan prosiding soal siasat tersebut.

Kehadiran pihak tuan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.


BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

Tel: +603 7885 0530
Fax: +603 7885 0531

Selasa, 9 Mac 2010

PRESTASI KERAJAAN NEGERI-NEGERI PAKATAN RAKYAT SEPANJANG DUA TAHUN

Pakatan Rakyat secara tuntas memperlihatkan kerjasama dan muafakat utuh demi memasti serta menjamin kemaslahatan rakyat. Pakatan Rakyat akan sentiasa menjunjung prinsip-prinsip Perlembagaan yang menjamin hak orang Melayu, agama Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan istimewa Raja-Raja Melayu dan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

Pakatan Rakyat akan terus memastikan dasar-dasar yang dilaksanakan didasari prinsip ketelusan dan pertanggungjawaban. Berdepan dengan masalah perkauman yang meruncing, rakyat di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat menunjukkan perpaduan kaum yang semakin jitu dan utuh. Negeri-negeri Pakatan menunjukkan prestasi ekonomi yang memberangsangkan jika dibandingkan dengan negeri yang ditadbir Umno-Barisan Nasional.


SELANGOR

Negeri Selangor mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM6.76 billion pada tahun 2009 dan mencipta sebanyak 20,753 peluang pekerjaan. Dari jumlah pelaburan tersebut, RM2.752 bilion (40.8%) merupakan pelaburan tempatan. Manakala Projek Industri yang diluluskan di Selangor berjumlah 278, ianya merupakan yang tertingi dicatatkan di negara ini.

Kerajaan Negeri Selangor juga mensasarkan enam hingga tujuh peratus pertumbuhan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini daripada penguncupan sebanyak 3.87 peratus tahun lepas.

Selangor juga mencatatkan penurunan indeks jenayah sebanyak 5.3 peratus iaitu sebanyak 54,339 kes sepanjang tahun 2009 berbanding 57,704 kes pada tahun sebelumnya.

Kerajaan Negeri juga memperuntukkan kira-kira RM6 juta kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) di negeri ini bagi menjalankan aktiviti pendidikan dan pembelajaran berteraskan Islam sepanjang 2010. Peruntukan ini diberikan kepada SAR yang tidak pernah mendapat sebarang peruntukan kewangan dan peralatan pembelajaran dari Kerajaan Negeri mahupun sumbangan individu.


PULAU PINANG

Pulau Pinang meluluskan sebanyak 104 projek industri (ketiga tertingi). Dasar CAT (daya saing, pertanggungjawaban dan ketelusan) menjadi pemangkin kepada kejayaan Pulau Pinang untuk merekodkan lebihan belanjawan (surplus) sebanyak RM88 juta berbanding jangkaan defisit sebanyak RM35 juta (belanjawan 2008)

Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga mewujudkan 200 ekar hub pendidikan untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai pusat pendidikan terunggul. Pengiktirafan serta bantuan kewangan (pemberian tunai) kepada pelajar terbaik SPM dan STPM serta para huffaz.

Bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat berjumlah RM97 ribu per sekolah, RM60 ribu kepada setiap sekolah Cina dan RM63 ribu kepada setiap sekolah Tamil. Jumlah keseluruhan ialah RM11.3 juta.


KEDAH

Pelaburan adalah penyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri. Di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Kedah telah mencatatkan pelaburan keseluruhan lebih RM839 juta bagi tempoh Januari hingga September 2009, dengan nilai pelaburan tempatan sebanyak RM279.4 juta dan pelaburan asing sebanyak RM559.8 juta.

Kini dengan keluasan 1,000 hektar kerajaan mendapat hasil RM16.7 juta, tidak termasuk cukai per tan metrik bila balak dikeluarkan dari hutan. Sedangkan di bawah pentadbiran Umno-BN, dengan keluasan yang sama, hanya mampu mengutip RM3 hinggga RM4 juta sahaja termasuk cukai kayu pertan metrik. Kejayaan ini merupakan hasil dari pelaksanaan dasar yang telus serta tidak berkompromi dengan rasuah.


KELANTAN

Semenjak 20 tahun lepas Kerajaan Kelantan secara berterusan dianaktirikan akan tetapi Kelantan tetap berjaya dengan program negeri berkebajikan. Program Kifalah untuk anak yatim, golongan miskin, ibu tunggal dan orang kurang upaya telah menjadi contoh kepada banyak negeri. Begitu juga dengan program Perbadanan Ladang Rakyat yang membantu golongan marhaen, Bandar Baru Tunjung dibina menjadi pusat komersil satelit kepada Kota Bharu. Kerajaan Negeri berjaya mengambil alih bekalan air daripada Thames Water kepada Air Kelantan. Selain itu PMBK menjadi agensi pelaburan utama negeri yang sebelum ini gagal di bawah pemerintahan BN sebelum 1990. Kerajaan Negeri berjaya menguruskan 20 sekolah agama bantuan penuh kerajaan negeri yang cemerlang dan menjadi saingan kepada sekolah premier di bawah Kementerian Pendidikan. Kehadiran pelbagai syarikat multinasional adalah bukti kuasa beli rakyat Kelantan terus kukuh. Sepanjang 20 tahun pemerintahan ekonomi tempatan dibina secara kendiri tanpa bantuan stimulus dari kerajaan Pusat.

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT

Khamis, 4 Mac 2010

Kerajaan Suku-sakat, Anak Beranak dan Laki Bini

Pernah dengar kisah Kerajaan Anak-beranak sedikit masa dahulu? Ya, benar kerajaan sedemikian memang pernah wujud dan agak terkenal dengan tag line Islam Hadhari. Sebenarnya sebelum wujudnya Kerajaan Anak-beranak, telah wujud Kerajaan Suku-sakat. Kerajaan ini juga mempunyai tag line yang tersendiri iaitu, Wawasan 2020.

Kini era Kerajaan Suku-sakat dan Kerajaan Anak Beranak telah pun berlalu. Namun wujud satu lagi kerajaan yang tidak kurang juga hebatnya iaitu Kerajaan Laki-bini. Kerajaan Laki-bini ini juga mempunyai tag line yang telah menelan perbelanjaan untuk tujuan promosi berjuta-juta ringgit iaitu 1Malaysia.

Apa pun, baik Wawasan 2020 oleh Kerajaan Suku-sakat, Islam Hadhari oleh Kerajaan Anak- beranak mahupun 1Malayia oleh Kerajaan Laki-Bini, ketiga-tiga ini tiada apa yang berbeda pun. Hanya retorik kosong untuk penyedap hati rakyat belaka. Ketirisan tetap berlaku. Rasuah masih bermaharajalela. Yang mendapat untung dan kaya-raya ialah mereka dua, tiga kerat di atas.

Rakyat marhaen pula, pi mai pi mai tang tu juga... Melopong, ternganga mendengar kisah wang berbillion-billion masuk ke kantung si polan dan si polan...

Muhyiddin, Zahid VS Najib, Hishammuddin

Selepas PRU-12 yang menyaksikan tsunami politik melanda Umno dan BN pada 2008, Perdana Menteri ketika itu Tun Abdullah Badawi terpaksa berada di dalam kedudukan bertahan apabila serangan bertali arus dilancarkan terhadapnya baik dari luar kerajaan mahupun di dalam kerajaan sendiri.

Tamparan hebat ketika pasca PRU-12 tersebut telah memberikan rentetan tamparan lain yang tidak mampu beliau tangkis. Selain kehilangan empat buah negeri selain Kelantan, kejadian Menteri Besar Terengganu pilihan beliau, Idris Jusoh yang tidak mendapat perkenan Baginda Pemangku Sultan Terengganu, kritikan hebat dari mantan PM Mahathir Mohamad, malah terdapat desakan kuat dari dalam Umno sendiri supaya beliau melepaskan jawatan Perdana Menteri. Itu belum lagi diambil kira kritikan keras dari pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Antara tangan-tangan yang memainkan peranan penting hingga membawa pengunduran Abdullah dari tampuk kekuasaan ketika itu, tidak lain dan tidak bukan ialah Timbalan Perdana Menteri kini iaitu Muhyiddin Yassin. Di mana akhirnya Najib telah menerima faedah terbesar apabila ditolak ke atas sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 dengan tanpa perlu berbuat apa-apa.

Muhyiddin juga turut mendapat faedah dari perletakan jawatan Abdullah Badawi apabila beliau menerima pencalonan terbanyak sebagai Timbalan Presiden ketika Pemilihan Agong Umno 2008 dan akhirnya memenangi pertandingan tersebut. Walaupun wujud perasaan kurang selamat dalam diri Najib apabila Muhyiddin menjadi timbalannya, mahu atau tidak, Najib terpaksa akur kehendak perwakilan Umno yang memenangkan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden dan seterusnya melantik beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri. Tambahan pula, keberanian Muhyiddin menjolok sarang tebuan ketika era Tun Abdullah sebagai PM masih segar diingatan Najib.

Seorang lagi yang dilihat berani bermain api politik dalaman Umno ialah Zahid Hamidi. Keberanian ketika beliau memegang jawatan Ketua Pemuda Umno mengkritik dasar kerajaan di era Mahathir juga menjadi igauan Najib. Beliau yang pada awalnya mengumumkan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden akhirnya berkompromi dengan Muhyiddin dan mengambil keputusan bertanding bagi merebut jawatan Naib Presiden.

Kini, kedua-dua mereka - Muhyiddin dan Zahid yang kebetulan kedua-duanya adalah bekas pengikut Anwar Ibrahim ketika di dalam Umno sekali lagi berkompromi untuk bergabung tenaga menyerang secara diam-diam terhadap kem Najib dan Hishammuddin Tun Hussein. Najib dilihat lebih mempercayai Hishammuddin yang juga sepupu beliau berbanding TPM Muhyiddin sendiri.

Situasi Hishammuddin yang memikul beban dan dikritik hebat berhubung isu PPSMI ketika menjadi Menteri di Kementerian Pelajaran akhirnya diselamatkan oleh Najib dengan memindahkan beliau ke Kementerian Dalam Negeri dan bebanannya digalas pula oleh Muhyiddin Yassin.

Selain itu, Hishammuddin turut mendapat kelebihan apabila kementeriannya beroleh peruntukan yang lebih tinggi termasuk peruntukan untuk kenaikan gaji dan elaun pegawai-pegawai dan anggota PDRM. Dalam masa yang sama, peruntukan bagi Kementerian Pelajaran di bawah Muhyiddin Yassin dan Kementerian Pertahanan di bawah Zahid telah dipotong atas alasan kemelesetan ekonomi. Tindakan Najib tersebut telah mendatangkan perasaan kurang senang kedua-dua mereka.

Dalam beberapa tugasan khas, Najib lebih gemar memberikan kepercayaan beliau kepada Hishammuddin berbanding Muhyiddin yang kelihatan sengaja dipinggirkan. Dengan cara demikian, ia dapat memberikan ‘mileage politik’ dan kredit kepada Hishamuddin. Terbaharu, Hishammuddin telah diberi kepercayaan oleh Najib untuk mempengerusikan jawatankuasa khas untuk meminda perlembagaan BN. Jika pindaan ini berjaya dilaksanakan ia merupakan kejayaan besar kepada Hishammuddin dan bakal melonjakan namanya.

Petanda-petanda Najib cuba menarik naik Hishammuddin ke atas dengan melangkau timbalannya awal-awal lagi telah dapat dihidu oleh Muhyiddin dan Zahid. Jika perkara ini berlaku, maka angan-angan Muhyiddin untuk menduduki jawatan nombor satu negara juga akan terkubur.

Begitu juga dengan nasib Zahid, oleh kerana beliau adalah seorang Naib Presiden yang dilihat sebagai pesaing utama kepada Hishammuddin maka beliau harus disisihkan awal-awal lagi. Manakala seorang lagi Naib Presiden yang ada, Shafie Apdal pula dilihat sebagai seseorang yang tidak mempunyai sebarang kekuatan untuk mendatangkan ancaman bahkan hanya tempelan belaka.

Pertentangan antara dua kem ini semakin jelas dapat dilihat dalam beberapa isu. Isu kehilangan dua buah enjin jet pesawat F-5E yang telah dua tahun berjaya dirahsiakan dari pengetahuan umum ketika Najib memegang jawatan Menteri Pertahanan akhirnya terdedah apabila diambil alih oleh Zahid. Zahid, sekali lagi membuat pendedahan mengemparkan bahawa terdapat pegawai-pegawai kanan Kementerian Pertahanan yang mendedahkan rahsia pertahanan negara kepada duta-duta asing. Tujuan pendedahan ini dilakukan untuk memberikan imej buruk dan melemahkan kredibiliti Najib yang menguasai Kementerian Pertahanan pada masa itu.

Selain itu, satu keputusan yang telah lama dibuat semasa era Najib, menamatkan tauliah pesawat MIG-29 dan digantikan dengan pesawat baru juga dibatalkan oleh Zahid. Menurut Zahid, disebabkan keadaan ekonomi yang sedang meleset tidak mengizinkan, maka pesawat tersebut akan terus digunakan sehingga sekurang-kurangnya lima tahun lagi.

Bagaimana pun Muhyiddin harus menantikan kesempatan terbaik untuk melancarkan tindakan balas seterusnya. Kesempatan terbaik yang dimaksudkan ialah selepas PRU-13 nanti dan bergantung pula juga kepada keputusannya nanti. Seandainya BN masih lagi kekal memerintah dengan kekurang dua pertiga majoriti kerusi di Parlimen, beliau akan melancarkan serangan terbuka terhadap Najib seperti mana yang dilakukan ke atas Abdullah.

Jika paten serangan terhadap Abdullah diambil kira, kemungkinan ketika itu Zahid yang bakal bersuara mengesa Najib berundur. Jika berjaya, Muhyiddin akan bakal menjawat jawatan nombor satu di samping Timbalannya Zahid. Walau bagaimana pun ianya bukanlah tugas yang mudah selagi penasihat politik Najib, Mahathir dan Rosmah ada bersama beliau.

Selasa, 2 Mac 2010

Helping Nabilah To Smile Again

2010/02/28

By Teresa Yong
KUALA LUMPUR: Accident victim Nurul Ain Nabilah Amran, 12, has spent the past six months re-learning how to smile -- literally. Nine years ago, Nabilah was in a car accident in Labis, Johor.

She and her mother, Hazleah Md Salleh, 36, were flung out of their car in a collision with another car that swerved into their path.

Nabilah was then hit by another car, suffering laceration wounds to the upper right side of her face and a fracture of the middle ear, resulting in permanent palsy.

"This is why she's not able to smile," explained Pantai Medical Centre consultant plastic surgeon Dr Kim K. Tan.

Her parents spared no effort in seeking help for her, going in and out of hospitals and even resorting to traditional healers, but to no avail.

Nabilah's 42-year-old father, Amran Mohd Zain, a contractor earning RM2,000 a month, spent nearly RM100,000 on various treatments.

"It was only when I needed to get a doctor's letter for Nabilah's insurance claims that somebody recommended Dr Tan," he said.

Dr Tan first saw Nabilah in March last year and recommended reconstructive surgery to try and reconnect the nerves. The surgery was to cost RM30,000.

"The proposed treatment was to carry out an operation called "reanimation of the face".

"This would involve harvesting a muscle with its artery, vein and nerve from deep inside the thigh, transplanting with microsurgery to the right side of the face, and connecting up the blood vessels and nerve to functioning vessels and a nerve in the right side of the face.

"This would give her the best chance of developing a voluntary smile on the right side of her face.

"She would also need further work to her right upper eyelid and lower eyelid to help her close her eye."

Dr Tan referred Nabilah's family to NSTP charity unit, which publicised her appeal in the New Straits Times, Harian Metro and Berita Harian on June 3.

Following that, Grand Merger Network and Services sent a money order for RM30,000 for her medical expenses.


On June 9, Dr Tan performed two surgeries -- skin-grafting, and reconnection of the nerves and muscles.

"It takes time for the nerves to grow and she has to relearn how to smile by using a new set of nerves.

"She's almost done and we now need to review her case every six months for tidying up cosmetic corrections.

"She is doing well," said Dr Tan, who performed the six-hour operation with consultant plastic surgeons Dr Yap Lok Huei and Dr Margaret Leow.

Nabilah, a Year Six pupil of SK Sg Kanang, Kuantan, is now practising how to smile again every day.

"I am so happy that I can now smile. I thank Dr Tan for his support and encouragement," she said.

Amran conveyed his family's gratitude to NSTP and NST readers for their financial help. "We would also like to thank Dr Tan for all that he has done for our daughter.

"Before meeting him, we were told of options such as seeking treatment for Nabilah, either in China or India. But the estimated cost was between RM300,000 and RM600,000.

"As a token of our gratitude and appreciation, we are donating RM10,000 in Nabilah's name to the NSTP to help fund similar cases."

The contribution is part of the insurance compensation paid out to Nabilah.

Those who wish to help other needy patients can send cheques made payable to The New Straits Times Press (M) Bhd, to The Cashier, Finance Department/Charity Unit, The New Straits Times Press (M) Bhd, Balai Berita, No. 31, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur.

* Artikel ini dipetik dari News Straits Times bertarikh 01/03/2010

Sabtu, 30 Januari 2010

Sekadar Sebuah Karya Fakir Buat Mu (Nukilan Sebuah Senyuman...)

Aku bukanlah si maha pengkarya yang hebat berpujangga. Hanya sekadar karya fakir ini yang mampu aku nukilkan, didikasi buat mu….

Senyumannya itu menceritakan sebuah tragedi yang sarat seribu pengertian. Senyuman itu menceritakan tentang kejerihan, menceritakan pengorbanan insan-insan tersayang yang epilognya menceritakan tentang ketabahan, menceritakan tentang kekuatan semangat, menceritakan tentang kegigihan, menceritakan tentang kebahagiaan, menceritakan tentang kejayaan dan menceritakan kasih dan sayang.

Foto itu aku tatapi agak lama. Seorang gadis kecil yang tersenyum. Sungguhpun parutnya masih berbekas, dalam kejerihan, namun senyuman itu tampak manis dan menawan. Aku yakin, seiringan masa berlalu, seiringan usia yang semakin meremajakannya, senyuman itu akan semakin mekar bagaikan kuntuman mawar yang semakin berkembang. Aku juga amat yakin, lambat laun senyuman itu akan memudarkan parut-parut itu.

Wahai si anak, senyumlah. Sang pelangi, sang suria, sang bulan, sang bintang, malah seluruh alam ini seakan menantikan untuk turut membalas senyuman mu itu. Terangilah alam ini dengan senyuman mu...

Ya, manis sungguh senyuman itu. Percayalah wahai si anak, suatu hari nanti, senyuman mu akan tampak semakin manis, mewarisi senyuman si bonda yang dikasihi. Percayalah, suatu hari nanti wajah mu akan menjadi siulan sang teruna. Percayalah suatu hari nanti senyuman mu nanti bisa mendebarkan jiwa si jejaka tampan teman sekampus.

Teruslah tersenyum. Kerana aku yakin, 11,12 atau 13 tahun nanti, kau akan menghadiahkan senyuman paling bermakna buat ayahda dan bonda di hari graduasi mu dan di tanganmu mengenggam segulung skroll dan jambangan mawar semekar senyuman mu itu.

Aku bukanlah si maha pengkarya yang hebat berpujangga. Hanya sekadar karya fakir ini yang mampu aku nukilkan, didikasi buat mu, NURUL AIN NABILA…

Paparan Halaman