Selasa, 29 November 2011

Najib dan Isa Samad: Siapa lebih berkuasa?

"Saya sudah sebut sebelum ini mengenai Mohd Isa, kenapa beliau dipilih menjadi Adun Bagan Pinang semasa pilihan raya kecil dan kenapa beliau dilantik menjadi pengerusi Felda. 

"Sebenarnya Najib tidak ada pilihan lain untuk membals budi Mohd Isa kepadanya. Mohd Isa ada jasa besar kepada Najib yang berupa rahsia. 

"Tidak mustahil kalau Najib membiarkan Mohd Isa, bekas MB Negeri Sembilan itu akan meledakkan segala-gala tentang Najib yang ada dalam poketnya.  Kelebihan kepada Mohd Isa ialah kerana dia mengetahui sesuatu tentang Najib," di petik dari Blog MSO.


Bila saya baca posting MSO di blognya, Merah Tinta MSO, segera ingatan saya melayang kepada ancaman Anwar Ibrahim terhadap Najib Razak ketika beliau berkempen dalam satu pilihan raya kecil tidak berapa lama dahulu.

"Saya tahu apa yang berlaku kepada Najib di Negeri Sembilan, jangan dia ingat saya tak tahu," begitulah lebih kurang kata-kata Anwar ketika itu.

Saya kira, walaupun Anwar tidak menyatakan apa sebenarnya yang telah berlaku terhadap Najib di Negeri Sembilan, ramai di kalangan pemerhati politik tempatan yang tahu apa yang dimaksudkan oleh Anwar.

Sekaligus, bacaan politik otai MSO bahawa Najib tidak akan sesekali mengambil sebarang tindakan ke atas Mohd Isa atas sebab tertentu itu memang sangat masuk akal!

Memang sukar untuk bertindak benar sekiranya banyak rahsia diri kita diketahui oleh banyak pihak baik dalam negeri mahupun pihak luar negeri.

Bukan sahaja segala tindakan yang mahu diambil perlu terlebih dahulu mendapat lampu hijau dari pihak yang memegang rahsia, malah setiap keputusan itu haruslah memberi keuntungan pihak terbabit.  Jika tidak, rahsia yang dipegang akan dilambakkan di hadapan media.

Kesimpulan mudahnya, sekiranya anda memegang rahsia seseorang terutama rahsia yang mengaibkan atau juga mungkin boleh mengakibatkan seseorang itu jatuh, maka dengan secara automatik keadaan itu menjadikan anda berkuasa ke atas orang itu. Semakin kuat ketakutan rahsianya terbongkar, semakin kuat jugalah kuasa yang anda miliki itu. 
 
Mahu atau tidak terpaksalah jadi lembu yang dicucuk hidungnya meskipun sesetengah keputusan yang terpaksa dibuat bakal merugikan, menggadai maruah dan kedaulatan negara.

Tiada ulasan:

Paparan Halaman