Melalui beberapa sumber yang tidak belum dipastikan kesahihannya baru-baru ini, satu sidang akhbar akan diadakan di kediaman ahli parlimen Gua Musang itu pada Selasa, 8 November 2011 bagi mengumumkan perkara ini.
Melalui maklumat lain yang diperolehi pula, sidang akhbar yang dimaksudkan berkemungkinan untuk mengumumkan pelan agenda Amanah (Angkatan Amanah Merdeka) yang diasaskan oleh Ku Li sendiri pada 29 Julai lalu dan telah mendapat kelulusan ROS pada hujung bulan baru-baru ini, bukannya untuk mengumumkan tindakkan beliau keluar Umno.
Bagaimanapun, kemungkinan beliau meninggalkan Umno tidak boleh ditolak mentah-mentah, apatah lagi beliau dilihat sebagai seorang ahli politik liberal dari Umno yang tidak kekok untuk menyokong pendirian pemimpin PR dalam beberapa isu sebelum ini atau Yb Umno yang mesra pembangkang.
Selain itu, beliau turut dianggap sebagai pemain politik yang bermisteri, penuh kejutan dan mempunyai keberanian untuk menongkah arus dalam Umno.
Tiket menjadi PM
Api cita-cita beliau untuk memegang tampuk tertinggi pemerintahan negara turut dikatakan masih belum terpadam apabila melakukan empat kali percubaan untuk merebut jawatan presiden Umno yang dianggap sebelum ini merupakan tiket utama ke jawatan Perdana Menteri Malaysia dengan percubaan terakhir pada 2009.
Bagaimanapun dalam situasi politik negara yang sentiasa bergelora semenjak PRU-12 tahun 2008 lalu telah memberi persepsi baru bahawa satu lagi tiket ke jawatan Perdana Menteri ialah pemegang jawatan Ketua Umum PR yang kini disandang oleh Anwar Ibrahim.
Keadaan ini memberi nafas baru kepada Ku Li untuk membuat 'come back' dalam arus utama politik tempatan sekaligus mencerahkan kembali harapan untuk beliau menduduki jawatan no satu negara itu.
Khabar angin juga mengatakan, terdapat percaturan dalaman PR membawa masuk Ku Li dalam PR bakal meletakkan beliau sebagai calon sesuai untuk mengepalai PR sekiranya Anwar dipenjarakan sekali lagi ekoran kes liwat 2 yang sedang dihadapinya.
Sesetengah masyarakat berpendapat, Anwar hampir pasti didapati bersalah apabila menganggap sistem perundangan negara ini telah rosak apabila wujud campur tangan kuasa-kuasa politik yang sedang sedaya upaya mempertahankan kuasa yang dipegang mereka selama ini.
Ku Li sebagai ahli politik yang bijak dan berpengalaman luas tentunya turut menyedari untuk beliau mengejar misi menduduki jawatan Perdana Menteri melalui tiket Presiden Umno adalah sesuatu yang agak mustahil buatnya pada masa ini berbanding berusaha mendapatkan tiket itu melalui PR.
Sekiranya betul wujud percaturan di dalam PR untuk membawa masuk Ku Li sebagai persediaan sekiranya Anwar dipenjarakan sekali lagi, ia boleh dianggap seperti orang mengantuk disorongkan bantal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan