Di sebalik Israel yang sering menjadi sasaran kecaman masyarakat antarabangsa, mereka dianggap sebagai merupakan salah satu kuasa ekonomi dunia yang semakin berkembang pesat.
Melalui perkembangan ekonominya itu, dari situlah kerajaannya mampu membiayai perbelanjaan ketenteraannya dalam memerangi negara jirannya iaitu, Palestin.
Malaysia sebagai sebuah negara yang cintakan keamanan dan tidak pernah mengiktiraf kewujudan Israel sebagai sebuah negara tentunya menentang keras tindak-tanduk kerajaan yang dianggap tidak sah itu dalam memerangi Palestin.
Namun sebaliknya, amatlah malang di sebalik pendirian yang kononnya tegas berhubung isu Palestin, rupa-rupanya kerajaan negara ini telah menjalin hubungan perdagangan dengan Israel semenjak 1996 lagi sekaligus menjadikan Malaysia sebagai salah satu negara yang telah menyumbang kemakmuran ekonomi Israel.
Hubungan perdagangan ini telah pun diakui oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir sendiri dan dari hasil itu jugalah, akhinya digunakan oleh pihak Israel untuk membina kekuatan mereka dalam memerangi Palestin.
Tidakkah ini menjadikan kita turut membantu Israel untuk membiayai perbelanjaan perangnya untuk menzalimi rakyat Palestin? Maka tidaklah menghairankan sekiranya ada di antara pemimpin kita yang mengambil pakar-pakar penasihat dari Israel untuk membantu melancarkan pentadbiran negara ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan