Pada
tahun 1994 ada seramai 363 orang dan keluarga masing-masing Peneroka
Felda Sungai Buaya di Hulu Selangor. Keluasan tanah ladang yang mereka
miliki adalah 3100 ekar. Dan kini jumlah itu telah kehilangan seramai
290 orang peneroka yang sudah meninggal dunia.
Dan pada hari ini mereka tidak memiliki walaupun seinci tanah di bekas rancangan Felda Sg Buaya itu. Apa yang berlaku?
Pada tahun 1994 itu, peneroka-peneroka Sungai Buaya telah diajak
berunding untuk membangunakan kawasan rancangan mereka dengan dijanjikan
setiap daripada mereka akan menerima sejumlah wang sebanyak RM1 juta.
Pihak JKK Sungai Buaya dalam keghairahan mereka untuk menjadi jutawan,
telah berjaya mendapatkan setiap daripada peneroka itu menandatangani
Surat Perjanjian dengan sebuah Syarikat Pembangunan yang dicadangkan
oleh Kerajaan Negeri Selangor.
Walaupun ada segelintir yang menentang
usahasama ini, namun mereka tidak dapat melakukan apa-apa untuk
menghalang usahasama dengan syarikat pembangunan berkenaan.
Pada tahun 2003, semua peneroka Felda Sg Buaya telah menyerahkan tanah
hak milik masing-masing kepada Syarikat Murna Jaya Sdn Bhd dengan
balasan untuk dibayar RM1 juta setiap orang.
Dengan itu
hilanglah hak peneroka-peneroka keatas tanah mereka dan mereka dibayar
RM185,000.00 setiap seorang, dan berbaki lagi RM815,000.00.
Syarikat Jaya Murni Sdn Bhd gagal melaksanakan pembangunan diatas tanah
yang telah diserah kepada mereka, dan gagal menjelaskan baki bayaran
kepada peneroka-peneroka tersebut.
Ini menyebabkan peneroka-peneroka itu bukan sahaja kehilangan tanah tetapi juga kehilangan mata pencarian.
Didalam Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor, pihak Barisan
Nasional telah membayar sebanyak RM50,000.00 kepada peneroka-peneroka
(bekas peneroka-peneroka) atau waris-waris mereka sebagai satu usaha
menarik undi untuk mengundi Barisan Nasional, tetapi setelah bayaran itu
dibuat, Barisan Nasional tidk melakukan apa-apa untuk membangunkan
tanah tersebut dan kedudukan peneroka-peneroka masih tidak terbela.
Syarikat Murna Jaya Sdn Bhd telah mengambil kesempatan menjualkan
sebahagian daripada tanah yang diserahkan kepada mereka oleh
peneroka-peneroka kepada sebuah syarikat iaitu Dinamis Sdn Bhd seluas
600 ekar, tetapi hasil jualan itu tidak pula dibayar kepada
peneroka-peneroka.
1000 ekar telah dibina rumah, dan daripada
1600 ekar yang dimiliki oleh Murna Jaya Sdn Bhd, 1000 ekar telah
diambil-alih oleh Kerajaan Negeri Selangor kerana Murna Jaya Sdn Bhd
gagal menjelaskan tunggakan cukai tanah sejumlah lebihkurang RM10 juta.
Murna Jaya kini masih memiliki 600 ekar.
Kegagalan pembangunan kawasan ini dan kegagalan menjelaskan pampasan
kepada peneroka-peneroka Felda Sg Buaya ini berlaku semasa pentadbiran
Tan Sri Muhammad Mohd Taib menjadi Menteri Besar dan terus gagal semasa
pentadbiran Datuk Seri Khir Toyo.
Peneroka-peneroka Sg Buaya
memandang kehadapan agar nasib mereka dapat dibela oleh Tan Sri Khalid
Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor.
Di dalam lawatan YAB
Menteri Besar Selangor itu ke Felda Sungai Buaya pada 1hb Julai 2011,
persoalan ini telah ditimbulkan dan keadilan yang dipinta oleh
peneroka-peneroka adalah agar wujud perbezaan di antara Kerajaan Negeri
Selangor yang diperintah oleh Barisan Nasional dan yang diperintah oleh
Pakatan Rakyat.
Harapan peneroka-peneroka itu digalas oleh Menteri Besar
Pakatan Rakyat Selangor yang ada hari ini.
3 ulasan:
Tanpa Nama
berkata...
itulah nasib peneroka..kalau percaya kpd umno.. bangsa keparat umno ni x pikir nasib org lain. pd mrk, apa yg dpt mrk kebas! jgnlah hrpkan lg pd umno, buang sj selama2nya.. dah terlalu byk contoh2 duit n harta rakyat yg dirembat oleh pemimpin2 umno ni..sbb tu mrk sanggup buat apa sj utk jd pemimpin..
Kenapa tak buat demonstrasi kepadea Najib di Putrajaya. Buat apa nak susahkan Khalid Ibrahim? Sendiri tanggung le!! Bukan mudah nak rongkai benang yang susut. Penyelesaian kempen menangkan pakatan
3 ulasan:
itulah nasib peneroka..kalau percaya kpd umno.. bangsa keparat umno ni x pikir nasib org lain. pd mrk, apa yg dpt mrk kebas!
jgnlah hrpkan lg pd umno, buang sj selama2nya.. dah terlalu byk contoh2 duit n harta rakyat yg dirembat oleh pemimpin2 umno ni..sbb tu mrk sanggup buat apa sj utk jd pemimpin..
Kn tnh melayu ni bapak dia org punya. Dia bebas buat apa sj. walau asal dia org dr seberang.
Kenapa tak buat demonstrasi kepadea Najib di Putrajaya. Buat apa nak susahkan Khalid Ibrahim? Sendiri tanggung le!! Bukan mudah nak rongkai benang yang susut. Penyelesaian kempen menangkan pakatan
Catat Ulasan