Jumaat, 23 Disember 2011

Dr M perlekeh negara peminjam Bank Dunia malukan negara

Oleh Nazli Ibrahim

gambar dari Malaysiakini
Ketika itu sekitar tahun 1998-1999. Saya masih ingat ketika itu negara-negara Asia sedang bergelut untuk membawa negara masing-masing keluar dari kemelut krisis matawang yang membawa kepada kejatuhan ekonomi di rantau Asia.

Malaysia yang ketika itu Menteri Kewangannya, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad merupakan negara terawal yang mengumumkan telah berjaya keluar dari masalah kejatuhan ekonomi.


Maka, di media arus perdana hari itu, Mahathir dengan gahnya mengumumkan  ekonomi negara ini telah berjaya dipulihkan dengan menggunakan pendekatan teori-teori ekonominya.

Bukan itu sahaja, malah beliau turut memperlekehkan negara-negara Asia lain yang menerima bantuan pinjaman dari Bank Dunia yang dikatakannya masih belum keluar dari cengkaman kejatuhan ekonomi Asia.

Menurutnya ketika itu, tindakan mengambil pinjaman dari Bank Dunia telah menyebabkan negara-negara tersebut terpaksa mengikut telunjuk Bank Dunia dalam menguruskan ekonomi masing-masing berbanding negara ini yang menolak bantuan dana tersebut. 

Tindakan seperti itu tentunya tidak digemari oleh Mahathir apabila ianya bertentangan dengan amalan beliau yang mengutamakan projek-projek mega dan menyelamatkan beberapa syarikat terpilih.

Bagi kebanyakkan penganalisis ekonomi tempatan dan antarabangsa ketika itu pula menganggap pengumuman Menteri Kewangan Malaysia itu sebagai satu 'kejutan'. 

Saya kira tentu ramai yang masih ingat akan sebuah iklan animasi yang menunjukkan sekumpulan lelaki mendayung sebuah perahu naga di dalam lautan bergelora bagi menggambarkan kejayaan negara menempuhi gelora ekonomi.

Meskipun realiti kehidupan rakyat terbanyak masih tidak menampakan apa-apa perbahan dengan kadar pengganguran yang tinggi, kos sara meningkat dan sebagainya, ramai yang percaya ekonomi negara ketika itu benar-benar telah pulih dan ianya adalah hasil dari kebijaksanaan Mahathir menguruskan ekonomi negara.

Hari ini, setelah 13 krisis mata wang Asia berlalu, ramai antara kita masih lagi terkenang-kenang akan tindakan bijak Mahathir menguruskan ekonomi negara ketika menghadapi krisis matawang di Asia pada ketika itu.

Selama 13 tahun juga rakyat negara ini cukup berbangga kerana negara ini pernah memiliki seorang Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan yang bijak menguruskan ekonomi dan tegas menolak bantuan dana dari Bank Dunia sekaligus mengelakkan kita dari terpaksa mengikut telunjuk orang luar dalam menentukan hal ehwal ekonomi negara.  

Mahathir turut mengambil pinjaman Bank Dunia

Tiba-tiba hari ini, setelah menerima asakan dari pembangkang berserta dengan bukti-buktinya, rakyat negara ini dikejutkan dengan pengakuan beliau bahawa negara ini telah mengambil pinjaman dari Bank Dunia ketika berhadapan dengan krisis itu.

Lebih mengejutkan lagi, bukannya sekali, tetapi tiga kali negara kita mengambil pinjaman dari Bank Dunia itu. 

Meskipun penjelasan dalam blognya mendakwa pinjaman tersebut dimohon ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim masih lagi menjawat jawatan Menteri Kewangan Malaysia, bukti menunjukkan sebaliknya-sekurang-kurangnya dua darinya adalah dari air tangan Mahathir sendiri sementara satu lagi boleh dipertikaikan statusnya.

Tambahan pula, Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia yang juga Menteri Kewangan selepas Anwar, amatlah malang dan tidak keterlaluan jika dikatakan bodoh untuk mendakwa beliau tidak memiliki  apa-apa kuasa untuk menolak atau membatalkan permohonan pinjaman yang dibuat sebelumnya. 
  
Maka pada hari ini jelaslah bahawa apa yang dibanggakan Mahathir selama ini tidaklah lebih dari hanya satu pembohongan semata-mata untuk menaikkan namanya konon sebagai Menteri Kewangan yang bijak mencatur ekonomi negara.

Keangkuhan beliau yang tanpa ada rasa rasa segan-silu memperlekehkan negara-negara sahabat dalam Asia kerana menerima bantuan dari Bank Dunia ketika itu juga akhirnya memalukan Malaysia dan rakyatnya.

4 ulasan:

Izzu berkata...

Saya agak sedih dgn artikel yg ditulis saudara Nazli.

Bagi saya, dokumen-dokumen yg cuba ditunjukkan PKR adalah betul. Dari segi teknikalnya, memang kita ada mengambil pinjaman dari Bank Dunia. Tetapi, dalam masa sama, kita kena sedar yg pinjaman-pinjaman tersebut langsung tidak dapat membantu menyelamatkan ekonomi Malaysia pada 1997/98. Perlu diingat yg pinjaman2 tersebut tidak disertakan syarat2 untuk mengubah polisi2 ekonomi Malaysia. Ia hanya pinjaman yg disertakan kadar faedah, tidak disertakan syarat2 lain.

Bagi saya, dan jika kita lihat pada data-data ekonomi, ekonomi Malaysia tahun 1997/98 akan bertambah tenat jika kita mengambil pinjaman bersyarat Bank Dunia. Contohnya, kadar faedah pinjaman mesti ditingkatkan, perbelanjaan kerajaan mesti dikurangkan dan tiada halangan untuk membawa modal ekuiti dari Malaysia. Bayangkan banyak perniagaan akan tutup kerana tidak mampu bayar interest pinjaman yg cukup tinggi. Bila perniagaan tutup, sudah tentu pekerja pun akan mengangur. Kesan yg dirasai ekonomi kita pada masa itu tdaklah seteruk negara2 jiran kita yg mengambil pinjaman tersebut. Oleh itu, ketegasan Dr. Mahathir menolak pinjaman bersyarat Bank Dunia adalah amat tepat dan bijak ketika itu.

Akhir kata, jika Malaysia meminjam dari Bank Dunia untuk menyelamatkan ekonomi Malaysia pada ketika itu, jumlah pinjaman kurang dari 1 billion US Dollar tidak ada maknanya untuk menyelamatkan ekonomi kita. Paling kurang pun, Malaysia memerlukan 10 billion US Dollar sama seperti apa yg diambil Indonesia, Korea dan Thailand tahun 1997/98.

Saya berharap saudara Nazli dapat melihat data-data ekonomi atau kertas-kertas kajian ekonomi yg dibincangkan mengenai perkara ini (dalam dan luar negara) sebelum boleh membuat kenyataan "membodohkan" Dr. Mahathir.

Awanama berkata...

izzu, u r totally out of sync in what the point in the article. The point of the whole thing is Tun Ma is a hypocrite. He keep on saying tat DSAI is an agent of the world bank and imf but Tun Ma did the opposite thing. Tun Ma should apologize to the ppl for telling lies for so long.

Opocot berkata...

I agree with you Izzu. For those who knew the truth, they wouldn't buy the spin stories of the opposition leaders who are out for the power grab at the expense of truth! Pity them for being cheated and pissed... so, dont be sad. For you're on the right track Izzu!

Izzu berkata...

To Mr. "Tanpa Nama",

For me, I don't care whether Dr. Mahathir or Anwar speaking the truth in this case. What I care, as a basis of my judgement is what was the result? Malaysia successfully get out from the crisis faster than its neighbors. That's the fact right? Clearly, it proved that our unique solution is better than IMF/World Bank's solution. Even after a while, IMF altered its monetary and fiscal policies to be less restrictive due to the success of our solution. That's more important that arguing on who's speaking the truth or not. I hope most Malaysians can see the bigger picture rather than small picture from this crisis.

Paparan Halaman