Jumaat, 9 Disember 2011

Hasan Ali tak tercalon ingatkan saya satu kisah

Berita yang saya petik dari Malaysiakini di bawah ini mengingatkan saya pada kejadian panggilan telefon saya kepada YB Datuk Hasan Ali lebih kurang pada bulan sembilan atau sepuluh tahun lepas.

Peristiwa ini tidaklah ada kena mengena dengan isu Hasan Ali tidak dicalonkan semula, tetapi sekadar bercerita sedikit kisah pengalaman saya yang cetek ini dalam mewancara ahli-ahli politik dalam negara ini. 

Panggilan telefon itu dibuat selepas saya terbaca satu entri di blog seorang Adun Selangor yang menyentuh kejadian segelintir penduduk yang meminum arak di kawasannya yang telah menyebabkan rasa kurang senang penduduk termasuklah kalangan penduduk bukan Islam.

Selepas itu saya buatlah sedikit tinjauan dan saya dapati di beberapa kedai serbaneka 24 jam terkenal yang beroperasi di negeri ini masih lagi tidak meletakkan tanda larangan membeli minuman keras terhadap orang Islam seperti mana yang diuar-uarkan oleh Hassan Ali selaku Exco Ugama Islam Negeri Selangor.  

Kemudian saya pun menghubungi Exco terbabit untuk mewanwancara beliau berkenaan penguatkuasaan yang sebelum ini dikatakan telah dilaksanakan.  

Malangnya, ketika itu saya telah menerima respon rasa kurang senang beliau apabila saya menanyakan soalan tentang penguatkuasaan dalam isu ini. 

Respon kurang senang yang saya maksudkan di sini, bukanlah dia telah memaki dan tentulah jauh sekali mencarutkan saya, cuma nadanya dan ayatnya jelas memberitahu saya akan rasa tidak senangnya terhadap soalan saya itu. 

Akhirnya tidak sampai berapa minit, perbualan kami berakhir begitu sahaja tanpa saya memperolehi jawapan terhadap persoalan saya tadi.  

Maka untuk tidak bersangka buruk, saya berkata mungkin juga ketika itu beliau sedang berada dalam keadaan tertekan atau mungkin juga sibuk dengan urusan menyelesaikan masalah penduduk atau mungkin juga dalam mesyuarat dan beberapa andaian lain.

Apa pun, semenjak hari itu, peristiwa itu menjadikan saya kurang berminat untuk mendapatkan reaksinya dalam apa-apa isu yang menyentuh samada portfolio yang disandangnya, partinya mahupun yang melibatkan beliau secara peribadi kecualilah jika isu yang benar-benar besar atau penting.

Seperti yang telah saya perjelaskan di awal tadi, cerita ini tiadalah kena-mengena pun dengan Hasan Ali mungkin tidak dicalonkan semula. 

Cuma berita ini telah mengingatkan saya kejadian itu dan sekadar ingin berkongsi sekelumit pengalaman saya yang tidaklah seberapa ini.

Tentang berita di bawah ini pula, kalaulah benar, saya cuma ingin ucapkan selamat berehat panjang selepas ini atau mungkin beliau boleh tumpukan sepenuh perhatian kepada kem motivasi yang diusahakannya.

Semuga kem motivasi yang diusahakan itu akan melahirkan pelapis pemimpin negara yang berwibawa dan pemimpin yang tidak mengelak dari berhadapan dengan isu yang ada.    

Hassan Ali mungkin digugurkan sebagai calon

PAS Selangor telah mengesahkan bahawa bekas pesuruhjayanya, Datuk Hasan Ali tidak menerima pencalonan yang mencukupi daripada cawangan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia.

Dalam satu temubual melalui telefon, Ketua Penerangan PAS negeri, Saari Sungib berkata, cawangan di setiap kawasan akan mengemukakan nama tiga calon, yang akan dipertimbangkan oleh kepimpinan pusat parti.

* Malaysiakini

1 ulasan:

Awanama berkata...

u all tak calonkan dia, umngok akan calonkan dia.

Paparan Halaman