Selasa, 13 Disember 2011

Pensyarah: Rakyat Kelantan masih perlukan Nik Aziz

SHAH ALAM, 13 Dis: Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media, Fakulti Sains Sosial Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah menyifatkan akhlak kepimpinan yang ditunjukkan oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai tokoh yang tiada tandingan.

Katanya, sikap kesederhanaan yang ditujunkkan Menteri Besar Kelantan itu sukar dicari pada pemimpin lain khususnya di Malaysia sekarang.


Bukan sahaja sukar dibanding dengan pemimpin lain dalam Umno, malah juga sukar untuk dibandingkan dengan pemimpin PAS yang lain.

"Bagi saya kepimpinan yang ditujukkan oleh kepimpinan Nik Aziz memang tidak ada tandingan, malah sikap kesederhanaan yang ditunjukkan olehnya itu terlalu sukar untuk kita temui pada masa sekarang," katanya dalam Wacana Sinar Harian, PRU13: Undi Siap Jadi Penentu di sini.
Menurutnya lagi, atas faktor itu juga Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS itu masih releven untuk terus bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) nanti.
Malah katanya, tokoh PAS itu masih mendapat sokongan majoriti rakyat negeri Kelantan yang diperintah beliau sudah lebih 20 tahun.
"Kita melihat beliau masih lagi disokong oleh seluruh rakyat di Kelantan dan ini tiada sebab untuk beliau tidak bertanding pada PRU13 nanti.

"Saya melihat faktor usia beliau tidak pernah menghalang apa yang beliau lakukan sekarang, malah mengikut kajian sokongan rakyat Kelantan terhadapnya melebihi 80 peratus," katanya lagi.

Abu Hassan yang juga Pengasas Zentrum Future Study Malaysia memberitahu, beliau juga secara peribadi ada memberitahu Nik Aziz agar tidak perlu berundur walaupun terdapat desakan dari pihak tertentu.
Desakan-desakan tersebut ujarnya hanyalah membaitkan kepentingan politik sahaja, sedangkan apa yang penting adalah sokongan dari semua pihak yang masih mahu beliau menjadi menteri besar di Kelantan.
"Apabila menyebut tiada tandingan maka beliau perlu bertanding, desakkan hanyalah permainan politik semata-mata.
"Rakyat Kelantan masih mahu beliau terus tadbir negeri tersebut dan saya yakin beliau mampu memerintah untuk lima tahun yang akan datang," tambahnya dalam sidang media selepas selesai wacana itu.

* Harakah Daily
_______________________________________________________________________

Kebanyakkan di kalangan pemerhati politik tempatan percaya MB, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak akan menghadapi masalah besar untuk mempertahankan kerusi DUN Chempaka yang dimenanginya semenjak dahulu lagi.

Selain itu, Pas juga turut dijangkakan akan kembali membentuk kerajaan selepas PRU-13 nanti..

Tiada ulasan:

Paparan Halaman