"Gomo selama 5 jam didalam KD Tun  Razak dan Gomo sendiri  bertanyakan  kepada Kru kapal mengenai apa yang  ada dan apa yang tiada  dalam Kapal  Scorpene yang dibeli kerajaan  Malaysia. 
"Malah segala  perjalanan,  berapa  batu nautika, berapa kali selaman dan berapa meter  kedalaman  semuanya  ada pada simpanan pihak TLDM yang mana RAHSIA kepada negara.
"Ada   yang Gomo boleh  ceritakan dan ada juga yang Gomo tak dapat nyatakan   atas faktor  kepentingan Ketenteraan negara. Namun yang pasti Harga Kapal   Selam  yang dibeli Kerajaan adalah yang terbaik dengan meliputi Skop   Skop  kepentingan STRATGIK buat negara yang tidak dapat Gomo nyatakan malah TLDM juga menyimpan segala maklumat SULIT berkaitan Kapal Selam Scorpene ini"
Demikian  tulis papa gomo dalam  entrinya yang bertajuk 'Guan Eng Nenen  Perlekehkan Kemampuan Anak Kapal  KD Tun Razak' baru-baru ini.
Jelas  apa yang ditulisnya itu  menggambarkan beliau telah dimaklumkan beberapa  rahsia berkaitan kapal  selam Scorpene milik negara itu.
Siapakah  Papa Gomo ini? Adakah  beliau merupakan orang yang penting dalam negara  ini atau seorang  pegawai tinggi angkatan tentera?  
Jika  benarlah seperti mana yang  didakwa oleh penulis blog tersebut, ini  bermakna keselamatan negara  kita mudah terancam oleh anasir-anasir luar.
Bagaimana  sekiranya Papa Gomo  ditawarkan hadiah yang lumayan oleh agen-agen asing  sebagai balasan  menyalurkan maklumat yang diketahuinya mengenai kapal  selam KD Tun  Abdul Razak itu?
Jika diteliti isi  kandungan  blog beliau yang lebih banyak mengandungi unsur-unsur putar  alam,  fitnah, cenderung kepada perkara lucah dan lain-lain amat tidaklah   mustahil, Papa Gomo mudah menjadi cair  jika ditawarkan hadiah yang   lumayan.
Bagaimana pula sekiranya beliau diculik dan dipaksa oleh agen asing supaya memberitahu maklumat yang ada padanya?
Sanggupkah  anda tidak kira  samada anda penyokong Umno-BN mahupun penyokong Pakatan  membiarkan  maruah dan keselamatan negara berada dalam tangan Papa Gomo?
_____________________________________________________________________Berita berkaitan:
Anwar Mahu kehadiran blogger di Scorpene disiasat 
Tindakan  Kementerian  Pertahanan membenarkan seorang penulis blog untuk  menaiki  kapal selam  Scorpene mungkin menjejaskan keselamatan negara,  kata Ketua   Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Blogger berkenaan yang menulis dengan nama samaran Papagomo, bagaimanapun tidak mennyertai ketika KD Tun Razak membuat selaman membawa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan dua orang timbalannya - Datuk Mansor Othman dan P Ramasamy - di Langkawi Jumaat lalu.
Walau    bagaimanapun, menurut Anwar kehadiran penulis blog pro-Umno di kapal    selam Scorpene itu mungkin telah menyebabkan keselamatan negara    dikompromi.
Sejak dua hari lalu, Papagomo telah menulis di blognya bahawa beliau adalah "blogger pertama belayar di atas kapal selam Scorpene KD Tun Razak".
Dalam pos blognya semalam, beliau mengakui berada di kapal selam itu selama kira-kira lima jam, dan telah menemubual anak-anak kapal perkara-perkara berhubung kapal selam berkenaan yang dipercayai adalah rahsia negara.
Sambil memidas, penulis blog yang disifatkan oleh Anwar sebagai tali barut Umno, katnya, mereka bertindak seolah-olah tidak perlu mematuhi mana-mana undang-undang negara.
Anwar yang juga ketua umum PKR berkata demikian kepada pemberita pada majlis makan malam amal parti itu di Straits Quay Pulau Pinang, malam tadi.
Apabila diberitahu bahawa wartawan, selain wartawan Bernama dan TV3,    media lain dihalang daripada menyertai rombongan itu, Anwar berkata    perkara itu membuktikan kata-katanya bahawa ada orang yang di atas    undang-undang".
"Semua serangan keji yang dilakukannya (Papagomo) ke atas orang lain kerana sedar dirinya di atas undang-undang," kata Anwar.
Justeru, kata Anwar, kehadiran Papagomo di sekitar kapal selam berkenaan merupakan satu isu penting bagi pihak pembangkang ketengahkan kerana keselamatan negara mungkin telah terjejas.
Beliau mendesak pihak polis supaya segera menyiasat perkara itu.
Blogger berkenaan yang menulis dengan nama samaran Papagomo, bagaimanapun tidak mennyertai ketika KD Tun Razak membuat selaman membawa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan dua orang timbalannya - Datuk Mansor Othman dan P Ramasamy - di Langkawi Jumaat lalu.
Sejak dua hari lalu, Papagomo telah menulis di blognya bahawa beliau adalah "blogger pertama belayar di atas kapal selam Scorpene KD Tun Razak".
Dalam pos blognya semalam, beliau mengakui berada di kapal selam itu selama kira-kira lima jam, dan telah menemubual anak-anak kapal perkara-perkara berhubung kapal selam berkenaan yang dipercayai adalah rahsia negara.
Sambil memidas, penulis blog yang disifatkan oleh Anwar sebagai tali barut Umno, katnya, mereka bertindak seolah-olah tidak perlu mematuhi mana-mana undang-undang negara.
Anwar yang juga ketua umum PKR berkata demikian kepada pemberita pada majlis makan malam amal parti itu di Straits Quay Pulau Pinang, malam tadi.
"Semua serangan keji yang dilakukannya (Papagomo) ke atas orang lain kerana sedar dirinya di atas undang-undang," kata Anwar.
Justeru, kata Anwar, kehadiran Papagomo di sekitar kapal selam berkenaan merupakan satu isu penting bagi pihak pembangkang ketengahkan kerana keselamatan negara mungkin telah terjejas.
Beliau mendesak pihak polis supaya segera menyiasat perkara itu.
* Malaysiakini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan