Ketika rakyat kelas bawahan sedang bergelut dengan peningkatan kos sara yang semakin tinggi melambung, bagi golongan kaya pula, mudahnya mereka membelanjakan sehingga RM13 ribu semata-mata hanya untuk bermain golf.
Lebih menyakitkan hati sekiranya jumlah sebanyak itu diambil dari pinjaman dari kerajaan untuk membiayai projek penternakan lembu berskala mega yang didapati gagal.
Kalaulah semua bukti-bukti dalam skandal NFC yang didedahkan oleh pembangkang beberapa minggu kebelakangan ini benar, maka memanglah tidak menghairankan mengapa projek penternakan ini gagal.
Secara tidak langsung juga keadaan ini seolah-olah membenarkan tanggapan akan sikpa tipikal ahli perniagaan Melayu yang lebih gemar berjoli seperti membeli kereta mewah, rumah mewah dan lain-lain sebaik sahaja memperolehi wang pinjaman.
Akhirnya tindakan berjoli tersebut mengakibatkan projek yang diusahakan oleh ahli-ahli perniagaan Melayu itu berhadapan dengan masalah modal untuk diteruskan disebabkan modal yang diperolehi dari pinjaman sebelum ini telah banyak dijolikan.
Dalam skandal NFC ini, mujurlah ada seseorang yang sanggup membahayakan dirinya dengan membekalkan maklumat terperinci perbelanjaan yang digunakan dari akaun NFC terbabit.
Saya tidaklah tahu siapakah gerangan yang dikatakan membekalkan senarai perbelanjaan terperinci dari akaun utama NFC di Bank SIMB Taman Tun Dr Ismail itu.
Bagaimanapun, apa yang mengkagumkan saya ialah, sekiranya Umno dan Barisan Nasional dikatakan menggunakan Cawangan Khas PDRM untuk kepentingan politik parti itu, kita pula memiliki anggota-anggota cawangan khas rakyat untuk membekalkan maklumat salah laku pihak yang dipertanggungjawabkan memegang amanah rakyat.
Jumlah anggota cawangan khas rakyat ini pula, tentulah jauh lebih ramai berbanding cawangan khas PDRM dan sentiasa ada di mana-mana.
Bagi ahli-ahli politik khasnya para kepada para Datuk-datuk menteri, ingatlah tingkah laku anda sentiasa diperhatikan oleh anggota cawangan khas ini.
Seperti mana dakwaan Sharizat Jalil sebelum ini, "pemimpin Umno mana yang tidak ada kes," meskipun anda terlepas hari ini, mungkin esok atau lusa giliran rahsia anda pula terburai.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan