Rabu, 4 Januari 2012

Tiada kesudahan menggembirakan untuk Sharizat

Adakah benar dakwaan PKR bahawa Pengerusi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang juga suami kepada Ketua Wanita Umno, Datuk Mohamad Salleh Ismail cuba menyogok SPRM dan Polis dengan menjadikan  Datuk Shamsulbahrin Ismail sebagai orang tengah?

Sebelum ini Shamsulbahrin dikatakan telah ditahan apabila cuba menyogok pihak polis.   Bagaimanapun tiba-tiba selepas itu beliau didakwa atas tuduhan menipu Mohamad Ismail dan bukannya cubaan menyogok.

Saya pasti banyak lagi  yang akan terbongkar nanti apabila kes ini dibicarakan oleh mahkamah.  Shamsulbahrin sendiri tentunya tidak akan hanya duduk diam membiarkan dirinya menjadi kambing hitam oleh pihak lain.

Meskipun keputusan isu ini masih jauh lagi dan perbicaraan belum pun bermula untuk menentukan siapa yang bersalah dan tidak, pastinya tiada kesudahan yang menggembirakan untuk Sharizat.

Sekiranya Sharizat tidak didakwa atas apa-apa tuduhan sekalipun, sekurang-kurangnya masa depan politik Sharizat tetap telah sampai ke penghujungnya dengan kesudahan yang menyakitkan.     
_____________________________________________________________________
Dakwa ketua NFC atas cubaan sogok polis dan SPRM
Abdul Rahim Sabri

Pengerusi projek ternakan lembu, Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) Datuk Mohamad Salleh Ismail hari ini didakwa cuba merasuah pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

NONESehubungan itu, menurut Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli, Mohamad Salleh perlu diheret ke muka penngadilan.

Pada satu sidang akhbarnya di ibupejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini Rafizi juga mendakwa sebanyak RM1.755 juta dibayar oleh Mohamad Salleh bagi tujuan merasuah pegawai SPRM dan PDRM bagi mempengaruhi siasatan ke atas NFC.

Rafizi berkata sogokan itu dibayar melalui cek oleh Mohamad Salleh.

Dakwanya lagi, wang berkenaan disampaikan kepada pegawai penyiasat SPRM dan polis melalui ahli peniagaan Datuk Shamsulbahrin Ismail yang menjadi "orang tengah".

Pada 30 Disember lalu, Shamsulbahrin Ismail, 45, didakwa mengikut Seksyen 402 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua tuduhan menipu Mohamad Salleh.

NONEMenurut Rafizi, dakwaannya itu dibuat berdasarkan wujudnya laporan polis oleh seorang anggota polis di Bukit Aman mengenai perkara tersebut.

Katanya, Akta SPRM 2009 bahagian IV Perkara 16 dan 17 menyatakan kesalahan rasuah berlaku apabila "mana-mana orang sendiri atau melalui atau bersama dengan lain" melakukan kesalahan tersebut.

"Undang-undang SPRM jelas menunjukkan dalam kes ini, Datuk Seri Salleh Ismail melalui Datuk Shamsubahrin Ismail cuba merasuah pegawai SPRM dan PDRM dalam kes NFC bagi perkara berikut:

"Pertama, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail yang membekalkan wang suapan malah menandatangani cek berjumlah RM1.755 juta.

"Kedua, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail memujuk pegawai SPRM dan PDRM dengan cara menyediakan wang suapan," dakwanya dalam sidang media hari ini.

Mengulas lanjut, Rafizi kesal kerana pihak berkuasa masih terus gagal bertindak.
NONESebaliknya, dakwanya, mereka melindungi Mohamad Salleh yang juga suami kepada Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan keluarganya.

"Pihak berkuasa membuat keputusan untuk mendakwa Datuk Shamsubahrin Ismail atas cubaan menipu NFC sedangkan wang yang terlibat adalah dengan tujuan merasuah pegawai SPRM dan PDRM," katanya.

Rafizi juga menegaskan tindakan Mohamad Salleh melakukan cubaan rasuah, menggambarkan bahawa "prinsip tatakelola dan urustadbir yang diamalkan di NFC adalah lemah dan longgar".

"Ia menggambarkan seolah-olah kelakuan rasuah dan cubaan membeli pegawai-pegawai kerajaan adalah amalan ringan dan boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya," katanya.

Sehubungan itu, beliau mendesak SPRM segera melakukan siasatan ke atas Mohamad Salleh dan pengurusan NFC berhubung cubaan merasuah.

* Malaysiakini

Tiada ulasan:

Paparan Halaman