Oleh Nazli Ibrahim
PETALING JAYA: Meskipun Annisa Mohd Affandi 10 tahun yang mengidap kecacatan Cerebral Palsy telah pun meninggal dunia pada 22 Disember baru-baru ini, ia tidak mematahkan semangat kedua ibu bapa beliau untuk meneruskan program Hope2Walk bagi mengumpulkan dana untuk adik kepada Annisa.
Adik kepada Annisa, Annur 8 tahun yang juga mengidap penyakit yang sama seperti kakaknya memerlukan dana berjumlah kira-kira RM500 ribu untuk membolehkan beliau dirawat di Hopital Erkang, Beijing, China yang tidak terdapat di negara ini.
Menurut Affandi, jumlah dana yang dilancarkan kira-kira sebulan lalu masih jauh dari jumlah yang disasarkan bagi membolehkan An-Nur diterbangkan ke China.
"Sambutan masyarakat termasuk beberapa badan bukan kerajaan memang memuaskan, kira-kira sebulan program ini dilancarkan sehingga kini kutipan baru menghampiri seratus ribu, masih terlalu jauh untuk mencapai sasaran lima ratus ribu.
"Selain sumbangan yang datang dari individu, ada beberapa NGO yang turut sama menghulurkan sumbangan dan saya amat berterima kasih kepada semua" beritahu beliau kepada FMT.
Affandi juga memberitahu program Hope2Walk ini akan diteruskan walaupun setelah dana yang diperlukan untuk membiayai rawatan An-Nur telah mencukupi nanti bagi membantu kanak-kanak lain yang senasib.
"Insyaallah, bila An-Nur dapat diterbangkan ke China, Hope 2 Walk ini akan diteruskan bagi membantu anak-anak lain yang senasib dengan Annisa dan An-Nur.
"Annisa dan An-Nur adalah perintis bagi memberi peluang dan harapan kepada kanak-kanak lain juga, bukan milik kami" ujar beliau.
Menurut beliau lagi, masyarakat harus memandang isu ini sebagai satu perjuangan untuk semua, bukannya perjuangan untuk Annisa, An-Nur dan keluarganya sahaja.
"Ini adalah perjuangan bersama, perjuangan semua lapisan masyarakat negara ini membuktikan keprihatinan dalam mewujudkan masyarakat yang penyayang yang tidak hanya mengejar duniawi sahaja.
"Banyak atau sedikti jumlah yang kita sumbangkan bukanlah persoalannya, tetapi keikhlasan kita untuk menyertai perjuangan ini dengan turut sama menyumbang walaupun satu ringgit.
"Orang ramai boleh membuat sumbangan melalui akaun Maybank saya bernombor 1561 1400 1424 atau akaun Bank Islam anak saya, Annisa Mohd Affandi bernombor 14-229-02-001975-2," kata beliau lagi.
Sementara itu, orang ramai yang ditemui di dalam program Mini Konsert Amal Seribu Harapan An-Nur dan Annisa yang diadakan di Dewan Orang Ramai, Apartmen Harmoni, Damansara Damai turut menyatakan sokongan terhadap program tersebut.
Jangan pilih bulu membantu
Suri rumah, Normariah Saleh, 34 tahun menyatakan kes yang menimpa seorang kanak-kanak yang meninggal dunia sebelum sempat menjalani pembedahan kerana ibu bapanya tidak mempunyai wang yang mencukupi beberapa tahun lalu haruslah dielakkan.
"Saya teringat beberapa tahun lalu, seorang kanak-kanak meninggal dunia apabila tabung yang dilancarkan untuk menampung kos pembedahan tidak mendapat sambutan yang baik dari masyarakat kita.
"Hairannya, pada masa yang sama tabung bantuan untuk selebriti cepat pulak penuh.
"Memang betul, selebriti pun patut diberi perhatian, dibantu sekiranya mereka memerlukan, tetapi ianya membuatkan saya tertanya-tanya adakah masyarakat kita punyai sikap memilih orang-orang terkenal sahaja untuk membantu.
"Kita dapat lihat di pentas tadi, ada pihak dari Gereja yang turut sama memberikan sumbangan untuk tabung Hope 2 Walk, sikap yang wajar kita contohi iaitu membantu tanpa mengira ugama dan bangsa.
"Kita baru sahaja kehilangan kakaknya, Annisa sebelum sempat beliau mendapat rawatan, kita tidak mampu untuk kehilangan si adiknya pula An-Nur," beritahu beliau.
Naimullah, lepasan institusi pengajian tinggi pula menyatakan, semua lapisan masyarakat perlu lebih perihatin dengan isu-isu seperti ini.

"Apatah lagi dalam zaman yang kos sara makin tinggi, memang bukan semua orang mampu memberi sumbangan yang besar, tetapi dengan pengorbanan seringgit kita itulah dapat memberikan seribu harapan kepada kanak-kanak seperti An-Nur ini," katanya.
Baru-baru Konsert Amal Seribu Harapan An-Nur dan Annisa yang dianjurkan oleh Seni Suri Jawi dan Hope 2 Walk telah mendapat sambutan meriah di Damansara Damai.
Jelajah tersebut juga akan diteruskan di lokasi-lokasi lain di seluruh negara bagi memenuhi dana yang diperlukan bagi menampung kos rawatan untuk An-Nur.
Kempen Hope 2 Walk ini turut mendapat perhatian beberapa media massa seperti Majalah Mingguan Wanita, Akhbar Sinar Harian, TV3 dan TV 9.
Selain itu perjuangan adik Annisa dan adik Annur ini juga mendapat sokongan meluas di laman sosial termasuk facebook, twitter dan blog.
Kempen ini turut mengundang keprihatinan pemain bola sepak negara yang juga kapten pasukan Pelita Jaya di Indonesia, Safee Sali yang diangkat sebagai duta kempen Hope 2 Walk.
Orang ramai yang ingin turut menghulurkan sumbangan, mereka boleh menyalurkan ke akaun Maybank atas nama Mohd Affandi Ramli (1561 1400 1424) atau Bank Islam atas nama Annisa Mohd Affandi (14-229-02-001975-2) atau hubungi sukarelawan Nashita Md Noor di talian 013 209 6373.
* Harakahdaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan