Sabtu, 26 November 2011

Startegi tak menjadi Shamsul diketawakan Umno

JOHOR BARU, 26 Nov — Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan Rakyat tidak akan menyokong sebarang usaha Umno jika mahu meminda Perlembagaan Persekutuan bagi semata-mata menjamin hanya orang Melayu boleh menjadi perdana menteri.

Ketua Pembangkang itu menjelaskan cabaran Angkatan Muda Keadilan (AMK) semalam agar Umno meminda Perlembagaan hanya satu strategi sayap pemuda itu, bukannya pendirian PKR ataupun Pakatan Rakyat.

* Malaysian Insider

Ketika Pilihan Raya Umum ke 13 yang dijangka akan diadakan seawal tahun hadapan, pemimpin Pakatan Rakyat (PR) diingatkan agar lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan yang mungkin merugikan PR sendiri.

Selain kesilapan mengeluarkan kenyataan, kesilapan dalam mencaturkan startegi bukan sahaja akan memberikan kesan negatif dalam usaha PR untuk mengembeleng tenaga menuju ke Putra Jaya malah turut ditertawakan oleh lawan akhirnya.

Terbaru, percaturan startegi yang dibuat oleh Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin akhirnya telah memaksa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan maksud sebenar cabarannya itu kepada media..

Dari segi taktikal peperangan politik juga, situasi ini bukan sahaja tidak menambah apa-apa mileage politik PKR mahupun Ketua AMK itu sendiri, malahan boleh menjadi sesuatu yang memalukan, senjata memakan diri dan ditertawakan oleh pihak yang dicabar, Umno sendiri.

Pemimpin BN tentulah memerhati dengan rapat perkembangan Kongres PKR ini dan sekaligus turut mengikuti isu cabaran Shamsul terhadap mereka agar meminda perlembagaan bagi membolehkan hanya orang Melayu sahaja yang boleh menjadi PM Malaysia.

Anwar terpaksa membuat kenyataan pembetulan

Bukan itu sahaja, siang-siang lagi mereka telah mengetahui bahawa cabaran itu adalah satu startegi Shamsul untuk memancing mereka menyambut cabaran itu apabila membaca 'statement pembetulan' Anwar selepas itu.

Adakah pemimpin Umno terlalu bodoh untuk menghulurkan leher mereka ke mata perangkap atau pun dengan sengajanya membiarkan diri mereka terperangkap dalam jerat yang siang-siang lagi telah jelas kelihatan dan diketahui pula helahnya.

Dalam isu ini perumpamaan jerat takkan lupakan pelanduk tentulah tidak relevan sama sekali, tetapi lebih wajar diumpamakan bagaikan memasang jerat di depan mata pelanduk sendiri, tentulah tidak akan mengena.

Maka, paling jelas sekali startegi ini bukan sahaja ditertawakan dan tidak menjadi sama sekali, malah boleh memakan diri sendiri apabila ia menjadi peluru untuk menembak PKR dan Shamsul sendiri khasnya.

Selain itu, Shamsul tentunya akan dilihat seseorang yang kurang bijak dalam percaturan startegi politik apabila melakukan dua kesilapan dalam hanya tidak beberapa hari Kongres PKR berlangsung.

Sebelum ini, kenyataan Shamsul bahawa demontrasi Bersih 3.0 akan digerakkan sekiranya Anwar Ibrahim dipenjarakan turut dikritik kerana Gerakan Bersih merupakan satu platform untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil diadakan di negara ini dan bukan untuk membela mana-mana individu atau parti politik.

Dalam isu ini, ada pihak dikatakan mendakwa Anwar Ibrahim telah terpaksa menghubungi wartawan portal berita Malaysiakini agar melakukan membetulkan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Shamsul.

Situasi-situasi seperti ini seolah-olah menggambarkan kesukaran seorang bapa yang terpaksa membetulkan setiap tindakan salah anak kecilnya bagi mengelak daripada dikeronyok lebih teruk.

1 ulasan:

pasulukinta berkata...

PKR rasa mereka lebih hebat dari rakan dalam Pakatan. segala kenyataan mereka adalah lambang kekuatan mereka walaupun in nya BODOH

Paparan Halaman