Selasa, 15 November 2011

Surau lebih luas, selesa ganti Madrasah Solihiah

Oleh Nazli Ibrahim

PETALING JAYA: Madrasah Solihiah yang terletak di atas sebidang tanah wakaf di Kanchut didapati tidak lagi mempunyai qariah dan ia akan diganti dengan projek yang lebih bermanfaat kepada masyarakat sekitar kawasan terbabit.


Selain itu, penyelidikan kerajaan negeri juga mendapati madrasah tersebut ketika ini hanya digunakan oleh beberapa pekerja di syarikat berdekatan untuk bersembahyang Zohor dan Asar sahaja.

“Dia begini, surau ni kita pun dah kaji, dulu surau ni memanglah kawasan perkampungan, tetapi sekarang dah tak ada orang dah.

Surau itu dia dah tak ada qariahnya, kalau dulu-dulu adalah qariahnya, tetapi sekarang dah tak ada kampung sebab penduduk dah berhijrah.

“Sekarang orang yang bersembahyang di situ cuma pekerja di syarikat takaful yang pejabatnya dekat situ. Yang ada orang bersembahyang jemaah di situ hanyalah waktu Zohor dan Asar sahaja, itu pun dua orang sahaja.

“kita ada datang ambil gambar dan tengok Maghrib tak ada orang, Isyak tak ada, Subuh pun tak ada,” demikian menurut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abd Razak.

Kompleks Aman Central

Beliau turut memberitahu, pembinaan Kompleks Aman Central di atas tapak madrasah berkenaan telah pun mendapat persetujuan daripada Majlis Agama Islam Kedah (Maik) dan Majlis Fatwa negeri itu dan pampasan bernilai RM1.48 juta telah pun dibayar kepada Maik.

“Jawatankuasa Majlis Fatwa sendiri yang meminta supaya surau ini dibina dalam kompleks berkenaan dengan imej surau yang boleh dilihat dari luar.

“Kalau kita salah, takkan Majlis Agama nak terima duit pampasan. Majlis Agama agensi yang bertanggungjawab atas semua tanah masjid, wakaf. Dia dah terima pampasan RM1.48 juta dan maknanya dia dah setuju, Majlis Fatwa kata okey.

“Majlis Fatwa dah bagi dia punya ‘consent’ tetapi tak tahu la pulak fatwa lain mana pula yang baru keluar dari tepi jalan ni,” kata beliau dipercayai menyentuh protes yang dilakukan oleh beberapa pihak dalam isu ini.

Azizan memberitahu wartawan dalam Majlis Pecah Tanah Aman Central di Kanchut, Kedah semalam, surau yang akan dibina itu boleh memuatkan seramai 400 jemaah dalam satu masa dan sembahyang Jumaat boleh diadakan di situ.

“Kita nampak ini akan menolong orang Islam lagi dengan bila datang beli barang, tak payah tergesa-gesa, boleh pergi sembahyang dengan keluarga dia.

“Surau baru ni luasnya 2,600 kaki persegi, boleh isi 400 jemaah, boleh buat sembahyang Jumaat kecuali kalau roboh tak buat apa, tak ada kemudahan apa,” katanya.

Surau yang akan dibina di kompleks membeli belah itu juga akan dibina bagi membolehkan orang ramai memasuki surau itu tanpa perlu memasuki bangunan utama kompleks berkenaan.

“Kalau ikut pelan asal dari pihak pemaju, surau ni dibina di tingkat tiga seperti juga kompleks beli belah yang lain.

“Tetapi atas permintaan Jawatankuasa Fatwa semasa kita buat penerangan, mereka minta supaya dibuat di bangunan yang sama tetapi di tingkat bawah dan dari luar nampak bentuk, imej sebagai surau.

“Jadi maknyanya kita tak perlu masuk membeli-belah untuk pergi sembahyang situ (kerana) sambil-sambil pergi jalan di luar tu, boleh nampak, boleh masuk walaupun daripada luar pun terus boleh masuk,” menurut beliau lagi.

Menurut Azizan, menggunakan tanah wakaf dan menggantikannya kepada sesuatu yang lebih bermanfaat bukanlah suatu perkara yang baru dan ianya dibolehkan.

“Konsep wakaf ni, kalau kita tukar ia kepada yang lebih baik, maka ia dibenarkan, tak tahulah saya kalau ada yang baca kitab yang lain.

“Banyak tempat termasuk di Arab Saudi, berapa jauh di Mekah ada tanah wakaf dibina surau dalam kompleks tetapi di Mekah tak jadi isu dan kalau salah tentu Majlis Fatwa tak benar,” ujar beliau lagi.

* Free Malaysia Today

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ini lah jadi pada org yg tak p surau ngan masjid.. sibuk menimbulkan keraguan dan kononnya membela islam... dh masak sangat ngan org umporno nie... kalu ulamak pon disisih camna nk tegak islam. Rajin Rajin lah solat dan berdoa pada Allah agar diberi petunjuk. Banyak lagi kes kes Imam imam ditukar kerana bersuara lantang tapi tak di cerita dalam akhbar. Dan banyak merungut pasal topik ni pon muka muka yg segan p bagan..

Paparan Halaman