Rabu, 30 November 2011

Umno bangsatkan DAP beri kesan undi Cina

Tindakan pemimpin-pemimpin Umno termasuk Timbalan Presiden Umno (TiPU) mengkritik parti DAP dengan penuh emosional dan secara berlebihan dijangka memberi kesan buruk sokongan pengundi Cina terhadap BN dalam Pilihan Raya Umum ke-13 yang dijangkakan akan diadakan seawal tahun hadapan.

Kritikan yang lebih merupakan sumpah seranah terhadap parti dan pemimpin DAP itu bukan sahaja menyebabkan pengundi Cina yang memberikan undi mereka kepada pembangkang sebelum ini semakin menjauhkan diri, malah turut menyebabkan pengundi atas pagar kaum itu  memilih untuk tidak memberikan undi mereka kepada BN.


Kemungkinan sesetengah penyokong BN dari kalangan kaum kedua terbesar itu juga akan berpaling tadah dan tidak  memberikan sokongan kepada BN dalam PRU-13 temasuk MCA sendiri juga tidak boleh dipandang ringan
Meskipun pun DAP merupakan sebuah parti berbilang kaum, sehingga ke hari ini ia masih lagi didominasi oleh kaum Cina.

Sekaligus keadaan ini menyebabkan sesetengah pengundi Cina negara ini tidak menyenangi dan 'terasa hati' terhadap kritikan berlebihan yang dihamburkan pemimpin dan perwakilan Umno dalam Perhimpunan Agung Umno kali ini.

1 ulasan:

Anak Malaysia berkata...

Kami menyeru kepada kepimpinan UMNO jangan terlalu mengharapkan kemenangan setiap kali Pilihanraya dengan mencaci kaum Cina yang telah memberi sumbangan kepada kejayaan negara ini. Kami amat terasa hati dengan keritikan keterlaluan terhadap kaum Cina yang mendominasi DAP. DAP dan MCA adalah parti politik tetapi kami rakyat Malaysia berketurunan Cina amat kesal dengan tindakan TPM dalam perhimpunan UMNO mengkritik dan menjatuhkan maruah kaum cina melalui parti politik DAP. Sudah sampai masanya kami merasakan tidak ada keadilan sejak akhir-akhir ini dalam memberi sokongan seterusnya kepada BN. Kami akan memikirkan secara baik untuk mendapatkan keadilan dalam negara ini yang mempunyai pelbagai Kaum, agama dan budaya.

Paparan Halaman