"Bukan saya yang cakap macam itu" |
Tahukah anda siapa si suami yang telah berkata demikian? Jawapan anda ternyata salah sekirannya anda fikir ia adalah kata-kata yang keluar dari mulut Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.
Sebaliknya kata-kata tersebut diluahkan oleh Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono ketika berucap pada acara sambutan perayaan satu dekad Parti Demokrat di Jakarta malam tadi.
___________________________________________________________________
Isteri saya 100 peratus tiada niat bertanding
Presiden Susilo Bambang Yudhoyono berkata bahawa isterinya Ani Yhudhoyono tidak akan menjadi calon Parti Demokrat pimpinannya pada pilihan raya Presiden Indonesia 2014.
"Kalau ada pertanyaan adakah Ibu Ani SBY akan maju atau adakah Parti Demokrat akan mendukung Ibu Ani dalam pilihan raya presiden 2014, jawapannya, 100 peratus tidak ada niat dan rancangan untuk itu," katanya ketika berucap pada acara sambutan perayaan satu dekad Parti Demokrat di Jakarta malam tadi.
Susilo, yang juga Ketua Majlis Tertinggi Demokrat, mengaku "berasa jenuh" menjawab persoalan itu kerana masih ada pihak membangkitkan perkara itu walaupun beliau telah berulang kali memberi penjelasan.
Persoalan itu ditimbulkan kerana masyarakat belum mendapat kepastian siapa akan menjadi calon daripada Demokrat kerana Susilo, yang kini menyandang jawatan Presiden Indonesia untuk penggal kedua, tidak lagi dibolehkan oleh perundangan untuk bertanding mempertahankan jawatan itu.
Dalam ucapannya, Susilo berkata Demokrat belum menentukan tokoh yang akan dicalonkan pada pilihan raya Presiden 2014 dan ia hanya akan mengumumkan calon berkenaan apabila masanya telah tiba.
Susilo berkata calon presiden dari Demokrat haruslah seseorang yang mendapat sokongan kuat daripada rakyat dan bukannya sekadar memenuhi keinginan calon dan parti itu semata-mata.
Parti Amanat Nasional (PAN), satu daripada parti gabungan dalam kerajaan campuran pimpinan Susilo, baru-baru ini mengumumkan secara rasmi akan mencalonkan ketua umumnya Hatta Rajasa.
Hatta, yang juga Menteri Penyelaras Bidang Perekonomian, merupakan besan kepada Susilo setelah anak kedua Susilo, Edhie Baskoro Yudhoyono, yang juga setiausaha agung parti Demokrat, berkahwin dengan Siti Ruby Aliya Rajasa bulan lepas.
Ketua Umum Parti Golkar Aburizal Bakrie pula baru-baru ini telah mendapat sokongan dari kesemua 33 cawangan parti negeri di seluruh Indonesia sebagai calon Golkar namun parti itu hanya akan mengumumkan secara rasmi calonnya tahun depan.
Pencalonan kedua-dua tokoh itu akan menarik perhatian kerana mereka merupakan tokoh yang berasal dari luar Pulau Jawa dan sekaligus akan meyaksikan sikap pengundi sama ada telah bersedia memilih tokoh bukan Jawa sebagai Presiden republik itu.

* Malaysiakini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan