Khamis, 1 Disember 2011

Peluang PR di Negeri Sembilan lebih baik

Pakatan Rakyat Bakal Tumbangkan Bn di Pahang, Johor dan Melaka!

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB 


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh-Joajr1Xuha_DP4e9FHQZd-IRdd5jlJXjEzl-dqpsPXvDVvPkY9nDrd_FlY5V6d7WLuL6DVpvUBquxK2TScYpOh4x1Ph1GrHnucYc25nwd4OauPkOCzKu1Wrl7gd_Y6uE1bU2wldtHhMy/s320/Copy+of+DSC_0097.JPG KUALA LUMPUR: Penganalisis Politik, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah menjangkahkan Umno- BN bakal hilang penguasaan di tiga negeri dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan datang.


Bercakap baru-baru ini, Dr Abu Hassan yang juga Pensyarah Pengajian Media di Universiti Malaya (UM) berkata, terdapat banyak faktor yang mendorong ke arah jatuhnya tiga kerajaan itu ke tangan pembangkang


Pertamanya, peralihan sokongan golongan anak muda bukan Melayu dan kecenderungan golongan ini untuk mendaftar sebagai pengundi dapat dilihat perkembangan ke arah itu, katanya.


Sementara, kemasukan maklumat alternatif yang dimainkan oleh media baharu dan media alternatif seperti Harakah menyumbang kepada kesedaran golongan di bandar dan meresap ke kawasan berhampiran, katanya.

Beliau yakin dengan permasalahan besar yang dihadapi kerajaan hari ini, sementara tekanan ekonomi amat dirasai rakyat, tiga negeri BN ini bakal dikuasai pembangkang dengan peralihan undi seperti pada tahun 2008.

Ditanya mengenai sebarang kemungkinan negerinegeri yang dikuasai Melayu seperti Kelantan dan Kedah akan berlaku perubahan, Dr Abu Hassan menyatakan PAS akan terus menerajui Kelantan kerana imej kepimpinan yang sangat memberi keselesaan kepada rakyat.

“Saya yakin, PAS akan terus berjaya mempertahankan Kelantan, jika mood yang ada hari ini kekal sehingga pilihan raya umum akan datang” katanya.

* Trangnungkite

Peluang PR di Negeri Sembilan lebih baik

Saya percaya apa yang dikatakan oleh Prof Madya Dr Hassan Hasbullah ini berdasarkan kajian ataupun  penelitian yang dibuat berasaskan ilmu yang menjadi kepakaran beliau.

Realitinya, bagi PR menumbangkan BN di Johor, Pahang dan Melaka bukan suatu perkara yang mudah walaupun ia tidaklah mustahil kejutan boleh berlaku seperti mana keputusan PRU-12 tahun 2008 lalu.

Selain tiga negeri yang disebut oleh Dr Hassan itu, saya melihat peluang PR di Negeri Sembilan lebih baik berbanding tiga negeri yang disebutkannya itu.

Pada PRU-12 lalu, PR berjaya meraih kemenangan di 15 kerusi Dun iaitu kurang enam kerusi sahaja berbanding BN yang memenangi 21 kerusi yang ditandinginya dari jumlah keseluruhan 36 kerusi Dun.

Sekiranya trend atau momentum 2008 dapat diteruskan, PR mempunyai harapan cerah di Negeri Sembilan.

Satu lagi persoalan yang menarik perhatian saya walaupun masih terlalu awal, sekiranya PR berjaya menawan Negeri Sembilan, siapakah yang paling layak menduduki kerusi Menteri Besar PR yang pertama di negeri itu?

Di dalam fikiran saya, ada satu nama yang mula berlegar di dalamnya. Bagaimana anda? 


Tiada ulasan:

Paparan Halaman