Khamis, 1 Disember 2011

Indeks rasuah: Malaysia berada di 'landasan betul' menuju muflis

Indek Persepsi Rasuah: Malaysia terus merudum
Oleh Nigel Aw
azlanKedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) jatuh dari tangga 56 pada tahun lalu kepada 60 tahun ini, menurut Transparency International Malaysia (TI-M).


Bercakap pada majlis mengumumkan keputusan itu di Subang Jaya pagi ini, Timbalan Presiden TI-M Mohamad Ali Hasan berkata, Malaysia mencatatkan markah atau skor sebanyak hanya 4.3. Ini kejatuhan kali ketiga berturut-turut sejak 2009.


Katanya, walaupun kejatuhan itu hanya membabitkan 0.1 mata tahun ini, namun ia masih membimbangkan kerana kerajaan telah berusaha memulakan beberapa usaha-usaha anti-rasuah.


"Mengapa ia harus jatuh? Kerajaan telah menganjurkan beberapa program (anti-rasuah). Persepsinya adalah bahawa program itu tidak berkesan," katanya.



Pada tahun 2003, Malaysia berada pada kedudukan 37 dalam kaji selidik yang membabitkan 146 negara. Bagi 2010, kaji selidik itu melibatkan 178 negara.

* Malaysiakini

Rasuah, pembaziran, ketirisan bawa negara muflis

Kerajaan Barisan Nasional kini berada 'di landasan yang betul' bagi mencapai sasaran menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara muflis selewat-lewatnya tahun 2020 nanti.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga merupakan pengerusi PEMANDU  Dato Seri Idris Jala telah mencadangkan subsidi beberapa barang utama keperluan pengguna termasuk petrol dimansuhkan bagi mengelakkan pembaziran dan memperkenalkan GST bagi mengelakkan dari perkara ini berlaku.

Sementara itu, subsidi yang dijenamakan semula dengan perkataan 'bailout' kepada beberapa syarikat gergasi diteruskan dengan nilai berpuluh bilion ringgit setiap tahun.

Masyarakat negara ini juga masih ternanti-nanti tindakan kerajaan dan agensi penguatkuasaan seperti SPRM, polis dan lain-lain  terhadap rasuah, pembaziran, ketirisan dan pelbagai penyelewengan lain yang semakin menjadi-jadi dalam pentadbiran kerajaan seperti yang disebutkan oleh Laporan Ketua Audit Negara baru-baru dan juga tahun-tahun sebelumnya.

Kejadian kos sesuatu projek kerajaan melambung berpuluh atau beratus kali ganda berbanding kos sebenar sudah menjadi perkara yang tidak menghairankan lagi di negara ini. 

Rakyat Malaysia hari ini termasuklah penyokong tegar Umno sendiri, meskipun menafikan keadaan rasuah yang semakin parah yang mampu membinasakan negara, jauh di sudut hati setiap mereka memang mengakui perkara ini memang terjadi di bumi Malaysia ini.

Bagi kebanyakkan penyokong-penyokong akar umbi Umno, mereka menjadikan alasan mempertahankan kuasa Melayu sebagai lesen untuk membolehkan mereka mempertahankan rasuah pemimpin mereka.

Dalam isu ini, Timbalan Presiden Pas, Haji Mohd Sabu dalam satu siri ceramahnya pernah bertanya, mahukah anda menumpang saham dosa perasuah dan pelbagai salah laku dengan memilih mereka menjadi pemimpin kita?

Tiada ulasan:

Paparan Halaman