Ahad, 18 Disember 2011

Islam Hadhari lwn 1 Malaysia

Rencana ini adalah bahagian ke-2 dari siri rencana bertajuk 'Perbandingan prestasi BN era Abdullah dan era Najib' sebelum ini.

Islam Hadhari lawan 1Malaysia

Secara umumnya, majoriti masyarakat Islam negara ini boleh dianggap tiada masalah dalam penerimaan gagasan Islam Hadari yang diperkenalkan oleh (bekas) Perdana Menteri Datuk Seri (kini Tun) Abdullah Badawi. 

Bagaimanapun, gagasan ini dikatakan telah memberi impak negatif terhadap sokongan masyarakat bukan Islam terhadap kerajaan BN ketika PRU-12 lalu.

Hari ini mungkin menyedari kesilapan ini, PM Datuk Seri Najib Razak cuba membetulkan kesilapan ini dengan memperkenalkan gagasan yang kontras dengan Islam Hadari Abdullah iaitu gagasan 1Malaysia.

Malangnya, berdasarkan keputusan-keputusan pilihan raya kecil dan PRU Negeri Sarawak lalu, gagasan tersebut masih tidak menunjukkan tanda-tanda mampu membawa pengundi bukan Melayu-Islam  kembali memberikan sokongan kepada BN.

Dalam beberapa siri pilihan raya kecil selepas PRU-12 dan PRU Sarawak lalu menunjukkan sokongan pengundi masyarakat bukan Melayu-Islam, khasnya pengundi kaum Cina masih menyebelahi dan terus meningkat kepada calon Pakatan.

Imej Abdullah lwn Imej Najib

Sekiranya imej PM sebagai kepala kerajaan diambil kira, ternyata imej Abdullah yang dikenali sebagai 'Mr Clean' jauh meninggalkan imej Najib yang terpalit dengan persepsi pelbagai skandal.

Ditambah pula dengan tindakan-tindakan isteri beliau yang banyak menimbulkan kontroversi yang turut menjejaskan imej beliau berbanding isteri Abdullah ketika menjawat jawatan PM.

Bagi pengundi yang mengutamakan imej bersih pemimpin dalam menentukan logo parti mana yang bakal dipangkahnya maka Najib berada dalam kedudukan lebih sukar berbanding Abdullah.

*Akan datang bahagian ke-3: Bajet, ekonomi: Abdullah lawan Najib

Tiada ulasan:

Paparan Halaman