Khamis, 8 Disember 2011

Blogger Pro-Umno dapat RM80k, ada sesiapa nak taja BC?

Memang kerap saya mendapat maklumat tentang blogger Pro-Umno yang dibayar atau ditaja oleh Umno sendiri atau ahli-ahli politik dari Umno untuk menyerang Pakatan Rakyat.

Lebih menarik lagi, upah bulanan yang diterima oleh para blogger ini ada yang mencecah sehingga RM80 ribu sebulan.
Ini bukan PC saya, tapi lebih kurang. Pentium 1! Orang lain dah tak pakai.
Tidak tahulah pula saya samada terdapat blogger Pro-PR yang ditaja oleh parti politik atau pun pemimpin PR.


Mungkin juga ada, cuma saya yang tidak tahu agaknya, tetapi saya yakin bayarannya tidaklah selumayan yang diterima oleh blogger Pro-Umno.

Sebab setahu saya kebanyakkan mereka mengeluarkan belanja sendiri dan ada juga yang mendapat sumbangan orang ramai melalui rayuan di blog masing-masing.

Blog saya sendiri juga tentulah tidak ditaja oleh mana-mana pihak pun.  Apatah lagi blog saya ini tidaklah popular mana.

Cuma dengan berbekalkan komputer tua (serius! memang betul-betul tua!) yang saya beli '2nd hand' dari cyber cafe inilah saya mencari makan dengan menghasilkan berita dan rencana untuk diterbitkan di media-media tempatan.

Jadi, dengan hasil menulis yang selalu membuatkan saya menggarukan kepala yang tidak gatal ini jugalah  digunakan untuk menampung perbelanjaan keluarga, bil elektrik yang selalu tinggi dan broadband saya supaya saya boleh terus menulis.  

Jadi saya fikir kalau-kalaulah ada ahli politik di luar sana yang duitnya berkarung-karung sampai tak tahu nak buat apa dengan duit-duitnya yang banyak itu, bolehlah taja blog saya.

Lagipun saya taklah demand tinggi sangat macam blogger Pro-Umno tu sampai RM80 ribu sebulan.

Harga boleh runding punya dan dijamin tak cecah RM10 ribu sebulan pun!

1 ulasan:

average joe berkata...

haha selamat majujaya bro
semoga ada penaja baekkk punye yg mencurah karungwang untuk anda
:-) lepastu tolong recommend utk blog saya jugak hahaha

apa2pun lawan tetap lawan!

semoga berjuang dengan sebenar,
semoga berjuang dengan kudrat,
semoga berjuang dengan ilmu

jangan biar diri anda diselubungi kelentong

jom sama2 kita ramai2 bagi bersih semua kekotoran dan korupsi politik negara, jom humban KERA UMNgOk-BoNgok jauh2 ke laut!

-average joe-
klakka-la.blogspot: BINATANG PELIHARAAN SAYA 4

Paparan Halaman