Sama dengan Perdana Menteri (PM) terdahulu, PM Datuk Seri Najib Razak juga menetapkan tarikh pembubaran Parlimen berdasarkan keputusan startegik yang menguntungkan Barisan Nasional.
Tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang mengumumkan tidak akan ikut membubarkan Dun Selangor serentak dengan pembubaran parlimen dibuat sebelum Julai adalah tindakan yang betul.
Kerajaan negeri di bawah Pakatan tidak seharusnya terikut dengan keputusan Najib kerana keputusan Najib memilih sesuatu tarikh tentulah berdasarkan percaturan startegik politik yang menguntungkan BN
Kerajaan-kerajaan negeri PR patut memilih tarikh yang mereka fikirkan memberikan kelebihan kepada mereka dan bukan menuruti jerangkap yang disediakan Najib..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan