Rabu, 14 Disember 2011

Lembu sebagai haiwan peliharaan jadi trend

Penduduk-penduduk sekitar Bangsar hari ini dilanda trend terbaru dengan menjadikan lembu sebagai binatang peliharaan menggantikan kucing atau anjing yang menjadi kebiasaan sebelum ini.

Menurut seorang  penghuni Kondominium One Menerung yang  begitu hangat diperkatakan baru-baru ini, hobi baru yang dianggap sebagai hobi mewah ini mula menjadi trend semenjak kebelakangan ini.


"Baru-baru ini sahaja hobi memelihara lembu jadi perhatian, dulu tak. Kos hobi jadikan lembu sebagai binatang ternakan ni agak tinggi sikit.

"Kita kena ada ruang khas yang luas dan selesa untuk lembu peliharaan itu.

Menurut seorang lagi peminat hobi ini yang masih menuntut di sekolah rendah pula memberitahu keluarga beliau terpaksa memperuntukkan satu bilik khas untuk binatang kesayangannya itu.

"Saya sekeluarga terpaksa bagi satu bilik paling luas dalam rumah kami. Oleh sebab bilik mama dan papa saya paling besar, mama dengan papa terpaksa pindah ke bilik lain yang kecil sikit tetapi mama, papa tak kisah pun.

"Lembu tu sekarang tinggal di 'master bed room' yang sebelum ini adalah bilik mama dengan papa. Sekali- sekala saya bawa dia berjalan di taman," ujar beliau kepada wartawan kami.

Tiada ulasan:

Paparan Halaman