Jumaat, 23 Disember 2011

SPRM serbu pejabat NFC tapi ketelusan masih diragui

Setelah berminggu-minggu isu NFC diperkatakan umum, akhirnya  hari ini SPRM menyerbu  pejabat NFC. 

Harapan rakyat tentulah mahukan siasatan terhadap kes ini dijalankan dengan telus.

Bagaimanapun, masih terdengar suara yang masih ragu-ragu dengan ketelusan dan tindakan SPRM dalam mentangani isu ini.

Saya percaya reaksi pihak ini tentunya melahirkan rasa tidak puas hati segelintir pihak kerana menganggap pihak yang masih ragu-ragu itu sebagai pihak yang sentiasa mencari kelemahan dan kesalahan SPRM.
Apa pun, keraguan yang timbul itu adalah persepsi yang lahir dari kelembapan SPRM sendiri dalam mentangani isu rasuah yang melibatkan pemimpin-pemimpin parti BN.

Sekiranya dari dahulu SPRM telah menunjukkan sikap tegas tanpa memilih bulu pasti persepsi seperti ini tidak akan timbul.
______________________________________________________________________
SPRM serbu pejabat NFC

Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat National Feedlot Corporation (NFC) hari ini berhubung skandal Fidlot yang membabitkan keluarga menteri kabinet, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Enam pegawai penguatkuasa dari SPRM Putrajaya memasuki pejabat di Solaris Mont Kiara pada sekitar 2.50 petang, dengan disaksikan oleh petugas media yang berkumpul di situ.


Projek NFC yang diusahakan suami Shahrizat, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail dan juga anak-anak mereka, meraih kontroversi apabila projek berkenaan ditimbulkan dalam laporan Ketua Audit Negara 2010.

NFC didakwa menyeleweng pinjaman mudah RM250 juta itu untuk perbelanjaan tidak berkaitan, termasuk membeli dua unit kondominium mewah di Bangsar.



* Malaysiakini

Tiada ulasan:

Paparan Halaman