Ahad, 11 Disember 2011

Ke mana wang RM11 bilion dibelanjakan?

Oleh Muda Mohd Noor

Abdul Wahid Endut berkata, beberapa projek yang menggunakan dana khas itu menimbulkan tanda tanya.

PETALING JAYA: Beberapa pemimpin pembangkang bertanya bagaimana kerajaan BN Terengganu membelanjakan wang dana khas  hampir RM11 bilion sejak 2005.

Pesuruhjaya PAS negeri, Abdul Wahid Endut berkata, beberapa projek yang menggunakan dana khas itu menimbulkan tanda tanya.

Beliau menyebut projek pembesaran lapangan terbang dan pembelian stesen radio Manis FM.

“Apa faedah beli stesen radio tersebut? Saya tidak mendengar negeri-negeri lain mempunyai stesen radio,” katanya.

‘Negeri kaya, rakyat miskin’

Ketua penerangan PKR negeri, Faris Musa berkata, rakyat bercakap ke mana habisnya wang sebanyak hampir RM11 bilion itu.

Katanya, tidak nampak sebarang projek yang dibuat untuk faedah rakyat Terengganu.

“Saya bimbang wang itu dibelanjakan untuk projek-projek yang tidak berfaedah tetapi yang mendapat keuntungan ialah kroni Umno.

“Sudah menjadi perbualan umum  mengenai Terengganu iaitu negeri kaya tetapi rakyat miskin,” tambahnya.
Menurut Fariz, banyak pembaziran berlaku apabila BN merampas semula kerajaan dari PAS dalam piluhan raya umum 2004.

* Free Malaysia Today
___________________________________________________________________

Rakyat negara ini harus peka dengan isu-isu yang melibatkan dana rakyat yang telah diamanahkan kepada kerajaan untuk mengurus agar memberi manfaat kepada rakyat.

Kerajaan BN hari ini telah mengamalkan sikap yang tidak bertanggungjawab dalam membelanjakan dana rakyat ini dengan sesuka hati mereka.

Sekali lagi silap memilih kerajaan dalam PRU-13 nanti hanya akan menyebabkan rakyat negara ini berhadapan dengan petaka yang lebih teruk ciptaan kita sendiri.

Tiada ulasan:

Paparan Halaman