"Gomo selama 5 jam didalam KD Tun Razak dan Gomo sendiri bertanyakan kepada Kru kapal mengenai apa yang ada dan apa yang tiada dalam Kapal Scorpene yang dibeli kerajaan Malaysia.
"Malah segala perjalanan, berapa batu nautika, berapa kali selaman dan berapa meter kedalaman semuanya ada pada simpanan pihak TLDM yang mana RAHSIA kepada negara.
"Ada yang Gomo boleh ceritakan dan ada juga yang Gomo tak dapat nyatakan atas faktor kepentingan Ketenteraan negara. Namun yang pasti Harga Kapal Selam yang dibeli Kerajaan adalah yang terbaik dengan meliputi Skop Skop kepentingan STRATGIK buat negara yang tidak dapat Gomo nyatakan malah TLDM juga menyimpan segala maklumat SULIT berkaitan Kapal Selam Scorpene ini"
Demikian tulis papa gomo dalam entrinya yang bertajuk 'Guan Eng Nenen Perlekehkan Kemampuan Anak Kapal KD Tun Razak' baru-baru ini.
Jelas apa yang ditulisnya itu menggambarkan beliau telah dimaklumkan beberapa rahsia berkaitan kapal selam Scorpene milik negara itu.
Siapakah Papa Gomo ini? Adakah beliau merupakan orang yang penting dalam negara ini atau seorang pegawai tinggi angkatan tentera?
Jika benarlah seperti mana yang didakwa oleh penulis blog tersebut, ini bermakna keselamatan negara kita mudah terancam oleh anasir-anasir luar.
Bagaimana sekiranya Papa Gomo ditawarkan hadiah yang lumayan oleh agen-agen asing sebagai balasan menyalurkan maklumat yang diketahuinya mengenai kapal selam KD Tun Abdul Razak itu?
Jika diteliti isi kandungan blog beliau yang lebih banyak mengandungi unsur-unsur putar alam, fitnah, cenderung kepada perkara lucah dan lain-lain amat tidaklah mustahil, Papa Gomo mudah menjadi cair jika ditawarkan hadiah yang lumayan.
Bagaimana pula sekiranya beliau diculik dan dipaksa oleh agen asing supaya memberitahu maklumat yang ada padanya?
Sanggupkah anda tidak kira samada anda penyokong Umno-BN mahupun penyokong Pakatan membiarkan maruah dan keselamatan negara berada dalam tangan Papa Gomo?
_____________________________________________________________________Berita berkaitan:
Anwar Mahu kehadiran blogger di Scorpene disiasat
Tindakan Kementerian Pertahanan membenarkan seorang penulis blog untuk menaiki kapal selam Scorpene mungkin menjejaskan keselamatan negara, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Blogger berkenaan yang menulis dengan nama samaran Papagomo, bagaimanapun tidak mennyertai ketika KD Tun Razak membuat selaman membawa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan dua orang timbalannya - Datuk Mansor Othman dan P Ramasamy - di Langkawi Jumaat lalu.
Walau bagaimanapun, menurut Anwar kehadiran penulis blog pro-Umno di kapal selam Scorpene itu mungkin telah menyebabkan keselamatan negara dikompromi.
Sejak dua hari lalu, Papagomo telah menulis di blognya bahawa beliau adalah "blogger pertama belayar di atas kapal selam Scorpene KD Tun Razak".
Dalam pos blognya semalam, beliau mengakui berada di kapal selam itu selama kira-kira lima jam, dan telah menemubual anak-anak kapal perkara-perkara berhubung kapal selam berkenaan yang dipercayai adalah rahsia negara.
Sambil memidas, penulis blog yang disifatkan oleh Anwar sebagai tali barut Umno, katnya, mereka bertindak seolah-olah tidak perlu mematuhi mana-mana undang-undang negara.
Anwar yang juga ketua umum PKR berkata demikian kepada pemberita pada majlis makan malam amal parti itu di Straits Quay Pulau Pinang, malam tadi.
Apabila diberitahu bahawa wartawan, selain wartawan Bernama dan TV3, media lain dihalang daripada menyertai rombongan itu, Anwar berkata perkara itu membuktikan kata-katanya bahawa ada orang yang di atas undang-undang".
"Semua serangan keji yang dilakukannya (Papagomo) ke atas orang lain kerana sedar dirinya di atas undang-undang," kata Anwar.
Justeru, kata Anwar, kehadiran Papagomo di sekitar kapal selam berkenaan merupakan satu isu penting bagi pihak pembangkang ketengahkan kerana keselamatan negara mungkin telah terjejas.
Beliau mendesak pihak polis supaya segera menyiasat perkara itu.

* Malaysiakini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan