Rabu, 28 Disember 2011

Laporan Ketua Audit Negara sahkan Khir salah guna wang zakat

Antara beberapa fakta kes di negara ini yang perlu kita fahami:

Pertama: 
kes Redzuan Mohd Said, bekas Imam di Kulaijaya, Johor, yang didapati menyelewengkan RM19,510 kutipan zakat antara Ogos dan September tahun ini.  

Redzuan yang kemudiannya memulangkan wang tersebut telah dihukum empat tahun penjara dan tiga sebatan atas kesalahannya.

Ke dua:  
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom; Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain menggunakan RM63,650 daripada wang zakat untuk membiayai kos guaman menghadapi kes permohonan qazaf Anwar.  Hingga kini masih tiada apa-apa tindakan dari pihak berkuasa.

Ke tiga: 
Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo yang didapati bersalah atas tuduhan  mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, daripada pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni pada harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditmas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu. 

Melalui perbuatan rasuahnya, Khir Toyo memperolehi keuntungan tidak kurang RM3 juta dalam urusan pembelian tanah itu.   

Ke empat:
Seorang penganggur di Johor telah dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun oleh Mahkamah atas kesalahan mencuri empat botol syampu yang bernilai RM107.40.

Ke lima:
Di Kuala Terengganu tertuduh Mohd Hishanudin Abdullah dijatuhi hukuman penjara tiga tahun atas tuduhan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan terhadap Muhamad Ismail Al-Rashid Ramli, 18, menggunakan pisau lipat supaya mangsa menyerahkan RM20 di hadapan sebuah kedai kunci di Jalan Masjid Sultan Zainal Abidin.

Apabila disoal oleh Hakim, beliau memberitahu beliau terdesak untuk membeli susu untuk dua anak kembarnya.


Banyak lagi kes seumpama ini berlaku di negara kita  yang boleh dijadikan contoh.

Kita semua setuju bahawa setiap orang harus menanggung akibat daripada kesalahan yang mereka lakukan tanpa mengira apa sekalipun alasan tindakan mereka itu.

Bagaimanapun keadaan yang berlaku hari ini dengan jelas menampakan perbezaan hukuman antara dua darjat orang miskin dari rakyat marhaen dengan hukuman untuk golongan vip.

Meskipun perbuatan bekas imam yang melesapkan wang zakat, penganggur yang mencuri syampu dan tindakan si bapa memeras wang RM20 dengan pisau lipat untuk membeli susu anak kembarnya itu memang salah, tetapi ianya telah mengundang simpati banyak pihak.  

Apa pun di zaman yang mengamalkan kasta dalam menjatuhkan hukuman ini, mereka perlu tabah menghadapi hukuman akibat tindakan yang mereka lakukan sebelumnya.
____________________________________________________________________
Wang Zakat: Jamil Khir terus membisu

Datuk Mat Zain Ibrahim mempertikai kenapa wujud kes dwi-standard berhubung penyalahgunaan wang zakat.
 
PETALING JAYA: Datuk Mat Zain Ibrahim, bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara hari ini membangkitkan kes dwi-standard berhubung penyalahgunaan wang zakat.

Pertama, penyalahgunaan wang zakat sebanyak RM63,650 oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk membiayai kos guaman menghadapi kes permohonan qazaf Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kedua, kes Redzuan Mohd Said, bekas Imam di Kulaijaya, Johor, yang didapati menyelewengkan RM19,510 kutipan zakat antara Ogos dan September tahun ini.  

Redzuan yang kemudiannya memulangkan wang tersebut telah dihukum empat tahun penjara dan tiga sebatan atas kesalahannya.

Laporan Ketua Audit Negara November lalu mengesahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom; Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain menggunakan RM63,650 daripada wang zakat untuk membiayai kos guaman menghadapi kes permohonan qazaf Anwar.

Menurut Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad dalam satu kenyataan media hari ini, isu ini juga telah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution di Parlimen dan dibawa ke Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Katanya, Ketua Audit memaklumkan bahawa pada 11 Januari 2010 MAIWP menerima bil berjumlah RM63,000 daripada peguam Tetuan Zainul Rijal Talha dan Amir kerana mewakili ketiga-tiga mereka di atas bagi kes permohonan qazaf Anwar.

“Che Mat telah meluluskan bayaran RM31,500 daripada peruntukan am pada 28 Januari 2010.  Namun memandangkan geran kerajaan masih lagi belum diterima, bayaran dibuat menggunakan peruntukan zakat pada 9 Februari 2010,” kata Nik Nazmi.

Katanya lagi, MAIWP membuat pembayaran baki kos guaman RM32,150 pada 29 April 2010 menggunakan peruntukan zakat. MAIWP telah menerima geran kerajaan pada 22 Jun 2010 sebanyak RM700,000.

Namun MAIWP hanya membuat pembayaran semula daripada peruntukan am kepada wang zakat pada Disember 2010, katanya.

“Persoalannya, adakah begitu mudah untuk MAIWP menggunakan wang zakat yang dibayar umat Islam bagi asnaf-asnaf yang khusus untuk perbelanjaan lain?

“Adakah wujud perbezaan antara seorang amil zakat biasa yang melakukan kesalahan dengan seorang Menteri dan Ketua Pengarah Jawi?,” soal Nik Nazmi yang juga ahli dewan undangan negeri Seri Setia.

Tegas beliau, Jamil Khir tidak sepatutnya diam membisu dan segera menjawab persoalan ini yang pastinya menimbulkan kegusaran di kalangan umat Islam di negara ini.

* Free Malaysia Today

5 ulasan:

batu pelangi/BZ berkata...

Jangan terkejut sekiranya aku nyatakan Jabatan BURUH dan Jabatan
PERKESO juga mempunyai DWI-STANDARD
dalam menangani KES masingx.Jabatan
BURUH umpamanya tidak berani membela
pekerja dan mereka dilihat lebih
memihak kepada majikan.Contoh:
Seorang Pengawal yang mempetikaikan
kelewatan membayar gaji dan mengoyak
Buku Kedatangan pengawal kerana tidak
puas hati dengan KEBODOHAN Pegawai
Ronda menangani isu itu telah
diberhentikan kerja.Apabila menyemak caruman di Perkeso,didapati
syarikat tidak mencarum selama DUA
tahun walaupun dalam penyata gaji
syarikat ada membuat potongan.
PERKESO juga mengesahkan syarikat
itu dalam proses didakwa semenjak
tahun 2008 lagi kerana ramai pekerjax telah membuat aduan.Cuba
bayangkan dari 2008 PERKESO cuba
mendakwa syarikat kerana gagal
mencarum tapi syarikat masih BERANI
tidak mencarum sehingga sekarang.
To PKR Padang Rengas:
Don't ever talk about fuck'n
JUSTICE if ALIAS BIN ZENON is still
a candidate in the next GE!!!!

rakab berkata...

Waduh, waduh batupelangi....

hang betoi-betoi ligan Alias Zenon tu yer...hang pergi demo jer depan rumah dia...

heheheheee...

rakab berkata...

Kalau tak silap aku, Jamil Khir dah jawab pun isu ni...

Taiko berkata...

Peguam, hakim dan sekutu berada dlm barisan Majlis Peguam. MAJLIS PEGUAM pulak duk sokong BERSIH. Jadi, apa cerita beb??? PKR... boleh percaya ka? 2 kali 5 je!

rakab berkata...

Jika saudara ikhlas dan jujur dgn penulisan saudara agar tidak mengelirukan pembaca, saudara akan tahu perbezaan wang zakat dan wang sumber am.

Dalam kenyataan tersebut jelas menyatakan kelulusan dibuat dibawah peruntukan SUMBER AM.

Bukan duit zakat. Dibawah akaun Majlis Agama Islam, Sumber Am bukan duit zakat.

Dalam kes ini jelasnya peruntukan diluluskan dibawah SUMBER AM. Cuma dalam kes ini saya rasakan perutukan sumber Am tidak mencukupi, justeru wang di akaun zakat dipinjamkan. Sebab itu jelas tertulis peruntukan Sumber Am, dan bukan peruntukan dibawah zakat.

Pegawai-pegawai di MAIWP amat jelas tentang hukum zakat.

Malah saudara sendiri yang menulis pun tidak tahu perbezaan tersebut.

Kes amil direman adalah disebabkan beliau, yang dilantik oleh Majlis Agama untuk mengutip zakat telah 'gagal' memulangkan wang zakat yang dikutip.

Justeru beliau telah melarikan wang kutipan zakat tersebut. Ini satu jenayah. Justeru, beliau direman.

Paparan Halaman