PETALING JAYA: Umno melalui blogger upahan mereka didakwa menggunakan startegi murahan dengan menyebarkan fitnah, penipuan dan mempraktikkan amalan politik lucah dalam cubaan melemahkan imej musuh mereka.
Demikian menurut aktivis Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin dalam satu kenyataan terbukanya semalam.
Beliau yang lebih terkenal dengan panggilan Chegu Bard turut menafikan dakwaan seorang blogger pro-Umno yang mendakwa beliau menghantar seseorang untuk menawarkan bayaran sebagai balasan agar rakaman video ketika beliau menonton video lucah kontroversi itu tidak disiarkan.
"Nampaknya ini strategi murahan Umno melalui blogger-blogger upahan mereka dengan menjalankan fitnah dan penipuan menjadi strategi utama mereka.
"Serangan peribadi politik lucah menjadi kebiasaan mereka dan apa perlunya Chegu Bard melayan sebuah blog yang penuh dengan tulisan penuh maki hamun dan lucah tersebut.
"Jika benar sila sebut siapa yang kononya dihantar oleh Chegu Bard untuk kononya membeli blogger tersebut," ujar Chegu Bard yang juga merupakan pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia itu.
Berpura-pura percaya
Dalam kenyataan terbuka Chegu Bard itu turut menjelaskan rakaman video yang dimaksudkan oleh blogger yang lebih terkenal dengan penggunaan bahan lucah itu hanyalah rakaman cubaan beliau meyakinkan Eskay dan Rahim Tamby Chik untuk menyerahkan salinan rakaman itu.
Beliau turut mengesyorkan kepada blogger terbabit agar menyiarkan rakaman penuh tanpa suntingan termasuklah komen Rahim mengenai kes sensasi yang melibatkan Datuk Seri Najib Razak.
"Video yang kononya akan disiarkan itu hanyalah video yang merakamkan bagaimana Chegu Bard cuba menyakinkan Eskay dan Rahim untuk menyerahkan salinan video fitnah lucah tersebut.
"Chegu Bard juga berharap rakaman penuh dikeluarkan di mana ada komen Rahim mengenai kes sensasi melibatkan Najib dan penipuan beliau kononnya beliau tidak pernah menonton dan tidak tahu menahu mengenai video itu," menurut kenyataan itu lagi.
Selain itu beliau turut menjelaskan bahawa lakonan beliau seolah-olah mempercayai rakaman video yang kononnya melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu telah diperjelaskan dalam kenyataan media dan dalam beberapa siri ceramah yang disertainya sebelum ini.
Sudah dijelaskan sebelum isu timbul
"Sejak 24 Mac 2011, dalam kenyataan media termasuk dalam ceramah-ceramah kemudianya lagi dipertegaskan, betapa Chegu Bard telah berusaha berpura-pura percaya terhadap video tersebut untuk mendapatkan satu set salinan asal rakaman penuh video tersebut.
"Ini kerana saya berkeyakinan jika salinan asal rakaman penuh itu diperolehi terlalu banyak kelemahan dan kepincangan dalam video tersebut dapat dibongkarkan.
"Eskay, pada peringkat awal bersetuju untuk menyerahkan video tersebut jika Chegu Bard berjaya menyakinkan Datin Seri Dr Wan Azizah untuk menonton video tersebut.
"Namun setelah Chegu Bard nyatakan esoknya konon Wan Azizah setuju walaupun saya tidak bertanyakan pun mengenainya pun kepada Wan Azizah, tiba-tiba Eskay panik dan tetap tidak memberikan salinan tersebut.
"Ternyata dia takut untuk set salinan rakaman penuh tidak terkeluar pada ketika itu kerana banyak benda mahu diselindungkan dan ingin bermain dengan politik persepsi," beritahu beliau.
Dalam kenyataannya turut menjelaskan bahawa Anwar telah dimaklumkan terlebih dahulu sebelum beliau pergi ke lokasi tayangan video itu.
Sebaik selesai tayangan video itu, beliau telah bertemu Anwar dan Wan Azizah di kediaman mereka.
"Tidak ada apa yang perlu diselindungkan, malah sebelum pergi menonton Chegu Bard telah memaklumkan kepada Anwar Ibrahim mengenainya.
"Sebaik sahaja selesai menonton, telah pergi terus ke rumah Anwar memaklumkan mengenai apa berlaku di depan Anwar dan Dr Wan Azizah sendiri termasuklah (menceritakan) usaha menyakinkan Eskay untuk cuba mendapatkan salinan rakaman tersebut," jelas kenyataan beliau itu.
Indentiti blogger terdedah, berhadapan saman
Beliau turut menempelak tindakan blogger pro-Umno yang gemar melindungi indentiti mereka berbanding blogger pro-Pakatan Rakyat bagi membolehkan mereka menyebarkan fitnah ke atas pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.
Chegu Bard juga memberitahu blogger upahan Umno tersebut berada dalam keadaan panik setelah indentitinya diketahui dan satu laporan polis telah dibuat atas dakwaan fitnah liwat membabitkan blogger pro-pakatan, Amin Iskandar dan Anwar Ibrahim.
"Kebanyakan blogger Umno ini melindungi identiti, kerana itu mereka berani menulis perbagai bahan fitnah.
"Blogger upahan Umno ini panik selepas satu laporan polis dibuat beberapa hari lalu oleh Amin Iskandar kerana fitnah yang jelas dalam penulisan blogger upahan Umno tersebut yang jelas menuduh Amin Iskandar diliwat oleh Anwar Ibrahim.
"Dalam laporan polis tersebut Amin telah mendedahkan identiti blogger upahan Umno tersebut.
"Namun yakin mereka dilindungi Polis dan pimpinan utama negara maka mereka tidak segan-segan terus membuat fitnah," katanya dalam kenyataan itu.
Chegu Bard juga menganggap Umno telah menilai rendah tahap pemikiran rakyat negara ini dengan terus bermain dengan taktik politik lucah dan cacian dengan menaja blogger dengan bayaran tertentu sehingga ada yang mencecah RM80 ribu sebulan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan