Khamis, 15 Disember 2011

Jangkaan Anwar dibebaskan semakin kuat

Anwar: Saya akan berjuang walau dari penjara

Oleh Adila Razak

Tiga minggu sebelum keputusan disampaikan, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berikrar untuk merperjuangkan keadilan walaupun mungkin beliau didapati bersalah atas tuduhan melakukan liwat.

Bercakap kepada pemberita selepas hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan 9 Januari untuk menyampaikan keputusan, Anwar berkata penjara tidak akan mengubah ketetapan hatinya.


Beliau akan terus menguatkan kesatuan pembangkang untuk melakukan reformasi dan perkara itu tidak sukar walaupun beliau mungkin berada dalam penjara, katanya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Menegaskan bahawa tuduhan meliwat pembantu beliau Mohd Saiful Bukhari Azlan "tidak harus diutamakan", Anwar bagaimanapun mempunyai persoalan tentang tarikh keputusan itu akan disampaikan.

Beliau membangkitkan sama ada tarikh 9 Januari itu akan diikuti dengan pembubaran parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum berlangsung.

Menjelang keputusan yang ditunggu-tunggu itu, banyak pihak percaya bahawa keadaan tidak memihak kepada ketua pembangkang itu.

Akhbar The Guardian United Kingdom, dalam kolumnya penolong editornya Simon Tidall semalam dilaporkan berkata,"tanda-tanda tidak kelihatan baik" untuk Anwar apabila kes itu menghampiri penghujungnya.

* Malaysiakini
___________________________________________________________

Semakin ramai yang menjangkakan Anwar Ibrahim akan dipenjarakan sekali lagi, tetapi saya pula semakin kuat merasakan Anwar akan dibebaskan dengan imej yang tercalar teruk gara-gara keputusan mahkamah nanti.

Mahkamah dijangkakan akan membebaskan Anwar kerana mahkamah berpendapat kejadian liwat itu berlaku dengan kerelaan Saiful Buhari sendiri, tanpa sebarang unsur paksaan.

Isu ini (liwat dengan kerelaan) akan dimainkan BN sepanjang pilihan raya nanti dalam cubaan memusnahkan imej Anwar.

Seperti mana yang pernah saya jelaskan dengan panjang lebar dalam artikel bertajuk 'Membebaskan Anwar beri BN lebih keuntungan politik' baru-baru ini, memenjarakan Anwar akan lebih menyulitkan BN dan Umno dalam pilihan raya nanti.

Tiada ulasan:

Paparan Halaman