Selasa, 20 Disember 2011

Sharizat, undur! Tempat di GLC sedia menanti

Lepas satu persatu penyelewengan yang melibatkan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Sharizat Jalil didedahkan pembangkang di media-media alternatif.

Kali  ini melibatkan pembelian kondo mewah bernilai lebih RM9 juta yang didakwa menggunakan dana NFC yang diperolehi dari pinjaman mudah dari kerajaan.

Selain itu keuarga beliau dan keluarga juga didakwa menyalurkan sejumlah wang dari peruntukkan pinjaman itu untuk membiayai perniagaan keluarganya yang tiada kaitan dengan NFC di Singapura.

Keadaan yang semakin menekan Sharizat ini seolah-olah mengesahkan lagi bahawa tiada tempat untuk Sharizat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti disebabkan ianya bukan sahaja memberi tekanan kepada Sharizat dan keluarga sahaja, malah turut memberi kesan kepada Umno dan BN.

Desakan agar beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Kabinet hari ini bukan sahaja datang dari kalangan pemimpin pembangkang sahaja malah beberapa pemimpin Umno dan parti komponen BN lain turut menyuarakan pendirian yang sama, cuma mungkin atas sebab yang berbeza dengan pemimpin pembangkang.

Sharizat disarankan agar tidak perlulah ragu-ragu untuk meletakkan jawatannya sebagai Menteri dan  sekiranya turut kehilangan jawatan sebagai Ketua Pergerakkan Wanita Umno dalam pemilihan yang akan datang.

Misi beliau untuk mengumpul kekayaan tidak akan terjejas kerana sudah menjadi amalan dalam Umno dan BN akan menganugerahkan jawatan tinggi dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) atau agensi lain kepada bekas pemimpin mereka yang 'berundur secara baik'. 

Kalau tidak pun, sebagai balasan, pemimpin kerajaan bersedia mempengaruhi lembaga pengarah mana-mana syarikat besar untuk memberikan tempat kepada bekas pemimpin mereka dalam syarikat terbabit.

Samada Sharizat bakal ditawarkan kedudukan dalam GLC atau mana-mana syarikat swasta lain, seperti mana yang sedang dinikmati oleh kebanyakkan bekas pemimpin Umno hari ini beliau juga akan menikmati pendapatan yang sangat lumayan. 

Bekas Ketua Pergerakan Wanita sebelum ini, Tan Sri Rafidah Aziz misalnya, hari ini beliau merupakan non-executive chairman di Air Asia 'X' meskipun ketika menjawat jawatan sebagai menteri beliau turut terlibat dengan skandal AP yang membabitkan keluarga terdekatnya.

Kemungkinan selain di Air Asia 'X' Rafidah turut mempunyai kedudukan dalam syarikat-syarikat lain juga tidak boleh ditolak mentah-mentah.

Selain Rafidah, Tan Sri Isa Samad juga pernah bersara semenatara dari politik dan sebagai ganjarannya beliau dilantik sebagai Pengerusi Felda dengan pendapatan yang bukannya sedikit dan ramai lagi.

Sharizat tidak perlu bimbang kerana  ambisinya untuk mengumpul kekayaan melalui saluran politik masih boleh diteruskan, walaupun tidak lagi memegang jawatan tinggi dalam kerajaan dan Umno, malah selepas ini ambisinya itu boleh dijalankan secara terang-terangan tanpa berselindung lagi.  Undur sekarang.

Tiada ulasan:

Paparan Halaman