Cuba bayangkan, bagaimana keadaannya sekiranya keputusan Pilihan Raya ke-13 nanti menunjukkan kemenangan tipis bagi parti pemenang.
Saya membayangkan sekiranya berlaku senario seperti di atas sudah tentu pada masa itu akan berlaku musim memancing termahal dalam sejarah, bukanlah ikan yang dipancing tetapi orang!
Secara jujurnya, paling membimbangkan sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya beroleh kemenangan tipis ialah bagaimana keampuhan pegangan pendirian bakal-bakal YB dari pembangkang terutama dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Secara jujurnya juga, pendirian YB dari Pas, mahupun dari DAP yang rata-rata bukan penganut Islam dan tidak juga berbangsa Melayu tidaklah pula saya bimbangkan, tetapi dari PKR memang saya curiga. Kenapa? Murah sangatkah nilai maruah segelintir dari mereka ini?
Bagaimana pula dengan YB-YB dari Barisan Nasional sekiranya mereka memperolehi kemenangan tipis? Bagaimana mereka menghadapi kemungkinan akan cuba dipancing oleh PR?
Saya tidak fikir mereka mudah mengubah haluan atau melompat kerana apa sangat yang mampu ditawarkan oleh PR sekiranya ketika itu mereka sedang berada di dalam zon selesa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan