CALON TERBAIK: Zambry Pun Ada Rekod Buruk Dalam UMNO
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak melihat Bicara Negawaran Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad semalam memberikan mesej penting kepada kepimpinan Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir sebagai ‘orang nombor satu’ di Negeri Perak dan jelas teguran Tun Mahathir itu berpaksikan kepada kepimpinan semasa terutama di Perak yang mana Barisan Nasional (BN) pernah tumbang pada tahun 2008 dahulu.
Sedar atau tidak, Datuk Seri Zambry adalah penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika dipecat sebagai Timbalan Presiden Umno dahulu dan menyebabkan Datuk Seri Zambry tiada tempat di dalam Umno selepas itu.

Pada tahun 2002 pula, tiba-tiba jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Negeri Perak disandang oleh Datuk Seri Zambry selepas penyandangnya, Ketua Pemuda Umno Bahagian Tambun ketika itu, Nasir Ismail melepaskan jawatannya secara sukarela.
Manakala pada tahun 2001 pula, Datuk Seri Zambry tumpas untuk merebut jawatan Ketua Umno Bahagian Lumut daripada penyandangnya Datuk Mohd Wajidi Datuk Mohd Ishak ketika itu.
Tentu rakyat Pulau Pangkor khasnya dan rakyat Lumut amnya maklum bagaimana Datuk Seri Zambry berjaya menjadi calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkor tahun 2004 dahulu yang disandang oleh Datuk Wajidi sebelum ini.

Jelas Datuk Seri Zambry bukannya naik mengikut landasan sebenar sebelum ini. Dan kami melihat, kenyataan Tun Mahathir berkaitan Ketua Pergerakan Wanita Umno Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil agar faham keperluan meletak jawatan turut memberikan peringatan kepada Datuk Seri Zambry dalam isu yang sama.
Termasuk beberapa EXCO Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Datuk Seri Zambry yang banyak diperkatakan. Ini termasuk teguran Tun Mahathir bahawa calon lama dan tidak asli seperti Datuk Seri Zambry yang berkiblatkan Datuk Seri Anwar dahulu adalah apa yang dimaksudkan oleh Tun Mahathir sebenarnya.

DR RAJA AHMAD AL-HISS
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
* Trangnungkite
______________________________________________________________________Selain Datuk Seri Zamry Kadir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Zahid Hamidi juga merupakan bekas orang kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau masih lagi di dalam Umno dahulu.
Meskipun pada hari ini Anwar telah menjadi musuh politik mereka, kesepakatan antara Muhyiddin dan Zahid masih lagi terjalin.
Kesepakatan mereka berdua dapat dilihat apabila mereka telah berkompromi dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden Umno yang ditinggalkan Najib.
Hasil dari kompromi itu akhirnya, Zahid telah mengambil keputusan untuk memberikan laluan kepada Muhyiddin dan menukar haluan dari bertanding kerusi Timbalan Presiden kepada Naib Presiden.
Hasil dari kompromi itu akhirnya, Zahid telah mengambil keputusan untuk memberikan laluan kepada Muhyiddin dan menukar haluan dari bertanding kerusi Timbalan Presiden kepada Naib Presiden.
Aliran pemikiran yang sama
Kedua-dua mereka ini mempunyai sejarah yang hampir sama dan aliran pemikiran yang juga sama iaitu berani berhadapan dengan konfrontasi meskipun bercanggah pendapat dengan pemimin lebih tinggi.
Ketika Anwar baru dipecat dari kerajaan, kedua-dua mereka ini telah melawat Anwar Ibrahim sehinggakan diberikan kata dua oleh Datuk Seri (kini Tun) Mahathir Mohamad.
Malah ketika bermulanya era reformasi, Zahid berterusan memberikan sokongan terhadap Anwar sehingga mengakibatkan beliau ditahan di bawah akta ISA selama kira-kira dua bulan.
Selain itu, tindakan Muhyiddin yang paling diingati sekali ialah tindakan beliau membuat kritikan terbuka terhadap PM ketika itu Datuk Seri (kini Tun) Abdullah Ahmad Badawi sehingga membawa kepada perletakkan jawatan Abdullah sebagai PM.
Dalam satu temurah sedikit masa dahulu, Muhyiddin menyatakan pendirian beliau yang meletakkan kesetiaan kepada parti sebagai keutamaan beliau berbanding kesetiaan kepada pemimpin yang lazimnya diamalkan oleh pemimpin Umno termasuklah Najib bagi membodek pemimpin tertinggi mereka.
Tidak kurang juga dengan Zahid, ketika menjawat jawatan Ketua Pemuda Umno, telah menyelar sikap pemimpin Umno yang mengamalkan dasar nepostime dan kronisme sehingga membangkitkan kemarahan PM ketika itu, Mahathir.
Tindakan mereka memang banyak menjelaskan sikap mereka yang berani berhadapan dengan konfrontasi sekalipun berhadapan dengan pemimpin tinggi berbanding PM Datuk Seri Najib Razak dan juga sepupunya Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang gemar 'play safe'
Hishamuddin merupakan pesaing utama kepada Zahid untuk memanjat kedudukan Timbalan Presiden Umno dan sekaligus Timbalan Perdana Menteri sekiranya Muhyiddin berjaya menduduki kerusi tertinggi parti itu.
Bagi Najib, kedudukan beliau sebagai Presiden Umno dan PM lebih terselamat dari ancaman sekiranya Hishamuddin diletakkan sebagai timbalannya berbanding Muhyiddin.
Hari ini regu Muhyiddin-Zahid masih lagi berpadu dan telah mula mengumpul kekuatan mereka untuk menumbangkan regu Najib-Hishamuddin apabila memperolehi peluang terbaik nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan