Sekiranya Barisan Nasional (BN) memang betul-betul jadi pembangkang lepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti, saya kira mereka akan jadi pasukan pembangkang yang lebih kuat dari pembangkang yang ada sekarang.
Ketika itu, BN masih lagi mengawal kebanyakkan media arus perdana kecuali media yang berada di bawah penguasaan kerajaan seperti RTM contohnya.
Ketika itu, BN masih lagi mengawal kebanyakkan media arus perdana kecuali media yang berada di bawah penguasaan kerajaan seperti RTM contohnya.
Dalam kerajaan pada masa itu, saya percaya golongan kaki tangan awam yg pro-BN khsususnya di peringkat atasan di mana mereka juga merupakan penjawat awam yang tidak boleh diberhentikan dari perkhidmatan sesuka hati akan menyulitkan kerajaan menjalankan dasarnya.
Golongan ini termasuklah institusi keselamatan seperti PDRM, isntitusi berkecuali lain seperti SPRM, SPR, mahkamah dan lain-lain jabatan 'startegik' yang seumpamanya.
Saya tiada masalah sekiranya pihak-pihak yang disebutkan di atas tidak memihak kepada PR walaupun PR merupakan parti yang memerintah kerajaan ketika itu.
Pihak berkuasa jadi tegas dengan pemimpin kerajaan
Malah saya anggap ia sebagai keputusan yang tepat sekiranya SPRM contohnya yang mungkin menunjukkan sikap lebih tegas kepada pemimpin kerajaan pada masa itu berbanding sekarang.
Memang itulah tindakan yang terbaik untuk negara, sesiapa yang korup memang patut disiasat dan dilondehkan tanpa mengira idealogi politik yang dibawanya dan lebih penting tidak mengira samada dia mempunyai kedudukan dalam kerajaan atau sebaliknya.
Cuma yang tidak patut ialah apabila pemimpin PR disyaki salah guna peruntukan lebih kurang RM2,000 kerana beli bendera kena siasat sampai mati, sebaliknya apabila kes membabitkan pemimpin BN pula, SPRM pula yang jadi kelam-kabut, serba salah dan malu-malu kucing untuk siasat.
Hubungan panjang dengan BN selama 54 tahun tentulah tidak mudah untuk diputuskan walaupun BN tidak lagi berkuasa dan sudah bergelar parti pembangkang.
Sesetengah dari kakitangan kerajaan juga menganggap diri mereka berkerja makan gaji dengan kerajaan bermakna mereka dibayar gaji oleh BN, walhal kerajaan dan parti itu adalah dua entiti yg berbeza.

Terdapat orang-orang tua di kampung saya sendiri contohnya yang kurang senang dengan pendirian saya dan pernah ingatkan saya, saya dibesarkan dgn 'duit Umno' sebab bapa saya adalah seorang guru kerajaan dan bermakna gaji yang dibayar kepada bapa saya itu datangnya dari Umno-BN.
Ini berlaku kerana mak cik-mak cik tersebut tidak memahami kerajaan dan BN (parti politik) adalah dua entiti yang berbeza.
Gaji kakitangan awam bukan datang dari BN
Gaji yang dibayar itu datangnya dari dana kerajaan merupakan hasil cukai yang dikutip dari semua rakyat tak kira pengundi pembangkang atau pun BN. Kerajaan cuma menjalankan amanah rakyat sahaja.
Cukai dikenakan kepada semua yang layak tidak kira idealogi politik, tetapi yang menyakitkan hati apabila tiba masa untuk agihkan peruntukkan kepada negeri-negeri mereka hanya memilih diagihkan kepada kerjaan negeri yang dimenangi oleh BN sahaja dan negeri PR pula mendapat kurang atau langsung tidak dapat peruntukkan.

Meskipun Umno-BN belum tentu dapat ditumbangkan dalam PRU-13 akan datang, mereka perlu bersedia dan belajar bagaimana menjadi pembangkang yang berkesan dari sekarang, bukannya masih berlagak seolah-olah mereka masih lagi berkuasa seperti yang berlaku kepada pembangkang di negeri Selangor hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan