Sabtu, 3 Disember 2011

Apa nak hairan sewa pistol, dulu sewakan C4!

Saya pasti ramai pembaca yang tersentak apabila membaca berita di muka hadapan akhbar Harian Metro semalam, anggota polis menyewakan pistol mereka kepada penjenayah dengan caj RM5 ribu untuk sekali digunakan dalam rompakan.

Hari ini kita terbaca berita anggota polis sewakan pistol mereka, jangan nanti sampai suatu hari nanti kita terbaca pula ada yang menjual C4, maklumlah bom tak boleh dipulangkan semula selepas digunakan sebab sudah berkecai meletup. 

Teringat pula kata-kata Sultan Sharifuddin yang mengingatkan masyarakat negara ini agar menghormati dan memberi kepercayaan kepada polis dalam melaksanakan tugas mereka.

Namun masaalahnya lepas satu, satu kes keluar yang melibatkan PDRM kita dengar.. Itu belum kira lagi rasuah tepi jalan sehinggakan RM10 pun disapunya!

Kesimpulannya, jangan salahkan masyarakat sekiranya masyarakat menganggap PDRM sebagai sebuah badan yang tiada kredibiliti, integriti dan lain-lain lagi apabila itulah persepsi yang diberikan oleh  PDRM sendiri.

Bagaimanapun saya percaya bahawa majoriti anggota polis negara ini telah menjalankan tugas mereka dengan bertanggungjawab dan amanah dan cuma segelintir(?) sahaja dari mereka yang menconteng arang sekaligus memburukkan imej PDRM.
  
Saya tidak mahu komen panjang, bacalah petikan dari Harian Metro di bawah dan nilailah sendiri....

Sewa Pistol Polis

KUALA LUMPUR: Tiga anggota polis antara empat yang ditahan kerana disyaki terbabit kegiatan menyewakan senjata api jenis revolver .38 kepada pihak tertentu yang kemudian digunakan untuk melakukan jenayah termasuk rompakan.

Difahamkan, senjata berkenaan disewakan pada harga RM2,000 hingga RM5,000 dan bayaran dilakukan secara komisen menggunakan wang hasil rompakan.

 
Menurut sumber, kegiatan itu terbongkar selepas Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu menahan dua individu termasuk seorang anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu pada 29 November lalu.

Sehari selepas penahanan itu, dua lagi anggota polis yang bertugas di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, di sini, dicekup kerana disyaki menjadi antara individu yang mempunyai kaitan rapat berhubung kegiatan pengedaran serta penyewaan senjata api berkenaan.


“Dua anggota polis yang ditahan di ibu negara itu berusia pertengahan 20-an dan mereka baru berkhidmat antara empat hingga lima tahun.

* Hmetro

Tiada ulasan:

Paparan Halaman