Jumaat, 2 Disember 2011

Nik Aziz ulama p*k*mak, muka tin sadin leper-Zahid Md Arip

Sikap beberapa pemimpin pembangkang bolehlah dipuji apabila bukan sahaja mengakui kesilapan dan keterlanjuran kata mereka, malah turut berani memohon maaf kepada individu yang mereka jadikan sasaran sebelumnya.

Baru-baru ini, ahli parlimen Taiping dari Dap, Nga Kor Ming telah memohon maaf kepada Datuk Seri Zamry Abd Kadir setelah beliau menggunakan perkataan 'hitam matelik' dan 'haram jadah' terhadap MB Perak itu.

Tetapi apakah nilai sebuah kemaafan bagi MB Perak itu apabila isu yang membabitkan permohonan maaf kepada beliau telah disusuli tindakan yang akhirnya memerangkap pihak yang memohon maaf.


Sebelum ini, Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail dan pengarang akhbar Suara Keadilan turut membuat permohonan maaf terbuka kepada MB Perak ini berikutan isu yang mengaitkan beliau dengan pengganas dan dilarang memasuki Amerika Syarikat yang pernah diterbitkan oleh akhbar lidah rasmi PKR itu.

Bagaimanapun permohonan maaf itu tidak memberi sebarang erti kepada beliau apabila beliau bukan sahaja meneruskan tindakan saman, malah menjadikan permohonan maaf Suara Keadilan sebagai bukti pengakuan akhbar itu.

Akhirnya Suara Keadilan kelihatan terperangkap dan tindakan memohon maaf secara terbuka yang mereka buat sebelum ini memakan diri..

Hari ini, seperti mana kejadian menimpa pengarang Suara Keadilan, YB Nga Kor Ming juga ditimpa nasib yang hampir serupa, cuma yang membezakannya ia tidaklah sehingga dibawa ke mahkamah.

Meskipun beliau telah memohon maaf secara terbuka, juak-juak MB Perak itu dan Umno masih lagi berterusan menyerang YB Nga dalam isu ini seolah-olah menggambarkan permohonan maaf sebelumnya tidak memberi sebarang erti kepada mereka.

Dalam keghairahan PR meneruskan kemaraan mereka dalam PRU-13 nanti, mereka haruslah lebih berhati-hati ketika mengeluarkan sebarang kenyataan, lebih-lebih lagi kenyataan yang menghina fizikal seseorang. 

Lebih penting lagi, mereka harus menonjolkan ciri-ciri berbeza pemimpin PR berbanding pemimpin Umno-BN di mata rakyat negara ini.

Zahid caci Niz Aziz Ulama P*k*mak, muka tin sardin

Mereka harus mengelakkan sikap gemar memaki hamun seperti mana yang dilakukan oleh seorang pemimpin Umno Melaka yang juga merupakan pemimpin Perkasa, Zahid Md Arip yang menyebut 'Ulama P*k*mak', 'mampus' dan 'muka tin sardin' terhadap MB Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam satu ceramahnya sebelum ini.

Sekali lagi pemimpin pakatan rakyat diingatkan agar jangan sampai rakyat menyamakan mereka dengan pemimpin Umno-BN yang mereka anggap bukan sahaja bergelumang dengan rasuah malah gemar menghamburkan maki hamun dan tidak dapat menilai harga sebuah kemaafan.  

   

1 ulasan:

Mat Indera Sipejuang berkata...

Kadang-kadang Puak-puak lembUMNO ni memang patut dimaki sebab jenis yang tak faham bahasa melayu.

Cakap elok-elok dia orang memang tak faham, kita kata Bil rang undang-undang tak elok untuk rakyat dia buat bodoh aje.

Penipuan dan Fitnah dah jadi makanan harian dah macam lembUMNO dengan rumput dari azali.

Paparan Halaman