Langkawi: Kapal selam KD Tun Abdul Razak yang pernah mencetuskan kontroversi gara-gara mengalami masalah teknikal yang mengakibatkan kapal selam itu gagal menyelam sebelum ini, dilaporkan sekali lagi menghadapi masalah teknikal yang lain pula hari ini.
Bagaimanapun menurut satu maklumat awal dari satu sumber dalaman Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), masalah teknikal kali ini bukanlah mengakibatkan kegagalan kapal selam Scorpene itu tidak boleh menyelam ke dasar laut, sebaliknya kali ini melibatkan kegagalan kapal itu untuk naik kembali ke permukaan setelah menyelam.
Sumber itu juga memberitahu, pangkalan mengetahui masalah ini setelah menerima panggilan kecemasan dari KD Tun Abdul Razak kira-kira jam 4 petang.
Sehingga kini kapal selam KD Tun Abdul Razak bersama 30 anak kapalnya, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dua timbalannya dan beberapa orang awam itu masih lagi terperangkap selama hampir sepuluh jam di dasar laut kira-kira 45 batu nautika di luar pantai Langkawi.
Sumber itu juga memaklumkan, sepasukan pakar teknikal dari Perancis yang diterbangkan khas ke Langkawi untuk mengatasi masalah terbabit telah pun tiba kira-kira kurang satu jam lalu dan dilaporkan telah berjaya mengenal pasti masalah yang dihadapi kapal selam terbabit.

Masalah telah dikenal pasti
Menurut ketua pasukan pakar teknikal dari Perancis itu, kapal selam itu gagal timbul semula ke permukaan setelah melakukan selaman sedalam 140 meter berpunca apabila salah seorang orang awam yang berada dalam kapal selam terbabit mempunyai berat badan keterlaluan yang tidak bersepadan dengan saiz fizikalnya.
Usaha-usaha untuk mengeluarkan penumpang terbabit sedang giat dijalankan bagi membolehkan kapal selam itu naik semula ke permukaan dan kembali beroperasi seperti sedia kala.
Bagaimanapun usaha itu menghadapi kesukaran akibat berat individu terbabit menyukarkan pasukan khas itu untuk mengeluarkan beliau dari kapal selam terbabit dan menaikkannya ke permukaan laut terlebih dahulu.
Wartawan-wartawan tempatan dan antarabangsa yang mula berkumpul di perkarangan pangkalan TLDM semenjak awal tadi dimaklumkan bahawa Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi, Panglima TLDM, pegawai-pegawai tertinggi TLDM dan ketua pasukan khas dari Perancis itu sedang mengadakan mesyuarat bagi mencari jalan lain bagi menyelesaikan masalah ini.
Ketua Pasukan Pakar Teknikal itu memberitahu sepanjang 35 tahun pengalaman beliau berkhidmat, ini adalah kali pertama beliau berhadapan dengan peristiwa seumpama ini yang dianggapnya tidak dapat dijelaskan dari sudut sains.

Lim Guan Eng tenang hadapi situasi cemas
Sementara itu, menurut kenyataan rasmi TLDM yang baru di keluarkan sebentar tadi, Lim Guan Eng dan dua timbalannya yang menerima pelawaan Zahid menaiki kapal selam itu berada dalam keadaan selamat dan kelihatan tenang menghadapi situasi yang mencemaskan itu.
Menurut salah seorang anggota TLDM yang juga merupakan salah seorang anak kapal KD Tun Abdul Razak yang sedang dalam bercuti memberitahu, kejadian ini bukanlah sesuatu yang pelik.
"Ini bukan sesuatu yang terlalu pelik sangat bagi saya. Walaupun pada mata kasar kita nampak saiz dia ni nampak gempal, tetapi beratnya tak masuk akal dan boleh membuatkan kapal selam ini sukar untuk timbul.
"Saya percaya, inilah yang biasa kita dengar atau selalu dikatakan orang iaitu 'berat dosa' dan dengan kuasa Allah memang boleh berlaku apabila berat badan seseorang itu menjadi berat disebabkan banyak memikul dosa.
"Berdasarkan pengalaman saya, saya percaya individu terbabit kerap melakukan dosa memfitnah, menipu, memaki, mencarut dan gemar menonton filem lucah," ujar beliau yang bertugas sebagai Imam dalam TLDM ketika dihubungi tadi.
Pernah saksikan kejadian hampir sama
Beliau turut memberitahu beliau pernah menyaksikan kejadian yang hampir serupa beberapa tahun lalu di sebuah lapangan terbang.
"Saya tahu sebab dahulu saya pernah lihat kejadian kapal terbang yang tidak boleh terbang sebab masalah yang sama.
"Bila penumpang yang badannya tu memanglah agak gemuk, tapi tak kena dengan beratnya yang melampau itu diarahkan turun oleh kapten kapal terbang itu, barulah kapal terbang itu boleh terbang dengan normal.
"Tetapi bila masalah yang sama berlaku kepada kapal selam tentulah susah sikit, sebab kita berada 145 meter di bawah dasar laut," ujar beliau lagi.
Bagaimanapun beliau enggan memberi sebarang komen ketika ditanya adakah kejadian tersebut turut melibatkan individu yang sama.
Najib bimbang keselamatan blogger terbabit
Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang turut memantau perkembangan kejadian dari dekat telah melahirkan kebimbangan akan keselamatan individu terbabit yang dikatakan seorang penulis blog ini.
"Saya sangat berharap pasukan penyelamat dapat menaikkan blogger terbabit dengan selamat sebab masa depan parti, bangsa dan negara amat bergantung kepada beliau.
"Tambah pula pilihan raya pun dah semakin dekat, jadi beliau amat diperlukan oleh jentera parti untuk menang," ujar beliau dalam satu lintas langsung dari dalam sebuah bas yang telah diubah suai khas untuk kegunaan beliau dan isteri yang diletakkan berhampiran dermaga tempat kapal selam malang itu akan berlabuh.
Bagaimanapun beliau enggan memberikan sebarang komen ketika ditanya tentang kebimbangan beliau terhadap keselamatan KM Lim Guan Eng, dua timbalannya, anak-anak kapal dan kapal selam itu sendiri.
"Saya tak mahu komen apa-apa tentang itu," jawabnya ringkas.

____________________________________________________________________
Berita lain yang berkaitan:
Blogger naik kapal selam Scorpene? Mengapa?
Penulis blog kontroversi pro-Umno, Papagomo menaiki kapal selam scorpene KD Tun Razak semalam bersama-sama dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan dua orang timbalannya - Datuk Mansor Othman dan P Ramasamy.
* Malaysiakini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan