Ibrahim Ali bersedia untuk menikam siapa? |
Perkembangan muktahir semenjak kebelakangan ini telah membuatkan timbul rasa gusar saya, apa yang bakal terjadi selepas Pilihan Raya Umum ke-13 berlalu nanti.
Bagi saya, kekalahan Pakatan Rakyat tidaklah begitu menggusarkan saya disebabkan saya yakin bahawa rata-rata penyokong parti-parti pembangkang itu dapat menerima kekalahan mereka dengan baik walaupun akan bersulam rasa tidak berpuas hati atas sikap condong SPR dan beberapa isu lain berkaitan pilihan raya nanti.
Saya penuh yakin, mereka tidak akan sampai bertindak yang bukan-bukan seperti mengangkat parang atau pedang terhadap pihak yang menang.
Apatah lagi, sebelum ini pun penyokong pembangkang telah biasa mengalami kekalahan demi kekalahan sehinggalah berlaku tsunami politik 2008 yang menyaksikan beberapa bahagian dalam negara ini berpihak kepada PR.
Bolehkan penyokong Umno-BN menerima kekalahan?
Perkara yang membimbangkan saya ialah bagaimana pula nanti pihak yang tidak pernah kalah di peringkat pusat seperti penyokong-penyokong BN, lebih-lebih lagi dari kalangan penyokong Umno menerima kekalahan mereka.
Perkara yang membimbangkan saya ialah bagaimana pula nanti pihak yang tidak pernah kalah di peringkat pusat seperti penyokong-penyokong BN, lebih-lebih lagi dari kalangan penyokong Umno menerima kekalahan mereka.
Perkembangan muktahir ini, sikap perkauman ultra Melayu yang ada pada Umno semakin terserlah, apatah lagi dengan adanya hubungan Umno dengan Perkasa dan Pekida, dua pertubuhan yang dilabel sanggup bermandi darah.
Pekida memang diketahui umum sebagai pertubuhan 'hard core' dalam isu hubungan antara kaum di negara ini sehingga ada di antara kalangan masyarakat termasuk masyarakat Melayu sendiri yang menggelar pertubuhan ini sebagai pertubuhan samseng.
Malah, telah banyak terjadi pergaduhan antara kumpulan yang dikatakan pernah berlaku melibatkan anggota-anggota Pekida dengan kumpulan bukan Melayu.
Bagaimanapun, sikap perkauman ini bukanlah sahaja terdapat di kalangan sesetengah orang-orang Melayu Umno, Pekida dan Perkasa sahaja, sesetengah kelompok dari masyarakat kaum Cina dan India turut memiliki perasaan yang sama.
Sementara puak racis dalam Umno sudah pun mula meniupkan bara perkauman dan provokasi mereka, puak racis dari kaum Cina dan India ini kebanyakkannya masih lagi mendiamkan diri.
Bayangkanlah sekiranya Umno berterusan meniup api perkauman apabila tewas dan akhirnya mendapat tindakan balas dari kelompok racis dari kaum-kaum lain pula, bagaimana? Tidakkah huru-hara negara kita nanti?
Adakah sekiranya Umno-BN kehilangan kuasa di peringkat pusat nanti akan mengakibatkan berlakunya kejadian yang tidak diingini-ketegangan hubungan kaum dan adakah sememang itu yang sedang dirancangkan?
Atau mungkin benar seperti mana yang ditulis oleh beberapa rakan blogger yang menganggap kenyataan pemimpin Umno-BN merupakan satu ugutan kepada rakyat agar menolak pembangkang.
Atau mungkin benar seperti mana yang ditulis oleh beberapa rakan blogger yang menganggap kenyataan pemimpin Umno-BN merupakan satu ugutan kepada rakyat agar menolak pembangkang.
Dalam keghairahan Umno membakar semangat ahlinya bagi menghadapi saingan PRU-13 nanti, pemimpin mereka harus lebih bertanggungjawap dalam mengeluarkan kenyataan umum yang mungkin mengguris hati masyarakat kaum lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan